You are on page 1of 35

PENDIDIKAN JASMANI ASAS

Keselamatan dalam Aktiviti Fizikal


Oleh Regina Resa Sharon Wong dan Miko Lau

Pengenalan  Apa itu KESELAMATAN?


satu aspek yang sangat penting semasa

kita melakukan sebarang aktiviti fizikal. Sekiranya aspek keselamatan tidak dititikberatkan, besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

Pertolongan Kecemasan
Definisi pertolongan kecemasan: - Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. - Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan daripada doktor. Matlamat utama:  untuk menyelamat nyawa  mengelakkan kecederaan diri bertambah buruk  mengurangkan kesakitan  sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

Langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal


1. Sebelum kita memulakan sebarang aktiviti fizikal, kita perlu melakukan pemanasan badan terlebih dahulu. 2. Pemakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan. Sebagai contohnya, kita perlu memakai boots semasa permainan rugby dijalankan.

3. Lakukan senaman 2 jam selepas makan.  Dapat menghindari daripada rasa loya, muntah dan kekenjangan perut.  Dapat menghindari daripada timbulnya masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan.

4. Minum air secukupnya.


 Pastikan minum air secukupnya sebelum

melakukan senaman (sebaik-baiknya air kosong).  Galakkan minum air antara 6 hingga 8 gelas.  Minum air pada setiap 15 hingga 20 minit, terutamanya ketika cuaca panas.  Elakkan minum air berkarbonat/bergas di dalam tin atau botol.  Minum air kosong sebelum, semasa dan selepas bersenam.

 Contoh cara memanaskan badan berjalan

pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan dan kelonggaran.  Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaan pada otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi-sendi pada julat pergerakan yang optimum.  Amalan menyejukkan badan dapat menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam otot.

Keselamatan Semasa Melakukan Senaman dan Aktiviti Fizikal


 Jangan bersenam jika tidak sihat, dapatkan

nasihat doktor terlebih dahulu.  Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, sangat sejuk, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi.  Jangan gunakan peralatan yang rosak.  Berhenti segera jika terasa semput atau sakit dada ketika bersenam.  Jangan terus mandi selepas bersenam kerana ini akan mengganggu sistem badan. Tunggu hingga badan telah sejuk dan peluh di badan telah kering, mandilah dengan air biasa.

Apa itu bantuan awal?


 Bantuan awal adalah pertolongan yang

diberikan kepada mangsa yang cedera tiba-tiba sebelum ketibaan pakar.  Apabila ingin memberikan bantuan awal, anda hendaklah mengenalpasti: Adakan mangsa sedar? Adakah mangsa bernafas? Adakah mangsa berdarah teruk? Adakah mangsa keracunan?

Jenis-jenis Bantuan Awal

 DRABC  RICE

DRABC
 Menilai

situasi mangsa menggunakan kaedah DRABC. - Danger (bahaya) - Response (tindak balas/ reaksi) - Airway (saluran penafasan) - Breathing (penafasan) - Circulation (pengaliran darah)

 Danger
- kepada kamu, kepada orang lain atau kepada

orang yang cedera. - Teruskan bantuan awal sekiranya ia selamat dilakukan.

 Response
1.Sekiranya yang tercedera dalam keadaan yang sedar:  Goncang secara lembut orang yang tercedera dan cuba berkomunikasi dengannya. Sebagai contoh, Siapa nama kamu? Kamu dapat dengar saya?

2.Sekiranya orang yang tercedera itu dalam


keadaan sedar, periksa dan cuba mengawal pendarahan dan kecederaan yang lain. 3.Sekiranya orang yang tercedera dalam keadaan yang tidak sedar, pusingkan badannya mengiring ke tepi.  berlutut di sebelah orang yang tercedera,  letakkan siku 90 darjah ke arah badan.  letakkan tangan yang sebelah lagi di dadanya.  bengkokkan lutut orang yang tercedera.

Airway
 merupakan

tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.  Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.  Macam mana?  membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagumangsa.(Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang saluran udara).  Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

Airway Circulation

Breathing

Breathing
 Selepas saluran pernafasan dibuka, memeriksa

pernafasan mangsa.  Dekatkan telinga anda ke sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.  Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi pernafasan, merasa hembusan dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.  (kaedah 3M=mendengar, merasa, melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya, mulut ke mulut.

Circulation
 perlu dilakukan seiranya jantung mangsa telah

terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut.  Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya boleh meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.  Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekan dan mampatan di dada mangsa. Semasa tekan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati.(cuaran xiphoid)

Kaedah Pemulihan Pernafasan Mulut ke Mulut


1. Siasat kejadian kenalkan diri, periksa paras 2. 3. 4. 5. 6. 7.

kesedaran, goyangkan badan. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buang sebarang benda asing dari mulut. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala mangsa dan angkatkan dagu. Tutupkan lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

8. Angkatkan mulut dan biarkan udara keluar

dari paru paru mangsa. Ambil masa sekitar 2 saat untuk memerhatikan sebarang reaksi. 9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. Catatan:  Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut mangsa tersumbat dan tidak boleh dibersihkan dengan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar dari mulut.  Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanakkanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mereka.

Cara menahan darah


a)Tekanan tepat- tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apaapa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah. 1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterikan. 2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah. 3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. 4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-15 minit.

Fungsi pembebatan
 Memberi tekanan pada kawasan yang

berdarah bagi mengawal pendarahan.  Menyerap darah dan sekresi 9rembesan) dari luka.  Mencegah pencemaran.  Mengurangkan kesakiutan dan melindungi luka.

Fungsi pembalutan
 Menghadang pergerakan bahagian yang

tercedera  Menyokong bahagian yang tercedera  Melindungi bahagian yang cedera

Kegunaan kain anduh


 Digunakan untuk menyokong anggota yang

cedera.  Ia bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan mangsa atau pesakit ketika dipindahkan.  Berbentuk segi tiga untuk menganduh anggota yang cedera.

b.Tekanan tidak tepat - Gunakan ikatan penjerut. - Jangan biarkan ikatan penjerut lebih daripada 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. - Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. - Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.

c. Anggota terputus
- kawal dari keluar berterusan. - Bahagian

putus hendaklah dibungkus dengan kain kasar yang basah, sebaikbaiknya dibasahkan dengan air garam isotonic yang suci kuman. - Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. - Jangan rendam anggota putus secara langsing ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.

Terseliuh dan Patah


1. Kepatahan (fraktur)
-

pukulan sipi- kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang paha keran terjatuh dari tempat tinggi. Kecederaan otot (strain)- otot telah diregang secara berlebihan, mengguna otot secara mengejut. Terseliuh kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.

Terseliuh

Patah

Prinsip Rawatan secara Am


 Prinsip rawatan untuk kecederaan patah

adalah seperti berikut: 1. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti ganggian pernafasan dan pendarahan yang banyak. 2. Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan di tempat kejadian 3. Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba melurukan bahagian yang cedera.

4. Sekiranya kulit di bahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih. 5. Halang pergerakan anggota yang patah menggunakan anduh dan pembebat(bandage). 6. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

 Airway - Melancarkan saluran penafasan. - Membuka saluran penafasan.  Breathing - Lihat dada mangsa adakah ia bergerak turun naik. - Cuba dengar bunyi mangsa bernafas. - Sekiranya mangsa bernafas, pastikan ia dalam posisi yang stabil. - Kenal pasti dan cuba merawat pendarahan dan sebarang kecederaan.

 Circulation
- Periksa denyutan nadi di leher mangsa.

RICE
 Rawatan terbaik untuk kecederaan acute.

   

Sebagai contoh, terseliuh dan ketegangan otot. Rest (biarkan mangsa berehat) Ice (kurangkan kesakitan) Compression (kurangkan bengkak, dapat melegakan kesakitan) Elevation (kurangkan bengkak, paling efektif sekiranya tempat kecederaan lebih tinggi daripada paras jantung)

Kecederaan acute
 Mengikut pendapat Flegel (1992),

kecederaan acute / otot dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan masa penyembuhan.  1. acute- cuts, strain, sprain  2. kronik

You might also like