You are on page 1of 1

SOALAN 1

Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000). Terdapat pelbagai cara bagi seorang guru untuk memastikan murid-murid di sekolah tidak lagi menghadapi masalah mengeja. Antaranya ialah memastikan murid-murid kenal semua huruf yang telah diajar. Seringkali guru-guru terlepas pandang akan hal ini. Murid selalunya keliru dengan hurufhuruf yang serupa seperti huruf g dengan huruf j, huruf b dengan huruf d, dan banyak lagi. Guru harus memberi latihan kepada murid ini agar mereka akhirnya dapat membezakan kedua-dua huruf tadi. Selain itu, latihan-latihan asas ejaan juga haruslah dilakukan oleh guru. Sebagai contoh, latihan membina perkataan berirama seperti laku, labu dan layu. Bukan itu sahaja, latihan melengkapkan perkataan juga merupakan latihan awal yang boleh diberikan kepada murid-murid. Latihan lain ialah dengan menyediakan beberapa huruf dan meminta muridmurid membina perkataan menggunakan perkataan yang disediakan. Lakukan latihanlatihan ini dalam bentuk permainan agar ianya lebih menarik dan seronok buat muridmurid. Keseronokan dan kegembiraan semasa belajar amat penting agar murid dapat menyerap apa yang diajar dengan lebih efektif. Kesimpulannya, guru haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. pelbagai latihan dan cara boleh diaplikasikan oleh guru-guru.

You might also like