You are on page 1of 9

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

TOPIK 5

APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF DAN PENILAIANNYA

SINOPSIS: Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai konsep,objektif, kepentingan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF serta dapat membuat inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah Hasil Pembelajaran: Di akhir kursus ini peserta dapat: 1. Memahami konsep, objektif dan kepentingan pengkhataman al-Quran j-QAF dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia.

2. Mengaplikasikan model dan modul pengajaran dan pembelajaran pengkhataman


al-Quran j-QAF dengan berkesan. 3. Menguasai kaedah penilaian pengkhataman al-Quran j-QAF. Tajuk ini sangat penting untuk para guru kerana ia menerangkan latar belakang khatam al-Quran j-QAM Model 6 Bulan dan Model Tasmik juga untuk memastikan kejayaan program ini di sekolah rendah.

TOPIK 5: KHATAM QURAN: j-QAF 5.1 KONSEP j-QAF 5.2 OBJEKTIF j-QAF 5.3 kepentingan khatam quran j-qaf 5.4 PELAKSANAAN KHATAM QURAN j-QAF PROGRAM KHATAM QURAN MODEL PROGRAM KHATAM QURAN MODELTASMIK: PELAKSANAAN DAN PENILAIANNYA.

75

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah alQuran Peringkat Antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al-Quran di samping mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, akhirnya bersetuju antara lain khatam al-Quran diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. 5.1 Konsep j-QAF j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam penajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Projek ini

5.2 Objektif Khatam Quran j-QAF Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah dapat: i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk. 5.3 Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan alQuran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan

76

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan pemantauan dari guru dari masa ke semasa. 5.4 Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam alQuran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu sama lain. 5.4.1 Program Khatam Quran Setahun atau 6 Bulan. Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam alQuran pada tahun 2 hingga tahun 6. Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun 2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum KBSR. Objektif

a. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid b. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk. Kumpulan Sasaran Semua murid yang beragama Iskam tahun2 hingga tahun 6 Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam AlQuran setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

77

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

Peruntukan Waktu Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran mulai Januari hingga Nov dengan peruntukan masa 4 kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushafRasm Uthmani ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah. Iii. Proses mengajar talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang dengan dibantu oleh sekkurang-kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid turus. Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran masing-masing. V. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran. Vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`. Vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-Quran. Viii Agihan bacaan dalam Model Khatam Al-Quran. mengikut jadual dan hendaklah dirujuk Pengajaran dan Pembelajaran Model

Agihan Tugas Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong

78

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah bertanggungjawab: a. Memberi taklimat pelaksanaan projek

b. Memantau pelaksanaan projek


c. Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab; a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah. b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek dilaksanakan dengan sempurna. c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat. d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. e. Memantau pelaksanaan projek f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN selepas tamat pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab; a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru


pembimbing. c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan projek. d. Menyemak laporan.

projek.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab; a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran. c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran. d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan Penilaian Projek Khatam Al-Quran Model 6 Bulan.

79

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

Guru Pembimbing a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan. c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan. d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut: 1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru 2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus. 3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid. 4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.

mengesahkan

Penilaian Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untukmenilai murid. berdasarkan panduan berikut; Agihan Markah : 60 markah : 40 markah Penilaian ini hendaklah

1. Jumlah ayat 2. Kualiti bacaan

80

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid iaitu: Ayat tertinggi X60 _______________ Jumlah ayat keseluruhan 5.4.2 Program Khatam Quran Model Tasmik Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan melaksanakan di luar jadual waktu. Objektif a. b. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .

Kumpulan Sasaran Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan a. b. c. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik oleh pihak sekolah. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam, guru-guru agama, ibu bapa, guru-guru akademik di sekolah, pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid yang telah khatam alQuran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimbing. d. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiapkali ditasmik.

81

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

e. f. g.

Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam buku rekod bacaan.

h.

Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru pembimbig ebelum penilaian dilaksanakan.

i. j. k.

Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan seperti dalam model Tasmik. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangjkan. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak membaca al-Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca banyak ayat dan bagi membolehkan tumpuan kepada kualiti bacaan.

l. m.

Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bilabila masa samada di sekolah atau di rumah. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.

Penilaian murid tersebut benar-benar hendaklah menguasai dilakukan di bacaan akhir yang tahun

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan Penilaian direkodkan oleh guru pembimbing. secara menyeluruh bagimenentukan tahap pencapian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untuk menilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut; Agihan Markah 3. Jumlah ayat : 60 markah

82

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Aplikasi Khatam Al-Quran

4. Kualiti bacaan

: 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid iaitu:

Ayat tertinggi X60 _______________ Jumlah ayat keseluruhan

* Sila rujuk Modul Pengajaran dan Pembelajaran Model Tasmik

Tugasan 1. Setelah anda membaca nota di atas, anda dikehendaki membuat pengurusan grafik bandingbeza antara Model 6 Bulan Khatam Al-Quran dengan Model Tasmik Khatam AlQuran 2. Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan keduadua model di atas menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan penyelesaiannya.

Rujukan Asas: 1. Bahagian Kurikulum JPIM,KPM (2004), j-QAF : Buku Panduan Pelaksanaan ModelModel Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum. Kuala Lumpur: JAPIM KPM

83

You might also like