Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
18Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

8. Topik 6 Tilawah Dan Tajwid Ms1-17

Ratings: (0)|Views: 3,704|Likes:
Published by Bro Qim

More info:

Published by: Bro Qim on Sep 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/12/2013

pdf

text

original

 
 
TOPIK 6
TAJWID DAN APLIKASINYA
SINOPSIS
:Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmutajwid, gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs TorikSyatibi. Di samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentangmaratib (bentuk-bentuk) bacaan yang muktabar.
Hasil Pembelajaran.
Di akhir modul ini peserta dapat:
1.
Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran
2.
Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran
3.
Membaca bacaan-bacaan khas riwayat hafs toriq (aliran bacaan) Syatibidengan tepat.4.Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yangdiizinkan oleh syarak.Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagunganal-Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya Allah memperturunkan melaluimalaikat Jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga harikiamat!
1
TOPIK 6 TAJWID DAN APLIKASINYA6.1 TILAWAH ALQURAN6.1.1. Rukun-rukun tilawah al-Quran6.1.2. Adab-adab berinteraksi dengan al-Quran6.1.3. Maratib tilawah al-Quran6.1.4. Bentuk tilawah al-Quran yang dilarang6.2 TAJWID DAN APLIKASINYA6.2.1. Mabadi (tonggak) ilmu tajwid6.2.2. Makhraj huruf dan sifat huruf 6.2.3. Hukum nun sakinah dan tanwin6.2.4 Hukum mim sakinah6.2.5. Hukum nun musyaddadah dan mim musyaddadah6.2.6. Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz6.2.7. Al-Mudgham6.2.8. Al-Mudud6.2.9. Waqaf dan Ibtida’6.2.10. Bacaan Khas Riwayat Hafs daripada Qiraat AsimToriq Syatibi
 
RUKUN TILAWAH AL-QURANSAH SANAD BACAANBERTEPATAN DENGAN RASM UTHMANIBERTEPATAN DENGAN NAHU BAHASA ARAB
 
6.1.1 RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN
Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan al-Quran. Rukun bacaan al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik dibawah
Sah sanad.
Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah.Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehinggakhatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana danbersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaanRasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebutadalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran dihadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang
2
 
 
al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat.Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atautauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmudaripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbaskepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika ituadalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan merekaterhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannyawalaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain.Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individumuslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran danpenerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannyamenepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnyaiaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kitamembuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakahguru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliausebelum ini.
Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripadamushaf-mushaf Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia.Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliranbacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi(ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaankurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.
Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah(bentuk) kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih,yang disepakati atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaantersebut tetap sahih.Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasaarab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmamenerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidakboleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yangmeragukan).Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam Asim riwayat Hafstorik Syatibi.
3

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ini Ayu liked this
Rohani Mohamad liked this
Mumtaz Aqeeda liked this
Rumpai Laut Azie liked this
Mohd Azamuddin liked this
navri_nalhad liked this
rabiatul84 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->