You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LAKSANA PARIT MAIMON 83500 PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR

TEL : 07-4101610 Fax : 07-4102110

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ruj. Kami : JBA0012/PRA/11/05 Tarikh : 11 Mei 2011 Kepada Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail Datuk Bandar Kuala Lumpur Tuan, MOHON SUMBANGAN IKHLAS Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Unit Prasekolah SK. Seri Laksana akan menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur seperti ketetapan di bawah : 14 Mei 2011 ( Sabtu ) 1. Petrosains 2. Aquaria Peserta program : 23 Orang murid Prasekolah 5 Orang guru pengiring 22 Orang ibu bapa murid Prasekolah Ketua rombongan: Puan Hazimah bt Abd. Rahim ( 013-7112517 ) Program ini dianjurkan untuk memberi peluang murid merasai pengalaman baru di samping meneroka keindahan alam flora dan fauna. Murid Prasekolah yang mengikuti program ini adalah dari golongan berpendapatan rendah dan belum pernah lagi melawat ke tempat-tempat yang akan kami lawati. Tarikh : Tempat di lawati :

3.

4. Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak Datuk dapat memberi sedikit sumbangan ikhlas untuk meringankan lagi kos program kami ini. 5. Segala sumbangan ikhlas dan jasa baik yang dihulurkan tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Yang benar, ................................................ ( HAZIMAH BT. ABD. RAHIM ) Guru Prasekolah SK Seri Laksana

You might also like