You are on page 1of 28

PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA

DEFINISI
Menurut Horton(1919)
pintasan atau cegatan silara sebenarnya merujuk kepada halangan dari kanopi(silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan tidak 100% titisan hujan akan menimpa bumi

Proses yang berlaku


Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali Ababila kapasiti storan sementara sehelai daun mencapai tahap tepu, maka lebihan air hujan akan jatuh ke atas daun berikutnya sehingga seluruh daun tidak dapat memintas, menampung dan menyimpan air, barulah air hujan akan jatuh ke bumi.

Tiga komponen pintasan


Jatuhan langsung air hujan terus jatuh ke lantai hutan melalui rongga kanopi. Titisan kanopi - air hujan yang dipintas oleh daun kemudian menitis ke bumi melalui daun, pucuk dan ranting. Aliran batang air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok.

Kepentingan komponen pintasan


Penting dalam konteks kitar hidrologi untuk meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan. Pintasan mempengaruhi jumlah taburan kerpasan yang sampai ke permukaan tanah. Semakin tebal tumbuhan, semakin tinggi kadar pintasan, menyebabkan kadar susupan air tinggi dan simpanan air tanah di kawasan tadahan akan meningkat.

Hutan berupaya mengawal aliran sungai dengan menympan sebahagian daripada kerpasan atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Pintasan membantu mencegah kerosakan tanah, keterhakisan tanah, tanah runtuh dan lain-lain gerakan jisim di permukaan cerun.

Faktor yang mempengaruhi pintasan


Prubahan aliran batang bergantung kepada jenis batang.batang pokok yang licin akan mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak dalam jangka masa yang singkat. Sudut percambahan ranting pokok yang curam mempengaruhi jumlah ir yang dapat mengalir turun ke batang dengan cepat berbanding sudut percambahan ranting yang rendah.

Herwitz (1987) sudut percambahan ranting ppkok antara 60-80 akan menjanakan dengan cepat proses aliran batang. Bagi jatuhan langsung, ia bergantung kepada saiz kanopi.saiz kanopi yang besar, lebar, dan padat dapat memerangkap lebih banyak air hujan yang turun.

Pola jatuhan langsung adalah berubah-ubah dengan jarak daripada pangkal pokok dan kelebatan hujan dalam sehari. Herwitz- hujan yang berkeamatan lebih 25mm sehari, maka jumlah jatuh langsung yang tinggi berhampiran dengan pangkal pokok. Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurang apabila jumlah hujan semakin tinggi dan lebat.

AIR LARIAN

KONSEP DAN KOMPONEN AIR LARIAN


Selepas mengalami pintasan, permukaan bumi akan mengalami dua proses iaitu mengalir di permukaan sebagai air larian dan menyusup ke dalam tanah (infiltrasi)menjadi sumber air bawah tanah. Ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir sama ada di atas permukaan bumi, subpermukaan atau dalam sungai setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan yang diguna oleh tumbuhan.

Tiga komponen utama


Larian air permukaan keupayaan susupan tanah dilepasi. Titisan hujan tidak dapat masuk ke tanah kerana semua rongga-rongga porinya telah tepu. Titisan hujan yang seterusnya hanya mengalir di permukaan sahaja(surface-run-off)

Aliran tepu @ aliran sub-permukaan Air hujan yang menyusup sebelumnya juga boleh mengalir di bawah dan hampir dengan permukaan bumi bersama dengan partikal tanah yang tidak stabil masuk ke dalam sungai.

Air larian dalam alur atau sungai air hujan akan terus jatuh ke dalm sungai dan air dalam tanah yang juga memasuki sungai sebagai aliran dasar akan terus mengalir dalam bentuk aliran sungai menuju ke laut.

Klasifikasi sungai atau alur yang mengalirkan air.


Sungai fana sungai atau alur yang mengalirkan air semasa hujan atau sebaik salji cair. Tiada aliran dasar aras mata air jatuh ke bawah daripada dasar sungai. Bersifat aliran terus dan terdapat di kawasan gersang atau separa gersang yang tidak mempunyai saluran yang kekal.

Sungai jeda alur yang mengalirkan air dalam jeda masa yang tertentu seperti dua atau tiga bulan dalam setahun,mengikut musim hujan dan selebihnya adalah kering. Terdapat di kawasan monsun tropika yang mempunyai musim kering atau kemarau yang nyata. Berlaku pada mum hujan sahaja. Aliran akan terhenti pada musim kering kerana kekurangan air.

Sungai saka alur yang mengalirkan air sungai sepanjang tahun. Terdapat di kawasan tropika lembab khususnya kaeasan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun. Sungai tidak kering dan aliran dasarnya terus mengalir pada musim kemarau.

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AIR LARIAN PERMUKAAN

Kuantiti Hujan
Larian jenis tepu dan aliran intra kuantiti air yang banyak tidak semestinya menambahkan kadarnya, sebaliknya ia boleh berkurangan. Jika larian air telah mencapai peringkat tepu maka penambahan hujan selanjutnya tidak mampu lagi mencampurkan bahan tanih dengan air, liang-liang pori tanih kesemuanya sudah dipenuhi air.

Bentuk hujan mengikut masa


Dua bentuk hujan yang menpengaruhi air, hujan lebat dalam jangka masa singkat, dan hujan perlahan dalam jangka masa yang lama. Hujan yang perlahan tidak dapat menghasilkan larian air permukaan yang kuat kerana setiap titisan hujanmempunyai ruang masa tangguhan untuk meresap masuk ke dalam tanah. Hujan lebat kadar lariannya tinggi ekoran ia tidak sempat meresap ke dalam tanah

Pengaruh geologi setempat


Ciri- ciri geologi yang membawahi dan membentuk satu-satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar larian air permukaan. Geologi mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Susupan boleh dimaksudkan sebagai larut resap air ke bawah permukaan cerun mengikut masa.

Pengaruh faktor kecerunan(gradian)


Dua elemen cerun curam dan cerun landai. Semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi. Keadaan sebaliknya berlaku apabila cerun itu menjadi semakin landai.

Pengaruh faktor tumbuhan


Tumbuhan berfungsi untuk menutupdan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan. Hutan primer(rimba) kanopinya tebal serta berlapis-lapis. Boleh melakukan proses cegatan silara(pintasan) yang baik menapis dan menampan air hujan daripada menimpa permukaan cerun secara langsung.

Kesannya titisan air akan menimpa cerun dengan kadar yang perlahan dan cenderung untuk meresap ke dalam tanah daripada mengalir di permukaan.kadar susupannya tinggi,mengurangkankadar larian air di permukaan. Akar-akar pokok yang kompleks seperti akar banir yang timbul di atas permukaan cerun berfungsi untuk menyekat pergerakan larian air permukaan secara mendatar, mengurangkan halajunya seterusnya meresap ke dalam tanah.

Hutan sekunder (hutan belukar) hanya mempunyai litupan tumbuhan yang nipis dan ketinggian pokoknya seragam tidak berlapislapis. Ketiadaan halangan menyebabkan air hujan tidak sempat meresap ke dalam tanah sebaliknya berkumpul membentuk larian air permukaan.kadar larian air di kawasan hutan sekunder adalah tinggi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi air larian di dalam alur sungai

Saiz atau keluasan lembangan saliranMenjanakan aliran sungai yang banyak keranakeupayaan menampung isipadu air adalah tinggi. Bentuk lembangan saliran-berbentuk bujur dan memanjang amat mempengaruhi masa pergerakan air sungai. Air hujan yang turun di hulu mengambil masa yang lama untuk discas(luahan) di hilir.

Kecerunan atau gradien dasar alur sungai cerun dasar sungai khususnya sungai induk yang curam akan mempercepatkan halaju arus sungai khususnya luahan air sungai ke laut berbanding dengan cerun dasar sungai yang landai. Kepadatan saliran sungai yang mempunyai kepadatan saliran yang tinggi , mempunyai banyak cawangan (alur),berupaya unuk menampung isipadu air yang banyak berbanding dengan sungai yang tidak banyak cawangannya.

You might also like