You are on page 1of 5

Analisis Soalan Sejarah STPM Kertas 2 Bahagian A Tahun 2001 2010 Bahagian A: Sejarah Malaysia Tema 1: Masyarakat Tempatan

n Tahun 2001 Soalan Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan masyarakat Melayu pada abad ke-19. Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik sebelum kedatangan kuasa Barat. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan Brritish pada tahun 1874. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak sebelum campur tangan British. Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909. Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad ke-19. Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan. Bincangkan. Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan. Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. Bincangkan peranan pembesar Melayu di Pahang sebelum campur tangan British. Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874. Bincangkan system dan peranan pembesar di Negeri-Negeri Melayu hingga tahun 1874. Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu hingga tahun 1874. Tema 2: Transformasi Masyarakat Tahun 1999 Soalan Bincangkan kesan Sistem Residen terhadap negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1888.

2002

2003

2004 2005

2006

2007 2008 2009 2010

Campur tangan British di Tanah Melayu adalah satu jemputan raja-raja Melayu untuk menamatkan pemerintahan buruk. Walau bagaimanapun, tindakan ini telah melemahkan negeri-negeri Melayu sehingga mengancam keamanan Negeri-Negeri Selat. Bincangkan penyataan ini. Bandingkan bentuk pentadbiran colonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888. Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874. Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan. Huraikan reaksi penduduk peribumi terhadap campur tangan British di Sabah atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan. Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an. Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928. Jelaskan faktor-faktor yang yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840-an hingga 1920-an. Huraikan kepentingan perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik hingga tahun 1938. Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Bincangkan ekonomi bercorak komersial di Sarawak pada abad ke-19. Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu daripada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke20. Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Bincangkan kegiatan ekonomi komersial di Sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19. Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan

2000

2001 2002 2003

2004

2005 2006

2007

2008

2009 2009 -

pengaruhnya di Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909. 2009

Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan penyataan ini? Pentadbiran Sir Hugh Low lebih Berjaya jika dibandingkan dengan pentadbiran J.W.W. Birch semasa pelaksanaan system residen di Perak. Bincangkan penyataan ini.

2010

Tema 3: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Tahun 1999 2000 Soalan Huraikan perbezaan antara Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesedaran sosial dan politik masyarakat peribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan kesedaran politik yang meluas, lebih tersusun, dan bersatu daripada kalangan pelbagai bangsa selepas tahun 1945. Bincangkan penyataan ini. Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat. Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963. Jelaskan mengapa pada peringkat awal, Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia. Bincangkan perjuangan gerakan Islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938. Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukakan oleh kerajaan Indonesia, Filipina, dan Brunei berkaitan penubuhan Malaysia. Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun 1945. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakan tersebut. Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk

2001

2002

2003 2004

2005

2006

2007

2008 -

menentang Malayan Union pada tahun 1946. Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937. Huraikan kesan sosioekonomi kesan kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Bincangkan usaha kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954. Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938. Sejauh manakah faktor luaran mempengaruhi kebangkitan gerakan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin pelbagai kaum dari tahun 1955 hingga tahun 1957 untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.

2009 2010

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan Tahun 2001 Soalan Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel dan antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. Tiada Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963 dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu. Tiada Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957. Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan antikomunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia. Jelaskan. Analisiskan perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman sangat mempengaruhi pembentukan dasar luar Tanah Melayu. Bincangkan penyataan ini.

2002 2003 2004 2005

2006 2007 2008 2009 2010

Disediakan oleh; Puan Jaitun binti Banggu Guru Akademik Sejarah STPM SMK Sandakan.

You might also like