You are on page 1of 3

Berkenaan adakah para sahabat berpuasa atau tidak sewaktu peperangan, diriwayatkan atsar daripada Umar bin al-Khattab,

katanya:Kami berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan sebanyak dua kali, iaitu: Badr dan Fath. Lalu kami berbuka dalam kedua-dua peristiwa itu. (Zaad al-Maad 2/52)......------>jawaban kepada org yg kata orang dulu2 pun puasa tym perang..maaf kluar tajuk..tapi jangan semberono mengaitkan sesuatu amalan yg mana para sahabat2 nabi x buat...nanti jadi berbohong---(copy paste) sabda nabi " " sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" untuk pencerahan.. bulan puasa ni jangan cepat bersangka buruk.. inna nahnu sooimun! Berbalik kepada isu puasa dan sukan Olimpik, antara dawabit (syarat) yang digariskan oleh panel ialah: i. Secara asasnya, meneruskan puasa ketika bermusafir adalah lebih baik. ii. Namun orang yang bermusafir (termasuk atlit dan pegawai sukan Olimpik London 2012) diberi keringanan untuk berbuka puasa walaupun tidak letih. Walau bagaimanapun, meneruskan puasa adalah lebih baik. iii. Boleh berbuka puasa ialah kerana sebab perjalanan (musafir) bukan kerana sebab bersukan. iv. Sesiapa yang berbuka puasa ketika bermusafir, wajib qada (ganti) puasa tersebut pada hari lain. v. Sukan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti memanah, menembak, snooker, catur dan lain-lain lebih baik meneruskan puasa dan tidak perlu berbuka. vi. Sukan yang menggunakan tenaga yang banyak seperti bola sepak, hoki, badminton dan lain-lain digalakkan juga untuk meneruskan puasa. vii. Jika perlu berbuka, maka ia dibolehkan dengan syarat: a. Atas nama perjalanan (musafir). b. Perjalanan (musafir) yang harus, bukan kerana maksiat. c. Hanya pada hari latihan atau pertandingan yang berlangsung pada waktu siang.

d. Wajib qada (ganti) puasa pada hari lain.

Bila mufti perak dan perlis keluarkan fatwa kata atlet ke Olimpik boleh berbuka puasa(tangguh),ramai melenting. Ada yang kata, atlet pakai seluar pendek, maksiat. olimpik lebih besar daripada puasa ramadan. olimpik itu agenda yahudi. Tapi ramai terlepas bahawa Darul Ifta' pernah mengeluarkan fatwa yang hampir sama kepada pasukan bola sepak bawah 20 Mesir. Lalu pong pang orang menghina,memerli malah memperlekehkan fatwa. Tidak ramai yang cuba mencari sebab mengapa mereka berfatwa begitu. Apatah lagi,mufti yang mengeluarkan fatwa itu adalah mufti 'hot'. Rujuk kenyataan Syeikh Dr Ali Jumuah ketika ditanya mengapa Darul Ifta' mengeluarkan fatwa sedemikian. Kata Syeikh al-Allamah Dr Ali Jumah hafizahullah menjawab kekeliruan orang ramai tentang perkara ini : Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimetrai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaannya tersebut. Jika pemain yang telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaannya sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa.Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak). Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya Raddul Mukhtar ala Durri al-Mukhtar : ((Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya( selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan

Ramadhan.Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka.))dipetik secara ringkas. Ini hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak akan bertenaga.Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana ianya tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri.Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya.

You might also like