2
Fasa perancangan program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu-satunya elemendalam program ini yang mendedahkan pengalaman sebenar kepada para peserta tentangkaedah untuk merancang dan melaksanakan program perkhemahan. Walau bagaimanapun,guru pelatih banyak dibantu oleh pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Tidak sampai 80 peratus daripada fasa ini dilaksanakan oleh peserta sendiri.Semasa taklimat pertama yang dijalankan oleh pegawai dan pensyarah JHEP di BISApada 13 Januari yang lalu, peserta telah diberikan taklimat serba ringkas dan kemudiannya
menerima „brochure‟ yang siap tertulis lokasi, tarikh, jadual program dan senarai ahli
kumpulan. Saya melihat situasi ini sebagai satu kerugian bagi peserta. Kami tidak diberikebebasan untuk merancang hatta memilih lokasi perkhemahan sekalipun. Segalanya sudahsiap dirancang oleh pegawai JHEP.Semasa Majlis Pelancaran Program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 2 di Kompleks SukanPuteri Gunung Ledang, Tuan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu telah menyerahkan
sebiji „Telur Amanah‟ kepada setiap kumpulan. Beliau mengibaratkan telur tersebut sebagai
amanah yang perlu kami hargai dan jaga dengan sebaiknya.Sedia maklum tentang kerapuhan kulit telur, saya melihat telur tersebut sebagai satukekuatan yang akan membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan dalam masayang sama menjaga sensitiviti yang berlu sentiasa dititik beratkan. Mengambil iktibardaripada pengalaman yang lepas, saya pernah menyertai program perkhemahan yang turutmembekalkan setiap kumpulan dengan sebiji telur. Ada juga program yang memilih belonnipis berisi air. Saya yakin, tidak kurang cabarannya jika telur digantikan dengan belon nipisberisi air.Saya melihat kekuatan program ini pada pembinaan semangat kerjasama antarapeserta. Sebelum bertolak ke lokasi perkhemahan, semua peralatan perlu dimuatkan ke dalambas. Begitu juga selepas tamat program apabila semua peralatan perlu dipulangkan semula keStor BIG. Rantaian manusia yang dibina untuk mengangkut peralatan dari lori ke stormenjadikan kerja yang pada awalnya sekali pandang kelihatan berat akhirnya menjadi begituringan walaupun hakikatnya setiap orang merasa berat setiap barang. Benarlah kata orangtua-
tua, „Sepakat membawa berkat.‟
Setibanya di lokasi, kami lantas menyelesaikan kerja-kerja mengangkut barangpersendirian dan peralatan. Namun, selepas itu kami seakan hilang arah apabila berasa