You are on page 1of 32

Pengenalan Bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan.

Aktiviti di dalam bilik darjah meibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan pelajaran. Doyle (1986) telah mengenal pasti beberapa ciri yang menjadikan bilik darjah suatu tempat yang unik dan mencabar . antaranya adalah : 1. Pelbagai dimensi Beberapa jenis aktiviti yang berbeza berlaku dalam sesebuah bilik darjah. Guru memberikan arahan, menarik perhatian murid, melakukan demonstrasi, mengawal disiplin, menilai, memberikan maklum balas dan murid pula akan melaksanakan aktiviti, membaca, mencatat dan berinteraksi dengan rakan. 2. Serentak Beberapa aktiviti ini mungkin berlaku dalam masa yang sama. Misalnya, guru boleh memberikan arahan, menulis atau melukis pada papan putih dan dalam masa yang sama memerhati sekiranya ada tingkah laku yang tidak diingini dalam kalangan muridnya. 3. Segera Guru kadangkala perlu memberikan respond an membuat keputusan dengan cepat, misalnya jika murid tidak memberikan respon atau perhatian, guru perlu menegur pada ketika itu juga. 4. Sukar diramal Walaupun guru sudah merancang, kadangkala perkara yang tidak diduga boleh berlaku, misalnya murid bergaduh atau jatuh sakit atau alat bantu mengajar seperti laptop atau projector tidak berfungsi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) 5. Umum- Bilik darjah merupakan tempat terbuka, gurudapat memerhati hamper setiap aktiviti murid dan pada masa yang sama setiap tindaktanduk guru boleh diperhatikan oleh murid. Oleh itu, guru perlu berhatihati kerana sebarang tingkah laku yang salah mungkin ditiru oleh muridnya. Cara seseorang guru menguruskan bilik darjahnya menunjukkan kepercayaan serta keyakinannya terhadap kandungan yang hendak disampaikan kepada muridnya. Ia juga menampakkan falsafah guru tersebut terhadap p&p di dalam

bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan membawa kepada pengajaran yang berkesan.

1 KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH Ramai pendidik mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedahkaedah untuk menangani masalah disiplin bilik darjah. Ia juga sering dilihat sebagai sesuatu yang guru perlu lakukan sebelum pengajaran sebenar bermula. Aktiviti seterusnya dalam p&p ditafsirkan sebagai sesuatu aspek yang berasingan. Ia seolah-olah guru perlu melaksanakan pengurusan terlebih dahulu dan selepas itu barulah memulakan pengajaran. Tetapi kini pandangan seperti ini sudah mula berubah dengan adanya kajian yang menunjukkan bahwa pengurusan bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek yang berasingan tetapi saling berkait rapat. Kajian juga menunjukkan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hal ini sememangnya jelas kerana murid tidak boleh belajar dalam keadaan yang tidak teratur. Pengurusan bilik darjah merupakan factor penting dalam proses p&p serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Richards (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumberpelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Pengurusan bilik darjah dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan
2

kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif. ( Sanford J. Emmer & Clemments ) Pengurusan bilik darjah adalah suatu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan p&p. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti berikut : Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai. Membentuk suasana pembelajaran yang positif. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-guru. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p. Mengurangkan masalah disiplin. Pengurusan rutin yang berkesan. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Pendekatan tradisional yang digunakan dalam pengurusan bilik darjah lebih berorientasikan kawalan, iaitu kaedah modifikasi tingkah laku. Fokusnya ialah terhadap tindakan yang diambil selepas murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Guru menetapkan peraturan dan prosedur pada awal tahun persekolahan. Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka dia akan menerima akibat yang positif dan sebaliknya jika dia tidak mematuhi peraturan persekolahan. Penguatkuasaan kaedah ini perlu dilakukan secara konsisten untuk memastikan proses p&p dapat dilaksanakan dengan baik. Pada hari ini penekanan diberikan kepada pendekatan yang bersifat holistik. Pendekatan baharu ini tidak bertumpu kepada respon guruterhadap salah laku murid. Sebaliknya pendekatan ini lebih terarah kepada pencegahan, iaitu perkara yang boleh dilakukan guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang mungkin menyumbang kepada salah laku murid. Jacob Kounin ( 1970) menyatakan bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah yang telah berlaku. Pendekatan ini
3

memerlukan guru mempunyai kemahiran dan kemampuan yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana pengurusan bilik darjah melibatkan beberapa kombinasi kemahiran untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ia merangkumi semua tugasan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru dan termasuklah tingkah laku serta sikap yang ditunjukkan oleh guru. Factor utama dalam pengurusan bilik darjah ialah pengurusan yang rapi. Guru juga perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan serta membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan. Pada masa yang sama, guru juga perlu memberikan perhatian kepada hubungannya dengan murid. Dalam usaha merancang, mengelola, mengawal, membuat refleksi dan membina hubungan dengan murid, guru juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya. Pengetahuan ini akan membantu guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai serta dapat memotivasi dan menarik minat muridnya supaya melibatkan diri dalam proses p&p. 1.1 PENGETAHUAN TENTANG KEPERLUAN MURID-MURID Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan boleh dibahagikan kepada dua, keperluan fisiologi dan psikologi. Keperluan fisiologi merangkumi keperluan untuk makanan, rehat, udara, pembuangan kotoran dan kejantinaan. Manakala keperluan psikologi pula terdiri daripada keperluan untuk keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik. Menurut Maslow lagi, manusia akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan primernya (premier), iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan diri. Setelah ianya dipenuhi, barulah individu itu mencuba memenuhi keperluan penyempurnaan kendiri, pengetahuan dan estetik. Di samping keperluan fisiologi dan psikologi, murid juga mempunyai keperluan akademik. Ia termasuk : Memahami objektif pengajaran.
4

Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid. Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi. Pengalaman kejayaan. Maklum balas yang tepat dan realistik.

MEMAHAMI OBJEKTIF PENGAJARAN Murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses p&p sekiranya mereka jelas tentang tujuan aktiviti pembelajaran dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut. Pengetahuan ini akan membantu mereka bersedia menghadapi sesi pembelajaran.

MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIF DALAM PROSES PEMBELAJARAN Murid bukan alat perakam yang hanya menerima dan menyimpan maklumat. Menurut Jean Piaget, seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, pembelajaran ialah suatu proses konstruktif. Piaget menyarankan penglibatan aktif untuk memberikan peluang kepada individu membina penetahuannya sendiri. Penglibatan aktif tidak terhad kepada manipulasi objek secara fizikal bahkan secara mental juga. Misalnya Apakah yang akan terjadi sekiranya air habis digunakan? Penglibatan aktif bererti pembelajaran bertumpu kepada murid dan guru memainkan peranan sebagai fasilitator.

BERINTERAKSI SECARA POSITIF DENGAN RAKAN SEBAYA Piaget menekankan kepentingan interaksi social antara rakan sebaya. Menurutnya, rakan sebaya boleh meencabar pemikiran semasa interaksi. Cabaran ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan atau konflik kognitif. Ketidakseimbangan adalah suatu keadaan apabila seseorang menyedari bahawa cara pemikirannya tidak
5

dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut Piaget lagi, apabila keadaan itu berlaku. Individu tersebut akan berasa tidak selesa dan akan berusaha memperoleh keseimbangan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan itu, cara pemikiran indivisu itu akan berubah ke tahap yang baharu. Lev Semenovich Vygotsky, ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangan mental ke peringkat lebih tinggi berlaku melalui interaksi sosial. Interaksi dan pertukaran idea melatih murid menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya dan pada masa yang sama membina pengetahuan yang baharu.

PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN DAN MINAT MURID Pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan pengalaman murid kerana murid boleh menggambarkan dan memahaminya dengan lebih jelas. Disamping itu, murid dapat melihat bagaimana perkara yang baharu dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Hal ini membantu mereka mengingati perkara yang dipelajari. Pembalajaran yang mengambil kira minat murid mendorong mereka memberikan perhatian dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

PENGALAMAN KEJAYAAN Aktiviti atau tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid merasai kejayaan. Ini membantu meningkatkan estim diri murid dan memberikan keyakinan terhadap kemampuannya dalam proses pembelajaran.

1.1.1 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Semasa merancang, guru akan merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Guru akan memilih topik, menentukan pendekatan yang paling sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza. Kemudian, guru perlu membentuk aktiviti atau tugasan yang sesuai dengan tahap pencapaian muridnya, menyusun pengalaman pembelajaran, menetapkan tempoh bagi setiap aktiviti atau tugasan, membentuk penilaian, menyediakan sumber p & p serta aktiviti pemulihan dan pengayaan. Pada masa ini, guru juga akan mengambil kira tempat pembelajaran, sama ada di bilik darjah, makmal, pusat sumber atau di luar kawasan sekolah.

MENGELOLA Guru perlu memberikan arahan yang jelas, memaklumkan peraturan dan prosedur, menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan pembelajaran, mengagihkan tugasan, membahagiakan murid kepada kumpulan, menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. Hal ini dilakukan supaya murid memahami hala tuju pelajaran dan peranan mereka di dalam bilik darjah. Kelolaan yang baik juga dapat memastikan kelancaran proses pembelajaran.

MENGAWAL Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan diri dalam pembelajaran. Sekiranya ada murid yang tidak memberikan perhatian atau menimbulkan masalah, guru boleh memanggil nama murid, menegur, menasihati atau menghantarnya ke unit disiplin sekiranya perlu. Guru juga perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian dan

diberikan aktiviti pemulihan dan murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti pengayaan.

MEMBUAT REFLEKSI Guru menganalisis dan menilai keberkesanan amalan beliau, pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta bentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran beliau. Guru mesti bertanggungjawab dan bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan berlakunya kesilapan dan membuat perubahan, bersedia mencuba alternative yang lain. , mendengar serta mempertimbangkan maklumat daripada sumber-sumber lain Budaya refleksi membantu guru meningkatkan mutu p & p.

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH Peranan guru sekarang bukan hanya mengajar tetapi juga memberikan penekanan kepada pendidikan menyeluruh dari segi emosi, kognitif, sosial, jasmani dan rohani serta perhatian kepada keperluan individu. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid dan strategi kumpulan menjadi cara utama pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan ini, peranan guru pun turut berubah. Pengajaran di dalam bilik darjah tidak lagi tertumpu kepada guru. Kini guru juga memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras dan juga fasilitator. Menurut Jere Brophy, pengurusan bilik darjah berkesan ialah keupayan guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah supaya menjadi satu persekitaran yang efektif untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p). Kebanyakan bakal guru menceburi bidang pendidikan penuh dengan inspirasi dan aspirasi tetapi selepas beberapa tahun berada dalam profesion ini, ramai yang berasa kecewa, letih dan ada yang berputus asa. Keadaan bilik darjah yang penuh sesak, masalah disiplin murid serta kerja pentadbiran yang bertambah sering dinyatakan sebagai alasan.
8

2.1 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran ini berkesan sekiranya persekitarannya iaitu bilik darjah, makmal, bengkel atau padang latihan diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya ( Evertson, Emmet & Worsham, 2006) Kajian menunjukkan cara menyelaras persekitaran pembelajaran tidak lagi berfokus kepada peraturan yang ketat untuk mengawal tingkah laku murid. Kini cara itu lebih bertumpu kepada keupayaan guru mewujudkan, melaksana dan mengekalkan suatu persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personality guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebuhan sikap berdikari, mempunyai perasaan tabggungjawab dan kepunyaan terhadap pembelajarannya.

2.1.1 PERSEKITARAN FIZIKAL Persekitaran fizikal di dalam bilik dxarjah merangkumi aspek-aspek yang berikut : Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah. Sumber bahan pembelajaran. Ruang pembelajaran. Ruang pada dinding. Pencahayaan, pengudaraan dan perabot.
9

Kebersihan.

Sebuah sekolah rendah yang terletak di Reggio Emilia, Italy terkenal kerana program pendidikan awal yang menekankan persekitaran bilik darjah yang berupaya menyediakan meklumat dan melibatkan murid. Menurut nereka, bilik darjah boleh dianggap sebagai guru kedua di dalam kelas. Bilik darjah seharusnya boleh memotivasikan, meningkatkan pembelajaran dan mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid. Susun atur fizikal d dalam bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran seorang guru, menimbulkan rasa keseupayaan dan membolehkan interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat memberikan gambarankeselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di dalam bilik tersebut. Keadaan ini memberikan kesan kepada kemampuan guru menguruskan kelasnya dengan berkesan. Berikut adalah garis panduan tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah : SUSUNAN BILIK DARJAH YANG MEMBENARKAN GURU MEMANTAU DENGAN MUDAH DAN CEPAT Susunan mesti memberikan peluang kontak mata antara guru dengan murid. Elakkan susunan yang menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid.

KEDUDUKAN GURU YANG BERHAMPIRAN DENGAN MURID Kedudukan guru seharusnya berhampiran dengan sebilangan besar murid di dalam kelas supaya dapat memberikan peluang kepada guru berinteraksi dengan murid-muridnya.

10

PEMANDANGAN MURID MESTI JELAS DAN TIDAK TERHALANG Apabila guru mengajar, murid mesti dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri. Guru boleh memastikan perkara ini dengan mengambil tempat duduk murid dan memerhatikan papan putih daripada kedudukan tersebut.

AKSES MUDAH KEPADA SUMBER BAHAN PEMBELAJARAN Murid mesti mempunyai akses yang mudah kepada sumber bahan pembelajaran. Hal ini akan memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya. Keadaan ini juga memberikan peluang guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun yakni mereka boleh bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran patut disimpan di ruang yang sama sepenjang tahun untuk mengelakkan kekeliruan.

BERI PERHATIAN KEPADA PENCAHAYAAN, PENGUDARAAN DAN PERABOT Faktor pencahayaan amat penting. Kebanyakan bilik darjah mempunyai alat elektrik seperti lampu dan kipas. Guru perlu memastikan alat tersebut berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab di sekolah untuk pembaikan sekiranya alatan tersebut rosak. Di sesetengah bilik darjah, papan putihnya akan mengalami masalah silau pada waktu tertentu. Keadaan ini akan menyukarkan pembelajaran terutama jika guru menggunakannya untuk pengajaran. Maka guru perlu mencari penyelesaian, misalnya mengumpulkan wang dan membeli langsir untuk mengurangkan masalah silau. Dalam iklim khatulistiwa yang panas dan lembap ini, guru mesti memastikan pintu dan tingkap sentiasa dibuka untuk pengudaraan. Hal ini sangat kritikal terutama apabila sesebuah kelas mempunyai 40 orang murid. Keadaan yang panas akan menyebabkan murid berasa mengantuk, tidak selesa dan keletihan.
11

Perabot, khususnya kerusi dan meja mesti mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi dan meja mesti sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Setiap perabot di dalam bilik darjah mesti ada fungsinya dan digunakan dengan baik.

KEBERSIHAN Kebersihan di dalam bilik darjah merupakan tanggungjawab guru dan murid yang menggunakan bilik tersebut. Guru mesti memastikan kelas mempunyai tong sampah, penyapu, bekas pengumpul debu yang disapu, pemadam papan putih serta bulu ayam. Jadual bertugas perlu disediakan dan guru mesti sentiasa memantau kebersihan kelas, seeloknya sebelum dan selepas pengajaran. Sekiranya meja murid mempunyai ruang penyimpanan, guru perlu menyemaknya sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan murid tidak menggunakannya untuk membuang sampah atau sisa-sisa pensel yang telah diasah. Kepentingan kebersihan mesti sentiasa ditegaskan oleh guru agar menjadi sebahagian daripada gaya hidup murid.

SUSUNAN KERUSI MEJA MURID MESTI FLEKSIBEL Cara susun atur kerusi meja murid bergantung kepada pendekatanpengajaran dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Berikut adalah beberapa contoh susun atur kerusi meja murid. (i) Bilik darjah tradisional

Susunan ini sesuai jika guru menggunakan kaedah kuliah. Susunan ini lebih berpusatkan guru dan komunikasi serta interaksi dalam kalangan murid terhad. Pada kebiasaannya, murid yang nakal atau mempunyai

12

masalah pengliharan ditempatkan di baris hadapan. Murid yang tinggi atau berbadan besar ditempatkan di tepi atau baris belakang.

(ii)

Kumpulan kecil

Susunan berkumpulan digunakan dalam pelaksanaan KBSR yang menekankan strategi pengajaran berkumpulan. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Murid boleh berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Namun susunan seperti ini mudah mengalihkan perhatian murid dan guru perlu sentiasa memerhati dan memantau aktiviti-aktiviti murid. Muridmurid boleh ditempatkan dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru ketika memberikan tugasan atau latihan yang selaras dengan pencapaian murid.

(iii)

Seminar

Susunan ini sesuai jika guru hendak mengadakan perbincangan kelas, iaitu murid beolah bersemuka dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Susunan ini memberikan peluang kepada semua murid mendapat tempat duduk di barisan hadapan.

2.1.2 PERATURAN DAN RUTIN BILIK DARJAH

Pada umumnya murid di sekolah rendah mula berdikari namuan mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka akan perhatian yang diberikan oleh guru dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu ini. Tetapi murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur13

prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Maka guru yang berkesan akan membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran.

Peraturan ialah kenyataaan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti berikut.

Ayat peraturan mesti ringkas dan jelas. Murid akan menghadapi kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit.

Peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama muridnya. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Guru juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah mereka.

Hadkan bilangan peraturan. Peraturan yang terlalu banyak di dalam bilik darjah boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk seharusnya adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Ayat-ayat yang digunakan seharusnya bersifat positif. Cuba elak daripada menggunakan perkataan Jangan. Peraturan bilik darjah mesti selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya.

14

Setelah peraturan-peraturan ini dipersetujui dan difahami, guru boleh menyenaraikan dan mempamerkannya pada dinding di dalam bilik darjah. Peraturan ini mesti digantung di tempat yang dapat dilihat oleh semua murid dan mereka dapat membacanya dengan jelas. Semasa membentuk peraturan, guru juga perlu mempertimbangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh beliau jika murid tidak mengikuti peraturan. Antara langkah yang guru boleh laksanakan termasuklah melarang murid keluar dari bilik darjah pada waktu rehat atau menyuruh murid mengutip sampah di dalam bilik darjah. Guru juga boleh memberi time out, iaitu murid terbabit diasingkan daripada rakan dan diminta duduk di suatu sudut di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan memberikan masa kepada murid untuk memikirkan tentang tindakan atau kelakuannya.

MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH Masalah disiplin dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sudah lama mendapat

perhatian para pendidik. Hal ini merupakan sat urealiti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran (p&p), menjejaskan suasana sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru dan kadangkala menyebabkan guru tersebut hilang harapan dan putus asa terhadap prestasi dan keupayaan muridnya. Kajian menunjukkan sekolah dan guru mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku kanak-kanak. Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kelmahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya bagi yang menghadapi pengalaman dan pengaruh negative dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi untuk mencegah masalah disiplin dan tingkah laku dan bukan satu respon kepada tingkah laku murid.

15

Tugas guru tidak terhad kepada memenuhi kehendak seluruh kelas tetapi juga memberikan perhatian kepada keperluan individu. Murid-murid ke sekolah membawa bersama pengaruh asuhan serta persekitaran mereka. Perubahan persekitaran seperti perkembangan ekonomi Negara menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sector untuk ibu bapa, yakni mengubah cara hidup ibu bapa masa kini. Perubahan ini memberikan peluang pengalaman yang baharu dan pelbagai kepada kanak-kanak pada hari ini. Di samping itu, maklumat yang sentiasa tersedia melalui media-media elektronik sedikit sebanyak mempengaruhi pengetahuan dan persepsi kanak-kanak ini. Perbezaan kemahiran dan pangalaman murid-murid ini perlu diurus dengan baik agar dapat mengurangkan kemungkinan masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah. Maka pelaksanaan teknik pengurusan bilik darjah secara berkesan dapat membantu mencagah dan menangani masalah disiplin atau tingkah laku bermasalah. Tiga teknik atau strategi yang boleh diamalkan oleh guru ialah pencegahan, memperkenalkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menguruskan masalah disiplin dan tingkah laku secara positif. Pertama, dalam usaha mencegah sesuatu masalah disiplin atau tingkahlaku dalam bilik darjah, guru perlu mengenal pasti faktorfaktor yang menyebabkan masalah tersebut dan cuba mengatasi atau mencegah faktor tersebut. Kedua, guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bermakna agar murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran, mempunyai hala tuju serta tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Ketiga, pengurusan masalah disiplin dan tingkah laku secara positif, misalnya memberikan galakan, tanggungjawab dan memberitahu murid contoh-contoh tingkah laku yang diharapkan daripada mereka dapat meringankan pengurusan masalah ini di dalam bilik darjah.

3.1 JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Disiplin boleh ditafsirkan sebagai latihan bertujuan membentuk tingkah laku yang dikehendaki iaitu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengurus tingkah laku dikenali sebagai disiplin atau
16

pengurusan tingkah laku. Selain itu juga disiplin dikaitkan dengan kepatuhan, misalnya kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Amalan mengadakan peraturan khususnya untuk tingkah laku tertentu boleh dianggap sebagai satu latihan disiplin. Seterusnya disiplin juga dilihat sebagai satu cara mengawal. Disiplin murid boleh digunakan sebagai garis panduan untuk meramalkan prestasi akademik, masalah delikuen (delinquent) serta kecuaian dari sekolah ( Skiba, 2000). Walaupun kanak-kanak hadir ke sekolah namun ia tidak cukup untuk menyediakan pendidikan kepada murid ini. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika wujud disiplin yang baik di sekolah. Disiplin tidak boleh diteafsirkan sebagai hukuman. Hukuman bersifat negative dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak harus dilakukan oleh mereka. Hukuman dilakukan setelah salah laku berlaku. Disiplin pula mengajar kita hidup cara selamat dan berdedikasi. Disiplin juga melibatkan peneguhan positif, pujian serta ajaran tentang perlakuan yang diterima dan cara mengawal tingkah laku. Disiplin ialah sesuatu yang berterusan dan bukan hanya apabila tingkah laku bermasalah berlaku. Disiplin wujud dalam latihan tugasan yang perlu diselesaikan oleh seseorang murid, khususnya. Disiplin juga wujud dalam diri seseorang individu. Pengalaman, asuhan dan nilai yang diterima akan mengarah kanak-kanak supaya tidak lewat ke sekolah atau ke kelas, menyiaokan tugasan atau kerja rumah, menumpukan perhatian dan sebagainya. Kewujudan disiplin akan menjadikan sekolah dan bilik darjah sebagai tempat yang kondusif dan sihat untuk perkembangan kanak-kanak. Murid dapat memberikan perhatian kepada pengajaran guru serta aktivi-aktiviti yang berkaitan. Disiplin dalam bilik darjah juga akan mengurangkan potensi kemalangan atau pergaduhan. Namun apakah yang dimaksudkan dengan masalah disiplin? Ianya adalahkeadaan atau tingkah laku yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima oleh masyarakat. Ia boleh ditafsirkan sebagai keadaan yang tidak terkawal, bising dan tidak terurus di dalam kelas. Sesetengah masalah disiplin bersifat destruktif dan ada pula yang bersifat disfuptif. Destuktif adalah menghancurkan atau memusnahkan manakala disruftif adalah sesuatu tindakan yang mengganggu atau menggendalakan aktiviti pelaksanaan p&p. pada umumnya masalah disiplin yang
17

dianggap destruktif termasuklah melawan guru atau rakan sebaya, memukul atau menumbuk dan mencuri. Pendedahan kanak-kanak kepada media massa tanpa kawalan membantu memperluaskan lagi pengalaman dan perbendaharaan mereka sehingga ada yang tidak seharusnya digunakan oleh kanak-kanak seperti kata-kata kesat. Antara masalah disiplin yang bersifat disruptif dan mengganggu pelaksanaan p&p adalah : Tidak memberikan perhatian iaitu mengganggu rakan, bercakap-cakap, makan atau tidur dalam kelas. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Kerap lewat masuk kelas. Kerap tidak membawa buku teks atau latihan. Tidak menyiapkan tugasan dan sering perlu ditegur. Menunjukkan sikap biadap terhadap guru. Membuli rakan sebaya seperti mengambil barang kepunyaan rakan.

Masalah kekemasan diri termasuk : Tidak memakai lencana atau tanda nama atau stoking atau kasut. Murid perempuan tidak menggunakan kancing butang pada baju kurung. Kuku panjang atau berwarna. Mewarnakan rambut.

3.1.1 TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH Tingkah laku seseorang merangkumi semua perlakuan seseorang sama ada baik ataupun tidak memuaskan. Pertuturan seseorang, pemilihan bahasanya, cara perhubungannya dengan individu lain, pengurusan emosinya, daya tahan, kerajinan, tanggungjawab menunjukkan perlakuan seseorang.
18

Tingkah laku bermasalah pula merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Di samping itu, perlakuan tersebut mungkin melanggar peraturan undang-undang, etika atau kepercayaan agama sesuatu masyarakat. Berikut adalah senarai tingkah laku bermasalah yang mungkin ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah: 1. Kurang memberikan perhatian Murid tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak focus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya mereka berbual, membaca bahan lain dan lain-lain. 2. Hiperaktif Kanak-kanak ini juga bersikap impulsive dan sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Murid ini tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. 3. Pendiam Murid ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan kelas, tidak menyumbangkan idea atau bertukar pandangan. Dia lebih selesa duduk seorang diri dan berkhayal. 4. Sensitif Murid ini sukar ditegur dan mudah merajuk. Sentiasa memerlukan peneguhan dan sokongan. 5. Khayal Murid ini bersikap tidak menghirau atau tidak kisah kepada arahan guru, tugasan atau aktiviti, dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. 6. Sikap melengahkan kerja atau sambil lewa Murid ini bersikap selamba dan melakukan tugasan mengikut jadualnya sendiri. Misalnya guru menyuruhnya membuang sampah tetapi dia mengambil masa yang agak lama sebelum bertindak. 7. Gemar bercakap Murid ini peramah, sentiasa bercakap walaupun ada tugasan yang perlu disiapkan atau apabila guru sedang mengajar. Perbualannya tidak semestinya berkaitan dengan perkara yang sedang dipelajari.
19

8. Mengganggu rakan sekelas atau membuli Murid ini suka mengacau rakan sekelas, memanggil nama mereka berulang kali atau dengan cara yang tidak betul atau mengambil barang dan melontarkannya ke arah mereka. 9. Berbohong atau menipu Murid ini mempunyai kecenderungan untuk tidak bercakap benar seperti member banyak alasan kenapa kerjanya belum berhantar atau menuduh rakan mengambil barangnya. 10. Kurang sopan bersikap tidak sopan terhadap guru dan rakan sekelas seperti menjawab soalan guru dengan nada yang menjengkelkan, menunjukkan muka masam dan sebagainya.

PENGURUSAN MASALAH BILIK DARJAH Pengurusan masalah bilik darjah merupakan salah satu agenda penting di dalam

profesionalisme perguruan. Pengurusan masalah disiplin tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). untuk mendapatkan kelancaran di dalam proses p&p, seorang guru perlu menitikberatkan masalah-masalah disiplin yang timbul sepanjang proses tersebut berlaku. Langkah-langkah menangani masalah disiplin perlu dirangka supaya masalah tersebut tidak mengganggu proses p&p murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang diingini.

4.1 KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH Menangani masalah disiplin merupakan tindakan ke atas masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Hal ini kadangkala dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada murid atau terhadap situasi pembelajaran di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, guru tidak boleh menggunakan tindakan mendisiplinkan murid sebagai satu cara untuk memalukan atau mengugut murid. Sebarang bentuk

20

mendisiplinkan murid hendaklah mendatangkan manfaat kepada murid dan menyedarkannya tentang kesilapan atau salah laku yang ditunjukkannya. Menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah merupakan peringkat pertama dalam sistem pengurusan disiplin di sekolah. Terdapat strategi-strategi tertentu yang boleh diikuti oleh guru-guru dalam nenangani masalah-masalah atau kesalahankesalahan kecil salah laku di dalam bilik darjah. Kesalahan-kesalahan seperti tidak memberikan perhatian semasa p&p, tidak berkelakuan sopan atau tingkah laku yang mengganggu rakan boleh dikawal dengan menggunakan teguran nonverbal. Mengalihkan tingkah laku atau menukar rentak aktiviti p&p. teguran nonverbal senang digunakan dan tidak menganggu perjalanan p&p. guru boleh membuat kontak mata dengan murid yang menunjukkan kelakuan yang tidak baik. Sesetengah murid tidak suka dimarahi di hadapan rakan-rakan sekelas. Adalah lebih berkesan jika guru menepuk bahu dengan perlahan memberitahu mereka untuk membetulkan tingkah laku mereka. Sekiranya teguran nonverbal gagal, guru boleh menukar cara/kaedah pengajaran yang digunakan. Contohnya, guru bertukar kepada strategi berpusatkan murid juka trategi berpusatkan guru itu gagal kerana murid berasa bosan serta tidak mengikuti pengajaran. Guru juga boleh menukar aktiviti yang dijalankan, menukar tempat duduk murid yang suka berbual untuk menghasilkan pengajaran dengan lebih berkesan. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan perawakan murid itu sendiri seperti selekeh, pengotor atau bersikap kasar kepada guru, maka ianya perlu ditangani secara individu dengan muridd tersebut. Guru boleh memanggil murid tersebut sebelum atau selepas kelas, berbincang dan mencari penyelesaian bersama. Guru itu juga boleh meminta pertolongan daripada guru lain sekiranya guru itu berasa kurang selesa atau meminta bantuan kaunselor. Mendapatkan sokongan ibu bapa juga merupakan salah satu cara untuk menangani masalah tingkah laku murid. Di peringkat sekolah , sekolah boleh mengimplenkan program-program yang proaktif untuk mengawal dan menguruskan disiplin murid. Program tersebut hendaklah bertujuan untuk membantu membangunkan tingkah laku positif, bertanggungjawab, kemahiran menyelesaikan masalah dan mengembangkan disiplin kendiri dalam kalangan murid.
21

Sekolah juga boleh menggunakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan disiplin iaitu penglibatan guru-guru dalam merancang, melaksana dan mengawasi disiplin murid. Pendekatan yang digunakan oleh setiap guru adalah berlainan dan berasaskan situasi yang dialami.

4.1.1 PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

Apabila berdepan dengan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah, guru adalah orang pertama yang akan menangani masalah tersebut dan bertindak sebagai pembimbing kepada murid yang bermasalah. Walaubagaimanapun, apabila guru tidak dapat menangani masalah tersebut, guru itu hendaklah merujuk kepada kaunselor atau jawatankuasa. Berikut adalah beberapa cadangan di mana guru boleh bertindak untuk menangani masalah disiplin : 1. Dalam mana-mana situasi, guru tidak boleh panik Guru perlu bertenang dan tidak tergopoh-gapah dalam menangani sesuatu masalah. Jangan terus menghukum murid tanpa menyelidik punca masalah. 2. Elakkan daripada mencabar atau bertekak dengan murid Menurut Dreikurs ( 1968), terdapat situasi iaitu murid cuba mencabar guru dan menimbulkan konflik di dalam bilim darjah. Apabila situasi ini timbul, elakkan daripada bertekak dan saling mencabar. Situasi ini akan menjatuhkan imej guru. Guru hendaklah menyelesaikannya dengan baik 3. Semak semula pengajaran Bukan semua strategi boleh diajar pada kelas yang berbeza. Ada strategi yang sesuai diajar pada satu kelas tetapi tidak sesuai di dalam kelas lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengenali strategi yang sesuai untuk aktiviti p&p. 4. Keutamaan guru adalah mengajar Sekiranya berlaku masalah disiplin atau peribadi yang tidak boleh ditangani secara bersendirian, hendaklah
22

merujuk kepada guru yang lebih sesuai. Jangan cuba selesaikan masalah di luar bidang kuasa seorang guru. 5. Guru harus tahu dan mengikuti budaya disiplin di sekolah Bina hubungan yang baik dan sentiasa bekerjasama dengan unit-unit hyang bertanggungjawab menguruskan disiplin sekolah.

CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Model untuk pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya bermula sekitar tahun 1970-an dan 1980-an dan berterusan sehingga kini. Para pendidik dan pengaji terus mencari formula yang sesuai untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Mereka mengenal pasti bentuk kemahiran mengajar yang sesuai, strategi dan corak yang boleh menghasilkan satu komuniti murid yang berjaya dalam semua aspek perkembangan. Bilik darjah merupakan persekitaran yang unik. Oleh itu, bilik darjah perlu ada gabungan elemen fizikal, emosi dan sosial. Elemen-elemen ini bakal mempengaruhi murid dan guru yang berada di dalamnya. Bilik darjah bersifat multidimensi kerana dipenuhi oleh murid yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p & p) dalam masa yang diperuntukkan. Walaupun pada tahap usia yang sama, muridmurid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personality. Oleh hal yang demikian, guru harus mengambil kira factor-faktor tersebut untuk membentuk suatu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang cekap dan berkesan yang boleh memberikan kesan yang diharapkan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerana sebuah bilik darjah mempunyai murid-murid dengan pelbagai kebolehan dan personality. Hal ini menyebabkan sesuatu tindakan mendatangkan kesan yang pelbagai. Susunan kelas pula perlu diberi perhatian. Meletakkan murid yang lemah dengan murid yang pandai boleh membuka peluang kepada murid yang lemah untuk belajar daripada murid yang pandai. Tetapi sekiranya silap perancangan murid, murid yang
23

pandai akan membuli atau mengejek murid yang lemah. Hasilnya, konsep kendiri murid yang lemah semakin menurun. Atau murid yang lemah mempunyai daya kefahaman yang rendah dan mengacau murid yang pandai menyebabkan murid yang pandai hilang tumpuan. Kesan ini semua akan mengakibatkan gangguan dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut. Semasa membuat perancangan, guru harus mempunyai pelbagai pelan yang dibuat berdasarkan kekangan yang boleh dijangka. Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kerosakan alat bantu mengajar/belajar apakah tindakan guru untuk mengawal kelas? Guru perlu bijak menukar strategi tanpa memberikan kesan kepada pengajarannya pada hari tersebut. Guru juga harus peka dengan emosi dan personaliti murid-muridnya. Guru harus bijak mengawal emosi diri dan mengenali emosi murid-muridnya. Guru juga perlu kenal akan murid-muridnya. Personaliti dan konsep kendiri murid harus diambil kira supaya murid dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran bilik darjah. Bilik darjah merupakan suatu ruang yang bersifat terbuka, ramai yang boleh menilai aktiviti di dalamnya. Murid akan menilai setiap tingkah laku guru. Begitu juga guru lain dan pihak pentadbir. Masyarakat luar juga sering menilai masyarakat sekolah. Guru pada abad ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan daripada pelbagai aspek. Ilmu tersebut bukan hanya dipelajari dan dikuasai di peringkat pengajian tetapi perlu dilunas dan diaplikasikan dalam situasi sebenar di dalam bilik darjah. Pembelajaran guru tidak terhenti selepas tamat kursus perguruan sahaja tetapi akan berterusan. Guru harus menjadi pengkaji dan pengamal ilmu supaya mereka dapat menjadi perancang dan pelaksana yang terbaik untuk muridmuridnya. Berikut adalah beberapa perkara yang dirumuskan, yang boleh diguna pakai oleh guru untuk mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah.

24

5.1 KERJASAMA Aktiviti bilik darjah yang berkesan memerlukan kerjasama daripada ahli-ahlinya. Walaupun ada murid yang tidak bekerjasama, sekurang-kurangnya mereka tidak mengganggu kerja rakan-rakan yang lain. Mengikut Doyle (1986), perkara utama yang harus diusahakan oleh guru untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan adalah dengan mendapatkan kerjasama daripada murid. Hubungan guru-murid harus dibina atas dasar kepercayaan antara satu sama lain, memahami kehendak masing-masing dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Memperoleh kerjasama daripada murid bukan hanya dapat dilihat semasa guru menangani tingkah laku murid tetapi juga semasa perancangan. Guru harus merancang dengan berkesan dengan memasukkan elemen kerjasama antara murid dengan guru dan murid dengan murid. Begitu juga dengan aktiviti. Aktiviti pembelajaran yang berlainan di dalam bilik darjah memerlukan corak pengurusan yang berlainan juga. Aktiviti yang baru diperkenalkan atau aktiviti yang sukar memerlukan arahan dan pengurusan yang lebih terancang dan teratur supaya aktiviti boleh dijalankan dengan sempurna berbanding dengan aktiviti rutin atau mudah yang boleh dijalankan tanpa peraturan dan perancangan yang rapi. Kerjasama daripada murid perlu untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan seperti yang telah dirancang. Kerjasama yang didapati daripada murid juga berbeza mengikut peringkat umur. Pada peringkat sekolah rendah, guru perlu memberikan arahan secara langsung kepada murid. Guru harus mengajar murid cara untuk bekerjasama menjalankan sesuatu aktiviti p & p. Tetapi apabila kanak-kanak sudah meningkat usia, rutin bilik darjah dan arahan menjalankan sesuatu aktiviti tidak lagi memerlukan arahan yang terus daripada guru. Pada ketika ini, guru boleh menggalakkan supaya murid bekerjasama antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Guru bertindak sebagai pemantau perjalanan rutin bilik darjah atau aktiviti. Murid diberi tanggungjawab supaya membantu antara satu sama lain bagi memastikan kelancaran aktiviti p & p. Walau bagaimanapun, bagi aktiviti yang sukar seperti gerak
25

kerja amali masih memerlukan arahan yang terus daripada guru dan kerjasama daripada murid untuk mengikut arahan guru. Apabila meningkat remaja, murid-murid mula bertindak seolah-olah mencabar kuasa seorang guru dan mereka cuba melanggar peraturan. Adakalanya akibat pengaruh rakan sebaya, mereka melakukan perkara-perkara disruptif untuk mendapatkan pengaruh rakan. Pada waktu ini, guru perlu bijak menangani keadaan. Salah satu cara adalah dengan melibatkan pelajar dalam merangka peraturan bilik darjah dan membangkitkan semangat kekitaan terhadap bilik darjah. Guru perlu membantu memotivasikan pelajar untuk mencapai tahap pengurusan kendiri terhadap bilik darjah sendiri.

5.1.2 MATLAMAT PENGURUSAN BILIK DARJAH Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran yang positif, kondusif dan produktif. Kesimpulannya, terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mencapai matlamat utama pengurusan bilik darjah, iaitu: PENGURUSAN MASA Pengurusan masa dan perancangan masa dengan berkesan penting untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah. Terdapat perhubungan yang siginifikan antara pembelajaran murid dengan masa yang digunakan untuk p & p. Pembelajaran murid meningkat dengan perancangan dan penggunaan masa yang berkesan di dalam bilik darjah. Seperti yang diketahui, cara murid memproses maklumat yang didapati mempengaruhi pembelajaran dan ingatan mereka. Menurut Doyle (1983), murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan perkara yang diajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran itu berlaku akan menentukan kualiti pembelajaran. Perancangan masa yang baik perlu supaya murid dapat memproses maklumat yang diterima, mengekalkan dalam ingatan seterusnya mempraktikkan dan menggunakan ilmu tadi untuk menyelesaikan masalah. Perancangan masa yang baik
26

akan memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid bersedia untuk belajar dan boleh memproses maklumat dengan sempurna supaya ilmu tadi dapat dipraktikkan. Proses pembelajaran yang sempurna dalam kalangan murid akan memudahkan pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang lancar akan memberikan suatu persekitaran yang kondusif untuk murid. Ia merupakan sebuah kitaran. PENGURUSAN KENDIRI Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan untuk mencapai matlamat pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah dengan membantu murid untuk mempunyai kebolehan menguruskan diri sendiri. Peralihan antara mematuhi perintah guru kepada mempunyai regulasi pengurusan kendiri akan menjadi asas kepada peningkatan disiplin yang baik di dalam bilik darjah. Melalui kawalan kendiri (self control) murid-murid akan belajar untuk bertanggungjawab, satu kebolehan di mana murid-murid dapat berdikari dalam memenuhi keperluan pembelajaran di dalam kelas. Seorang murid dikatakan sudah mempunyai kawalan kendiri apabila dapat memilih aktiviti bilik darjah yang sesuai, menangani masalah pembelajaran, menetapkan matlamat pembelajaran yang realistic, menguruskan masa sendiri dengan berkesan, berkolaborasi dengan rakan dan membina hubungan yang baik dengan guru (Lewis dalam Woolfolk, 2003). Membina sifat pengurusan kendiri dalam kalangan murid memerlukan usaha yang gigih dan masa tetapi sekiranya guru dapat membentuk murid-murid yang tahu untuk menguruskan keperluan pembelajaran sendiri, mereka akan mempunyai muridmurid yang bermotivasi, bekerjasama dan berupaya untuk membina hubungan sosial yang baik di dalam bilik darjah.

5.2 PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar. Tidak dinafikan, setiap murid mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap
27

aktiviti di dalam bilik darjah. Kadangkala murid menjadi disruptif disebabkan oleh tugasan atau aktiviti p & p yang terlalu sukar di mana mereka tidak mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk melakukannya. Lantas mereka bertindak balas dengan mengganggu rakan yang lain. Atau ada murid yang berasa bosan dengan aktiviti yang terlampau mudah dan akhirnya mereka melakukan aktiviti sendiri untuk menghilangkan kebosanan tersebut. Selain itu, ada murid berasa tidak selesa dengan keadaan bilik darjah itu sendiri, iaitu keadaan fizikalnya tidak memberangsangkan pembelajaran. Di samping itu, mereka juga mungkin terganggu oleh sikap guru sendiri. Guru yang terlalu tegas atau terlalu lembut akan membangkitkan suasana yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Salah satu langkah untuk membendung masalah ini adalah dengan keupayaan guru untuk memahami murid dan seterusnya memotivasikan mereka untuk belajar. Apa-apa masalah yang melibatkan kelas perlu dibincangkan secara terbuka dengan murid. Guru mencari jalan penyelesaian bersama dengan murid-murid. Dengan cara yang sama, murid juga akan tahu kekangan yang akan dihadapi oleh guru. Kerjasama dan hubungan yang baik antara guru dengan murid akan memotivasikan murid untuk mengikuti pengajaran dan nasihat guru. Oleh itu, mereka tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan di luar daripada aktiviti p & p dan peraturan sekolah. Murid-murid yang bermotivasi akan menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang positif.

RUTIN DAN PERATURAN BILIK DARJAH Di dalam bilik darjah, guru berdepan dengan lebih kurang empat puluh orang murid dengan pelbagai kebolehan untuk menjalankan pelbagai aktiviti p & p. Tanpa peraturan dan prosedur bilik darjah yang berkesan, kadangkala guru harus menangani tingkah laku murid yang berulang-ulang. Contohnya, tanpa peraturan yang jelas, murid-murid akan sentiasa bertanya untuk melakukan aktiviti dan bayangkan guru harus respon berulang kali. Keadaan ini akan membazirkan masa, mengganggu emosi dan boleh mengakibatkan masalah disiplin. (i) RUTIN BILIK DARJAH
28

Rutin bilik darjah menerangkan cara untuk menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah (seperti yang telah dijelaskan dalam bab yang lepas). Kadangkala berlaku secara tidak langsung suatu keadaan, iaitu murid-murid dianggap mengetahui cara untuk menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru sepatutnya berbincang dengan murid dan menetapkan rutin bilik darjah.

(ii)

PERATURAN Peraturan menetapkan jangkaan dan larangan di dalam bilik darjah. Peraturan selalunya ditetapkan, ditulis dan ditampal di dalam bilik darjah. Sebagai guru, sebelum menetapkan peratuan di dalam bilik darjah, anda perlu tentukan suasana yang anda inginkan di dalam bilik darjah tersebut. Apakah tingkah laku yang diharapkan dan apakah tidak laku yang tidak dibenarkan? Peraturan yang ditetapkan haruslah selaras dengan peraturan sekolah. Peraturan perlulah jelas, mudah difahami dan diterima oleh muridmurid.

(iii)

AKIBAT

Setiap rutin dan peraturan yang telah ditetapkan perlulah ditentukan akibat yang akan diterima oleh murid-murid yang melanggar rutin dan peraturan tersebut. Akibat yang dite Tukan perlu difikir dengan teliti supaya murid dapat menerimanya dengan positif. Berikut adalah antara akibat yang boleh dikenakan kepada muridmurid sekiranya mereka melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan. 1. Menunjukkan rasa kecewa Bagi murid yang biasa, guru boleh meluahkan rasa kecewa guru sekiranya murid didapati melanggar rutin/peraturan. Luahan emosi ini akan menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan. 2. Tarikh balik keistimewaan Contohnya, secara rutin sekiranya murid menyiapkan lagihan awal, mereka dibenarkan menghabiskan masa di
29

sudut membaca kelas tetapi bagi mereka yang melanggar peraturan, keistimewaan ini ditarik balik. 3. Dikeluarkan daripada kumpulan Contohnya, murid yang mengganggu rakan atau tidak bertanggungjawab dalam kumpulan akan dikeluarkan daripada kumpulan dan diberikan masa bertenang sama ada dengan kumpulan atau dengan guru. 4. Menulis refleksi kesalahan Contohnya, murid diminta menulis sebab kesalahan dilakukan, memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut dalam bentuk jurnal/esei/surat. Mereka boleh membuat perbentangan di hadapan kelas atau menyerahkan kepada guru. Guru tandatangan dan rekodkan.

30

KESIMPULAN Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa. Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrekasi dan berkomunikasi dalam mengurus dan mentadbir dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam. Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguhsungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.
31

BIBLIOGRAFI 1) Goh S. C. (2002) Classroom Management: Creating Positive Learning Enviroment, Singapore; Prentice Hall. 2) Haliza Hamzah (2009) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku; Selangor Darul Ehsan; Oxford Fajar Sdn. Bhd. 3) Henley, Martin (2006) Classroom management A Proactive Approach, Pearson Merrill Prentica Hall Ohio. 4) Larrivee, B. (2005) Aunthetic Classroom Management, Boston : Allyn & Bacon. 5) Myint, S.K. (2005) Classroom Management : Facilitating Teaching adnd Learning, Singapore : Prentice Hall. 6) Santrock, John W. (2008) Educational Psychology, Edisi ke-3, Mc Graw-Hill, New York. 7) Slavin, Robert E. (2003) Educational Psychology : Theory and Practice, Edisi ke -7, Allyn & Bacon.

32

You might also like