Penyataan Profesional: SEBELUMSaya merupakan pelajar PISMP Pengajian Sosial Sem 6 dan akan menjalani praktikumfasa 2 die SK Nanga Machan. Pada semester yang lepas juga, saya turut menjalanipraktikum di sekolah yang sama. Setelah selesai menjalani praktikum fasa 1 dahulu,saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali ini. Ini kerana, banyakpengalaman yang telah saya kutip dan pelajari semasa menjalani praktikum fasa 1dahulu. Jika praktikum fasa 1 dahulu, saya hanya mengajar Pendidikan Sivik danKewarganegaraan dan Kajian Tempatan, praktikum fasa 2 saya akan mengajar satulagi subjek untuk elektif saya iaitu Pendidikan Jasmani.Saya akan menjalani praktikum di SK Nanga Machan, Kanowit selama 8minggu. Praktikum bermula pada 23 Julai sehingga 21 September. Ini bermakna, sayaakan menjalani praktikum semasa bulan puasa dan selepas hari raya. Sedikit sebanyak,situasi ini akan memberi cabaran kepada saya terutamanya untuk menjalankan kelasPendidikan Jasmani pada bulan puasa. Namun begitu, saya sentiasa positif danmenganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih baik pada masa hadapan.Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelasdapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan percaya,bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih berkesan berdasarkanpengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu.Di samping itu juga, saya merasakan mendapat satu kelebihan, apabila sayamendapat tempat praktikum di sekolah yang sama. Saya tidak berasa kekok keranasaya telah mengenali kebanyakkan staf akademik dan staf sokongan di sini. Saya tidakmerasakan sesuatu kekurangan apabila saya ditempatkan di sekolah yang sama,kerana saya yakin kekurangan itu muncul disebabkan oleh sikap dan sifat individutersebut. Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Nanga Machan dapat menerimakehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat