You are on page 1of 2

TEMUBUAL BERSAMA PELANGGAN DI PERNIAGAAN RUNCIT PASAR PAGI DI USJ 10 Saya : Assalamualaikum dan selamat pagi.

Adalah dimaklumkan bahawa saya,

Muhammad Shahmi Bin Mohd Saifuzzaman no.kad pengenalan 971114565571 ialah murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya. Pelanggan : Waalaikumussalam. Saya : Saya dikehendaki menjalankan kajian luar untuk memenuhi keperluan Lembaga

Peperiksaan Malaysia dalam mata pelajaran Geografi.Oleh itu, saya ingin menemu ramah puan. Saya berharap agar puan dapat memberikan kerjasama yang padu kepada saya dengan memberikan maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan kajian ini. Pelanggan : Baiklah. Saya akan berusaha untuk menjawab segala pertanyaan anda dengan sebaik mungkin. Saya : Terlebih dahulu, saya ingin bertanyakan tentang butir - butir peribadi puan.

Apakah nama puan? Di manakan puan tinggal? Pelanggan : Nama saya Nor Hasliza. Saya tinggal di Tropicana Paradise Condominium, USJ 17/8, UEP Subang Jaya. Saya : Seterusnya, mengapakan puan sering berkunjung ke sini iaitu pasar pagi USJ 10?

Pelanggan : Saya gemar berkunjung ke sini iaitu pasar pagi USJ 10 kerana pasar pagi USJ 10 ini merupakan pasar pagi yang terdekat dengan rumah saya. Di samping, kesesuaian waktu berniaganya. Saya : Pada pendapat puan, apakah kesan negatif perniagaan pasar pagi USJ 10 ini?

Pelamggan : Pada pendapat saya, barangan di sini di jual dengan harga yang tinggi dan tidak dikawal. Saya : Menurut puan, apakah cadangan untuk mengurangkan kesan negative di

perniagaan pasar pagi USJ 10 ini? Pelanggan : Menurut saya, harga di perniagaan runcit pasar pagi USJ 10 ini patut dikurangkan dan dikawal oleh pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Saya : Saya rasa setakat ini sahaja soalan yang saya kemukakan kepada puan. Saya

akhiri perbualan ringkas ini dengan jutaan terima kasih atas maklumat serta kerjasama yang padu kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik puan. Pelanggan : Sama sama.

You might also like