Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Koleksi cerita rakyat

Koleksi cerita rakyat

Ratings: (0)|Views: 212 |Likes:
Published by juju
Ini koleksi yang diambil dari internet..harap membantu pelajar2..
Ini koleksi yang diambil dari internet..harap membantu pelajar2..

More info:

Published by: juju on Sep 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

 
CERITA RAKYAT
http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/http://www.butang-emas.net/2011/06/14-cerita-rakyat-melayu.htmlhttp://alynn-media2u-koleksiceritarakyat.blogspot.com/
Keldai dengan serigala
Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragutrumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di situ,jadi ia dapatmeragut rumput dengan senang hati.‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba iaternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya….“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu berjaya mengejar aku,”rungutkeldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah serigala.“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?’’tanya serigalayang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya akuakan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani.‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahumeminta pertolongan kamu.Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakangaku.’’‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghulurkan kaki belakangnya kearah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dengan kuat.‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigalamengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya iakesakitan yang amat sangat.’’Lain kali aku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala denganmarah.
Anjing Dengan Bayang-Bayangnya
Ketika peniaga daging itu sibuk melayan pelanggannya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.Kemudian,ia segera melarikan diri.‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kau mencuri daging aku!’’Jerit peniaga daging dengan marah sambilmengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tidak dapat mengejarnya.Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannyaterjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasasungguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’
 
fikir anjing liar itu.Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namunmalang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh kedalam sungai.‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugikan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Akhirnya anjing liar terpaksa pulang dalamkelaparan.
Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dantaat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengantulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Makakata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknyaoleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya.Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya keranaharapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralihmatahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkanlalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduriitu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telahkembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dankalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pulasecupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripadakerja yang lain-lain.Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu.Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang matiitu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang?Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orangsemuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis,melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menujuke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masingorang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya,Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai.
 
Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusanlempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai punsampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi.Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempatia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing,dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong olehanjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu,tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena.Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnyahendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu.Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada,dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun olehtersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannyakepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka si anjing sial itu punkeluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itudengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. MakaPak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya.Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya danmembukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiadaterapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelahdilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkarayang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadihendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang.Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalanorang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu,marahlah ia, seraya katanya, kenapa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya.Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:‘ Lebai nasib langkahan malang,Ke hulu hilir penat berulangCelaka sial bedebah jembalang

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Eddie Wong liked this
Anthony Tan liked this
Kakang Abidal liked this
Dek Ain liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->