You are on page 1of 3

Kenyataan Akhbar

Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik IUKL - NADI Malaysia - UPM bagi menjayakan Pementasan Teater Musikal Amal DiRaja oleh YB Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II Jumaat, 14th September 2012, 8 malam Dewan Serbaguna, IUKL Pihak NADI Malaysia atau nama penuhnya Pertubuhan Pembangunan Nadi Malaysia adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar. Objektif utama NADI Malaysia adalah: (1) menjalankan program bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri orangramai, khasnya di kalangan belia dan remaja (2) membantu golongan kurang upaya, anak yatim, warga emas dan ibu tunggal. Program utama NADI Malaysia adalah: 1) Melaksanakan program yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran belia, khasnya pelajar IPTA dan IPTS dengan kerjasama pihak industri; 2) Melaksanakan program keusahawanan kepada pelajar IPTA dan IPTS serta mewujudkan peluang perniagaan kepada graduan-graduan institusi tersebut dengan kerjasama industri; 3) Melaksanakan program pengukuhan sahsiah dan jati diri melalui aktiviti Ekspedisi Jelajah Negara; 4) Melaksanakan program khidmat sosial (CSR) bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat; dan 5) Melaksanakan program menjana pendapatan seperti Teater Amal, Majlis Makan Malam Amal dan Pertandingan Golf Amal bagi mengumpul dana membantu golongan kurang upaya; anak yatim, warga emas dan ibu tunggal.

NADI Malaysia akan menjayakan Pementasan Teater Musikal Amal DiRaja dengan kerjasama IUKL (Infrastructure University Kuala Lumpur) dan UPM (Universiti Putra Malaysia). Penaung Kehormat NADI Malaysia adalah Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggong Raja Dato Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah, Tengku Sri Temenggong Terengganu Darul Iman. Pihak IUKL akan menjayakan pementasan teater tersebut melalui penyertaan pelajar dan/atau warga kerjanya di dalam bidang nyanyian dan tarian manakala pihak UPM di dalam bidang lakonan dan pemain alatan muzik. Pelancaran Pementasan Teater Musikal Amal DiRaja dan pengenalan barisan pelakon utama akan di laksanakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggong Raja Dato Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada bulan Oktober di UPM. Para pelakon terdiri daripada gabungan pelakon terkenal tanahair dan para pelajar. Tarikh sebenar akan di maklumkan kemudian. Pementasan teater ini adalah unik kerana buat pertama kalinya Pementasan Teater DiRaja diadakan oleh mana-mana pihak. Pementasan di sasarkan pada bulan Disember. Lokasi malam pembukaan sedang di perhalusi, kemungkinan samada di Istana Budaya ataupun MATIC, bergantung kepada kekosongan. Tarikh pementasan juga bergantung kepada maklum balas daripada pihak istana. Objektif utama NADI Malaysia mempelawa pihak IUKL dan UPM turut serta adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada para pelajar menunjukkan potensi dan kebolehan mereka. Ianya tidak terhad kepada bakat-bakat di dalam bidang nyanyian, lakonan, mainan alat musik dan tarian sahaja. Pementasan ini juga memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajar mengutarakan kebolehan mereka di dalam bidang penggubahan lagu; mereka bentuk set dan props; mereka bentuk kostum pementasan; mengadakan kesan bunyi dan penataan cahaya; mereka bentuk bahan promosi seperti brosur, poster dan sebagainya; pengurusan acara dan lain-lain.

NADI Malaysia merancang untuk mengadakan pementasan ini mengikut wilayah pada tahun 2013 seperti di Johor Bahru; Kuala Terengganu dan Pulau Pinang. Sasaran utama NADI Malaysia adalah membawa pementasan ini ke Abu Dhabi sempena Ekspo Pendidikan NAJAH pada bulan September 2013. Peluang ini amat unik kerana pementasan ini akan di adakan di dalam bahasa Arab. Setakat ini pihak IUKL dan UPM amat berminat untuk bersama menjayakannya. NADI Malaysia berpandangan peluang ini dapat di gunakan bagi membantu mempromosikan kempen Education Malaysia serta menarik pelajar-pelajar yang terdiri daripada warga Arab bagi menyambungkan pelajaran mereka di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai NADI Malaysia, sila layari: www.nadimalaysia.org

You might also like