Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Ratings: (0)|Views: 232|Likes:
Published by Hamidah Budi
Analisis jurnal
Analisis jurnal

More info:

Published by: Hamidah Budi on Sep 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2013

pdf

text

original

 
1
Bab 11.0 PENDAHULUAN1.1
 
Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat. Pendidikan jugamenggambarkan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Pendidikan bukan sekadarmemberi ilmu pengetahuan, malah ia bertujuan untuk mendidik anak bangsa, membentuk peribadi, rohani, emosi dan jasmani yang selaras dengan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial iaitu (JERIS).Guru memainkan peranan dan tanggungjawab yang berat bukan sahaja mengajar malahmendidik anak-anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsadan negara serta melahirkan generasi masa depan yang cemerlang, gemilang danterbilang. Anak-anak bangsa inilah yang merupakan modal insan kepada negara danmerupakan agen perubahan kepada kemajuan dan kestabilan Negara.Guru seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam proses pengajarandan pembelajaran di Sekolah. Hal ini kerana profesionalisme guru dapat memberikankefahaman kepada pelajar di dalam kelas. Selain itu, hasil pembelajaran juga tercapaidisebabkan oleh keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru yangprofesional. Menurut Sufean Hussein (1995) dalam Azhar
et al
(2007) mentakrifkanprofesionalisme sebagai suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang bermatlamat untuk mencapaikeberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Profesionalisme bolehdirujuk sebagai kerjaya yang mempunyai komitmen yang tinggi.
 
2
Tahap profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran danpengajaran di Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangattinggi terutamanya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novisatau guru permulaan yang baru menamatkan program pendidikan dikenali sebagai gurunovis Khalid (2009). Guru permulaan seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yangtinggi yang meliputi aspek kesedian, pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasapengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini amat mempengaruhi hasil pembelajaran danseterusnya peningkatan pencapaian pelajar. Oleh itu, guru novis hendaklah menyahutcabaran iaitu melengkapkan diri dengan persediaan sebelum pengajaran, pengetahuanyang luas mengenai topik yang hendak diajar dan motivasi yang tinggi bagimempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar.
1.2
 
Latar Belakang Kajian
Setiap tahun lebih daripada 15,000 guru permulaan yang juga disebut sebagai guru novisditempatkan di seluruh Malaysia. Profesion perguruan antara profesion yang palingmendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yangmempunyai ahli yang begitu ramai. Pada tahun 1999, seramai 157,415 orang adalah gurudi Malaysia (Siti maisarah, 2008). Sesetengah guru-guru novis ini telah menjalani ataumengikuti kursus dan latihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi guru novis agar lebihkelihatan berkompetensi dan berkeyakinan untuk membantu pelajar-pelajar dalampengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah (Mohammad Sani, 2007).Walaupunbegitu, masih ramai dalam kalangan guru novis masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini.Menurut Ahmad Yusuf kasim
et al
(2010) pengetahuan merupakan komponen terasdalam pendidikan sesuatu matapelajaran di sekolah menengah. Guru novis yangmengajar sesuatu mata pelajaran harus menguasai secara keseluruhan bidang ilmu iniagar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar kepada pelajar-pelajarnya.
 
3
Keprofesionalan guru novis dari segi kedalaman ilmu pengetahuan amat penting di dalamsesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Perkembangan dan perubahan yangberlaku dalam bidang pendidikan banyak menuntut perubahan perspektif masyarakatterhadap profesion perguruan.Profesion perguruan sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang bolehdiceburi oleh sesiapa sahaja (Lokman dan
et al
, 2007). Hanya mereka yang mempunyaikualiti, ketarmpilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006). Ini menunjukkan bahawaguru perlu ada persediaan bukan sahaja dari mental tetapi juga dari segi fizikal.Aspek profesioanalisme guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran juga dilihat dariaspek motivasi. Motivasi secara umumnya adalah merupakan satu daya yangmenggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Ditinjau dari aspek kerja,motivasi merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapaimatlamat yang telah ditetapkan. Ia merupakan keinginan, kehendak dan kemahuan untuk melakukan sesuatu yang baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merica, 1985).Motivasi dapat mempengaruhi prestasi kerja. Oleh yang demikian, guru novis merupakanguru baru yang akan berkhidmat di sekolah, motivasi guru novis yang tinggimenghasilkan keputusan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka denganitu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru dari aspek motivasi.Oleh itu, kajian ini mengkaji profesionalisme guru novis dari tiga aspek iaitupengetahuan, kesediaan mengajar dan motivasi guru novis dalam pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah.
1.3
 
Pernyataan Masalah
Krisis profesionalisme keguruan perlu diberikan perhatian yang serius kerana gurumerupakan agen utama sebagai pembentuk wajah kepimpinan dan pemacu pembangunanekonomi Negara. Profesionalisme perlu dititikberatkan terutamanya kepada guru novis.Hal ini kerana tahap profesionalisme guru novis dikatakan berada pada tahap yang

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->