• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
PILIHAN RAYA UMUM KE-12: SATU TINJAUAN KE ATAS MANIFESTO DANPENCAPAIAN PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK DI PERAK Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008 telah menyaksikan satu perubahan ketara dalam senario politik negara. Pertama, ia menampakkan perubahan dalam pola pengundian rakyat Malaysia yang secara jelas menolak politik perkauman yang ditunjangi olehBarisan Nasional. Kedua, Barisan Nasional yang memerintah sejak 50 tahun yang lalu tidak lagimampu mengekalkan majoriti 2/3 dalam parlimen. Ketiga, buat kali pertama dalam sejarah , lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan dikuasai oleh parti pembangkang.Ketika tumpuan terarah di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, Perak turut tidak terlepas dari tempias tsunami 2008. Ramai penganalisa politik meletakkan Perak dalam zon selamat namun begitu ketika keputusan mula diumumkan dan menyaksikan jatuhnyakerusi-kerusi parlimen mahupun DUN Barisan Nasional, ramai yang terkejut dan tidak mampumemberikan alasan bagi fenomena tersebut. Kejayaan barisan pembangkang menguasai Perak dengan memenangi 31 daripada 59 DUN banyak bergantung kepada pengaruh DemocraticAction Party yang begitu sinonim dengan para pengundi bukan Melayu terutamanya di daerahKinta. DAP muncul sebagai parti yang paling dominan dalam pilihan raya kali ini dan iamemenangi 6 daripada 7 kerusi parlimen yang ditandinginya. Manakala di peringkat DUN pulaia menyapu bersih kesemua 18 kerusi DUN yang ditandinginya . DAP berjaya membentuk kerajaan negeri dengan PKR dan PAS yang menguasai 5 kerusi parlimen dan 13 kerusi DUNyang lain.Kejayaan DAP di Perak dikaitkan dengan peralihan undi pengundi bukan Melayu kepada parti pembangkang. Ramai pengundi yang selama ini setia kepada Barisan Nasional telahmemihak kepada pembangkang sebagai tanda protes mereka terhadap kerajaan. Kegagalankerajaan menangani isu kenaikan harga barangan serta peningkatan kadar inflasi jelasmengecewakan golongan rakyat. Pada masa yang sama, situasi keselamatan dalam negeri turutkurang memuaskan dengan bertambahnya kes-kes jenayah yang semakin serius. Keadaandiperburukkan lagi apabila kerajaan tidak mengambil perhatian yang serius dalam tuntutanmasyarakat Cina dan India. Ia jelas dalam penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaranmatapelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang ternyata kurang disenangi oleh masyarakat
1
 
Cina. Isu tuntutan Hindraf yang ditangani secara kekerasan oleh kerajaan juga mencetuskan satusenario yang tidak memihak kepada Barisan Nasional. Pada masa yang sama, faktor Anwarismeyang melanda para pengundi Melayu turut mengakibatkan kekalahan calon-calon UMNO yangselama ini selesa di Perak.Dalam pilihan raya kali ini, DAP telah mempertaruhkan gandingan calon-calon lamadengan baru dalam usaha menguasai kerusi-kerusi yang dipelopori oleh MCA, Gerakan , PPPdan MIC. Ia meletakkan 3 calon utamanya Lim Kit Siang, M. Kulasegaran dan Fong Po Kuan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu Gajah. Pada masa yangsama, calon-calon dominannya di Perak seperti Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telahdiletakkan di kedua-dua kerusi parlimen dan DUN. Ngeh Koo Ham telah bertanding di kerusiParlimen Beruas dan kerusi DUN Sitiawan manakala Nga Kor Ming telah bertanding di kerusiParlimen Taiping dan kerusi DUN Pantai Remis. DAP turut mengekalkan penyandang- penyandang yang lain di mana Su Keong Siong dikekalkan di DUN Pasir Pinji, Hee Yit Foong diDUN Jelapang dan Seah Leong Peng di DUN Pasir Bedamar. Beberapa muka baru turutdisenaraikan dalam pilihan raya kali ini dan ia termasuklah Wong Kah Woh, bekas setiausahaLim Kit Siang yang telah bertanding di DUN Canning, M Manogaran yang bertanding diParlimen Telok Intan, V. Sivakumar di Dun Tronoh dan Keshvinder Singh di DUN Malim Nawar. Kehadiran ramai calon-calon India dalam DAP yang diketuai M Kulasegaran, MManogaran, V Sivakumar, Keshvinder Singh, Sivanesan dan Sivasubramaniam ternyata berjayamemikat para pengundi India di mana kesemua calon-calon tersebut memenangi kerusi yangditandingi .Kejayaan DAP dalam pilihan raya 2008 banyak bergantung kepada prestasinya di daerahKinta yang menjadi kubu kuat parti tersebut sejak pilihan raya 1969 lagi. Lantaran itu, DAPmemberi perhatian khusus terhadap kerusi-kerusi parlimen yang terletak di daerah tersebut. Dimana ia berharap kehadiran tokoh-tokohnya seperti Lim Kit Siang, Fong Po Kuan dan M.Kulasegaran di Parlimen Ipoh Timur, Ipoh Barat serta Batu Gajah mampu meraih sokongan padu pengundi Cina dan seterusnya menguasai kerusi-kerusi DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen tersebut. Kecenderungan pengundi memihak kepada pembangkang serta kemampuanDAP memanipulasi isu-isu nasional serta isu-isu lokal ternyata memberi banyak kelebihankepada parti tersebut. DAP berjaya mengekalkan ketiga-tiga kerusi parlimen yang dimenangi
2
 
dalam pilihan raya 2004 di samping merampas tiga kerusi parlimen yang terletak di luar daerahKinta. Lim Kit Siang menang dengan bergaya di Ipoh Timur dengan majoriti yang besar iaitusebanyak 21,942 undi manakala di Ipoh Barat, M.Kulasegaran berjaya perbaiki majoritikemenangan yang kecil dalam pilihan raya 2004 apabila mencatat majoriti undi sebanyak 15,534undi. Fong Po Kuan yang mencetuskan kontroversi dengan penarikan diri dari bertanding pada peringkat awal turut cemerlang apabila mempertahankan kerusi Parlimen Batu Gajah buat penggal ketiga berturut-turut dengan meraih majoriti undi sebanyak 24,627 undi. DAP turutmencipta kejutan di kerusi Parlimen Taiping apabila Nga Kor Ming menewaskan penyandangnyaDatuk M. Kayveas, Pengerusi PPP dengan majoriti undi sebanyak 11,298. Dua lagi kerusi parlimen yang dimenangi DAP di Perak ialah Parlimen Beruas dan Parlimen Telok Intan. Iamenyaksikan kehadiran Ngeh Koo Ham yang pertahankan kerusi DUN Sitiawan mencuba nasibdi kerusi Parlimen Beruas. Ngeh Koo Ham yang Pengerusi DAP Perak telah menewaskan ChangKo Youn dan merampas kerusi tradisi Beruas yang selama ini dikuasai oleh Datuk Seri LimKeng Yaik. Manakala di Parlimen Teluk Intan, Gerakan sekali lagi terpaksa menelan hakikatyang begitu pahit apabila Ketua Pemudanya Datuk Mah Siew Keong yang juga penyandangkerusi tersebut terpaksa berputih mata apabila ditewaskan oleh M.Manogaran dengan majorityundi sebanyak 1,470 undi.Kejayaan DAP di peringkat Parlimen turut dirasai di peringkat negeri. Ia begitu ‘garang’di Kinta apabila menyapu bersih kesemua 18 kerusi DUN yang ditandingi di Ipoh Barat, IpohTimur dan Batu Gajah. Di Parlimen Ipoh Timur, DAP menguasai kerusi DUN Canning, TebingTinggi dan Pasir Pinji. Manakala di Parlimen Ipoh Barat ia memenangi kerusi DUN di Bercham,Kepayang, dan Buntong. Di Batu Gajah, DAP pertahankan kerusi DUN Jelapang, Mengelembudan merampas Tronoh. Pengaruh DAP turut semakin menular ke daerah daerah lain di mana ia bukan sahaja berjaya pertahankan kerusi DUN Sitiawan, Pantai Remis dan Pasir Bedamar malahmemenangi kerusi-kerusi yang terletak dalam lingkungan Barisan Nasional seperti kerusi DUNPokok Assam dan Aulong yang dianggap sebagai kubu kuat Gerakan sebelum ini. Di sampingitu, DAP turut memenangi kerusi DUN Jalong yang terletak di bawah kerusi Parlimen SungaiSiput yang menyaksikan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu kecundang di tangan MichaelJeyakumar, wakil Parti Sosialis Malaysia yang bertanding atas tiket PKR. Walaupun DAPkecundang di Kampar, namun ia berjaya memenangi kerusi DUN Malim Nawar menerusiKeshvinder Singh dengan majoriti undi sebanyak 1,362 undi. DAP turut berjaya menempatkan
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...