You are on page 1of 23

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK 1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

801025145346001 801025-14-5346 012-2701934 ctnorhafidzahahmat@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PRAKATA
Alhamdulillah dengan kehendakNya, saya dapat menyempurnakan tugasan HBMS 1203 (PENGAJARAN MUZIK 1) ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus HBMS 1203 ini iaitu En. Hafiz Ridhuan bin Md Daud yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai, segala bahan-bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini.

Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat-amat saya harapkan. Segala kelemahan yang terdapat di dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini.

Harapan saya agar tugasan ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.

Sekian, terima kasih. SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT 801025145346001

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Prakata Pengenalan

PERKARA

MUKA SURAT 2 4 5-6 7-8 9-15 16-17 18 19 20 22

Lima sebab mengapa lagu anak ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian Kaedah Mengajar Konsep muzik & Rancangan mengajar nyanyian tahap I Analisis skor lagu Corak irama alat perkusi tanpa pic (Kastenet, Kayu Tik Tok, Tamborin) Rumusan Bibliografi Lampiran

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PENGENALAN Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah khususnya. Hal ini kerana, aktiviti nyanyain boleh digunakan untuk meluahkan perasaan, memberikan hiburan serta dengan secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman belajar yang baik sekali kepada murid-murid. Menurut Nani Menon (2008), menyatakan bahawa suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. Pendapat ini juga turut disokong oleh Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), telah menyatakan bahawa nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Oleh itu, nyanyian dan suara merupakan dua komponen yang tidak dapat dipisahkan seperti laut dengan pantai terutama sekali didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Ini kerana aktiviti nyanyian seringkali dikaitkan dengan suara. Tambahan pula, nyanyian juga memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat belajar nyanyian dengan baik dan sekaligus memjadikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dengan lebih berkesan. Selain itu, permainan alat perkusi juga adalah penting didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana alat perkusi mampu menghasilkan bunyi-bunyian yang unik dan sekaligus menarik perhatian murid untuk belajar menggunakan alat perkusi ini. Permainan alat perkusi memerlukan teknik dan kemahiran yang tersendiri kerana alat perkusi dapat dikategorikan dengan pelbagai jenis seperti goncangan, ketukan, pukulan, paluan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, alat perkusi ini dapat dimainkan sekali dengan aktiviti menyanyi untuk memberi kesan yang baik serta menarik perhatian murid-murid untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, alat perkusi ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu alat perkusi berpic dan tidak berpic. Alat perkusi yang tidak berpic seperti kayu tik tok, kastenet, loceng, tamborin, kerincing, dram getar, dram tenor dan simbal manakala, alat perkusi berpic adalah seperti glokenspiel, tone block dan xylophone.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Lirik Lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan, Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan, Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya, Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. Marilah kitalah kita bersuka ria, Marilah kitalah kita bersuka ria, Rangkap kedua Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa, Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa. Rangkap pertama

1. Lima sebab mengapa lagu Anak Ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian. Dalam tugasan ini, saya telah memilih lagu rakyat, iaitu lagu Anak Ikan sebagai salah satu lagu yang digunakan untuk mengajar aktiviti nyanyian semasa kelas nyanyian kepada muridmurid. Pemilihan lagu Anak Ikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dicadangkan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru terutama sekali dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Pertama sekali, pemilihan lagu Anak Ikan ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan berulangan ataupun lirik yang berulangan. Misalnya, lirik lagu Anak Ikan pada baris pertama dan baris kedua dalam rangkap pertama, perkataan yang digunakan adalah sama dan berulang-ulang. Begitu juga dengan rangkap kedua pada lirik baris pertama dan kedua adalah sama dan berulang juga. Jadi, murid-murid akan lebih mudah untuk belajar menyanyi dan juga mengingati lirik lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang sentiasa berulang-ulang. Selain itu, lagu Anak Ikan ini mempunyai lirik lagu yang sederhana, iaitu tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Murid-murid akan lebih mudah menguasai nyanyian lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Walaupun lirik
5

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

lagu ini mempunyai dua rangkap tetapi, lirik lagunya berulang-ulang yang menyebabkan lagu Anak Ikan ini adalah mudah dan singkat apabila dinyanyikan. Seterusnya, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi nada yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah. Contohnya, dalam skor lagu Anak Ikan (rujuk muka surat 18), not yang paling tinggi ialah not C menaik dalam bar kedua manakala, not yang paling rendah ialah not C menurun dalam bar keenam dan bar kelapan. Malah, jarak antara not ke not dalam skor lagu ini juga adalah agak rapat serta sesuai dengan tahap suara murid-murid. Di samping itu, pemilihan lagu Anak Ikan ini juga disebabkan oleh senikatanya yang mempunyai unsur-unsur kegembiraan. Misalnya, senikata yang terdapat pada rangkap kedua yang jelas menunjukkan perasaan dan emosi yang gembira, ceria dan bersuka ria. Senikata ini bersesuaian dengan naluri murid-murid yang menyukai lagu yang berunsurkan kegembiraan dan boleh menarik perhatian mereka untuk belajar menyanyi. Akhir sekali, lagu Anak Ikan ini juga mengandungi mud lagu yang riang sama seperti senikata yang telah dinyatakan dalam rangkap kedua. Mud lagu Anak Ikan ini jelas menggambarkan perasaan murid-murid ketika menyanyikan lagu ini. Oleh yang demikian, lagu Anak Ikan ini dicadangkan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang sentiasa inginkan hiburan dan kegembiraan dalam diri murid-murid.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

2. Kaedah mengajar Untuk mengajar lagu Anak Ikan ini, saya akan menggunakan kaedah keseluruhan lagu. kaedah kseluruhan lagu ini amat sesuai digunakan untuk mengajar lagu yang pendek. Oleh yang demikian, saya memilih kaedah ini untuk mengajar lagu Anak Ikan kepada murid-murid. Antara langkah-langkah pengajaran yang akan saya gunakan adalah seperti berikut:a) Langkah pertama: Memperdengarkan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan muziknya sekali. Saya akan memainkan lagu Anak Ikan ini dengan muziknya sekali untuk beberapa kali. Langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang lagu yang akan dipelajari. b) Langkah kedua: Kemudian, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Pertama sekali, saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan ini tanpa iringan muzik. Kemudian, saya akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan iringan muzik supaya murid-murid mengetahui tempo yang sesuai digunakan untuk menyanyikan lagu ini. c) Langkah ketiga: Seterusnya, saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk membaca senikata lagu Anak Ikan dengan sebutan yang betul. Oleh itu, saya akan sediakan satu carta lirik lagu untuk mengajar murid-murid membaca senikata lagu Anak Ikan supaya murid-murid lebih memahami lirik lagu itu disamping guru dapat memberikan penerangan yang jelas berkaitan tentang lirik lagu Anak Ikan. Ini akan dapat memberikan murid-murid penghayatan yang lebih mendalam tentang lirik lagu Anak Ikan ini nanti. d) Langkah keempat: Murid-murid akan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan secara humming atau sebutan vokal a, e, i, o, u berulang-ulang. Ini akan memberikan kesediaan yang lebih kepada murid-murid terhadap nyanyian lagu Anak Ikan ini. e) Langkah kelima: Seterusnya, murid-murid akan menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan dengan iringan muzik. Apabila murid-murid telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul maka,
7

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

murid-murid akan mampu menyanyi lagu Anak Ikan ini dengan tempo yang betul serta mennyanyi dengan penuh ekspresi.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

3. Konsep muzik dan rancangan mengajar nyanyian tahap 1

Terdapat dua konsep muzik yang akan saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Anak Ikan ini nanti, iaitu konsep irama dan warna ton. Konsep irama

mengandungi aspek-aspek seperti detik, tempo, tekanan, tempoh masa dan nilai not, meter dan corak irama. Manakala, warna ton pula ialah dihasilkan daripada pelbagai sumber bunyi seperti suara, alat muzik, perkusi badan, bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar. Tetapi, untuk konsep irama saya akan tekankan dengan aspek tempo cepat dan lambat manakala, warna ton pula saya akan fokuskan dengan suara lelaki dan suara perempuan. Rancangan pengajaran nyanyian lagu Anak Ikan bagi murid-murid Tahun 1 adalah seperti di bawah ini:-

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahap 1 Tahun 1 Mata Pelajaran Tahun Tarikh Hari Masa Fokus Pendidikan Muzik Satu (1) 12 Julai 2012 Khamis 30 minit (8.00 8.30 pagi) Pengalaman Muzikal :- suara perempuan dan lelaki Apresiasi Muzik:- tempo cepat dan lambat Pengalaman Muzikal Standard Kandungan 1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan

Apresiasi Muzik 3.1 Menghayati muzik daripada repertoir

Pengalaman Muzikal Standard Pembelajaran 1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul (suara lelaki dan perempuan) Apresiasi Muzik

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

3.1.2 Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar (tempo cepat dan lambat) Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. Menyanyi lagu Anak Ikan mengikut tempo. Objektif Pengajaran 2. Menghasilkan suara lelaki atau suara perempuan mengikut kad gambar orang lelaki atau orang perempuan yang ditunjukkan dengan betul. Pengalaman Sedia Ada Bahan Bantu Mengajar Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir EMK (Elemen Merentas Kurikulum) Murid pernah menyanyi lagu rakyat atau lagu kanak-kanak Carta lirik lagu, kad gambar, CD lagu Anak Ikan Berdisiplin - mendengar arahan Membezakan tempo cepat dan lambat, membezakan suara lelaki dan perempuan Kreativiti Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif

Masa/Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi P&P/ABM/Nilai Kad gambar kereta api

Set Induksi (5 minit)

- Tempo cepat dan lambat - Suara perempuan dan suara lelaki

1. Guru menunjukkan kad gambar kereta api sedang bergerak kepada muridmurid. 2. Guru meminta murid-murid membunyikan kereta api yang sedang bergerak. 3. Guru menunjukkan kad gambar kereta lumba kepada murid-murid. 4. Murid-murid membunyikan bunyi kereta lumba kepada
10

Kad gambar kereta

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

guru. 5. Guru meminta murid perempuan membunyikan kereta api manakala, murid lelaki membunyikan kereta lumba secara bergilir-gilir mengikut arahan guru. 6. Guru menyoal murid-murid dengan soalan berikut: Apakah perbezaan antara kereta lumba dan kereta api apabila bergerak? Andaian jawapan: kereta api bergerak lambat. Kereta lumba bergerak laju. Kemahiran berfikir: membanding beza

Langkah 1 (10 minit)

Menyanyi mengikut tempo

1. Guru memainkan lagu Anak Ikan kepada murid-murid dengan menggunakan CD

CD lagu Anak Ikan

Lirik lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan (2x) Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya (2x) Marilah kitalah kita bersuka ria (2x) Sambil menyanyi menyanyi gelak

lagu untuk beberapa kali. 2. Kemudian, guru menampalkan carta lirik lagu Anak Ikan di atas papan putih. 3. Guru membmbing muridmurid membaca lirik lagu Anak Ikan kepada muridmurid. 4. Guru menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut tempo yang betul berdasarkan carta
11

Carta

lirik

lagu

Anak Ikan

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

ketawa (2x)

lagu yang telah dipamerkan. 5. Murid-murid mengikut guru menyanyi dengan tempo yang betul lagu Anak Ikan. 6. Seterusnya, guru meminta murid menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut kad gambar yang ditunjukkan. Misalnya, guru menunjukkan kad gambar kereta api maka, muridmurid menyanyikan lagu Anak Ikan dengan perlahan. Sekiranya guru menunjukkan kad gambar kereta lumba maka, muridmurid dikehendaki menyanyikan lagu Anak Ikan dengan tempo yang cepat. 7. Langkah 5 diulang untuk beberapa kali mengikut arahan guru. Kad gambar kereta lumba Kad gambar kereta api

Langkah 2 (5 minit)

Menyanyi dengan suara lelaki dan perempuan

1. Guru membahagikan muridmurid kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. 2. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu Anak
12

Kad gambar perempuan

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Ikan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan dengan menggunakan kad gambar jantina berlainan. Misalnya, guru menunjukkan kad gambar perempuan maka, kumpulan perempuan yang akan menyanyi lagu Anak Ikan mengikut arahan guru. 3. Guru menunjukkan lirik lagu ketika murid-murid menyanyi sambil menunjukkan kad gambar jantina berlainan mengikut arahan guru. 4. Suara murid perempuan dan murid lelaki menyanyi akan bergilir-gilir kerana mengikut kad gambar jantina yang ditunjukkan oleh guru. 5. Langkah 3 diulang untuk beberapa kali. Carta lirik lagu Anak Ikan Kad gambar lelaki

Langkah 3 (8 minit)

Menyanyi mengikut tempo menggunakan suara lelaki dan perempuan

1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan murid perempuan dan kumpulan murid lelaki. 2. Guru meminta murid-murid menyanyikan sekali lagi
13

Kad gambar

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

lagu Anak Ikan mengikut tempo dan kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kad gambar kereta api dan gambar kereta lumba yang telah ditunjukkan pada set induksi tadi. 3. Kemudian, setelah memilih tempo yang akan dinyanyikan, guru juga akan memilih kumpulan yang akan menyanyikan lagu Anak Ikan berdasarkan tempo yang telah diberikan. Contohnya, guru mempamerkan kad gambar kereta api sambil menunjukkan jari ke arah kumpulan perempuan maka, kumpulan perempuan akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan tempo yang perlahan. 4. Langkah ini akan diulang mengikut arahan guru.

lelaki dan kad gambar perempuan

Penutup (2 minit)

Rumusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1. Guru membuat perbincangan bersama dengan murid-murid tentang perbezaan tempo yang telah dipelajari dan perbezaan
14

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

suara lelaki dan perempuan melalui nyanyian yang telah dilaksanakan. 2. Guru menekankan sekali lagi nilai berdisiplin yang perlu diikuti ketika membuat aktiviti nyanyian.

15

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Skor Lagu Anak Ikan

4. Analisis skor lagu Anak Ikan Berdasarkan kepada skor lagu Anak Ikan yang ditunjukkan di atas, nada lagu yang digunakan ialah C major manakala, meter yang terdapat pada skor ini pula ialah 4/4. Lagu Anak Ikan ini mempunyai 9 bar. Nilai semua not yang ada dalam satu bar ialah 4 kerana meter yang digunakan adalah 4/4. Pic yang paling tinggi digunakan pada skor lagu ini ialah pic C. Not mendatar dalam skor lagu ini dapat dikesan pada bar ke-1, ke-2 dan bar ke-5. Kebanyakan not yang digunakan adalah sama seperti not yang terdapat pada bar pertama, kedua dan bar kelima menyebabkan notnotnya adalah mendatar. Bagi penggunaan kord dalam skor lagu Anak Ikan ini menggunakan kord C major yang mengandungi not (C, E, G) dan kord G7 pula ialah not (G, B, D). Kedudukan kord C major pada papan kibod adalah seperti pada rajah 1 manakala kedudukan kord G7 pada papan kibod ditunjukkan pada rajah 2 di bawah ini:Kedudukan kord C major (C, E, G)

G Rajah 1
16

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Kedudukan kord G7 (G, B, D)

G Rajah 2

17

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

5. Corak irama alat perkusi (kastenet, kayu tik tok, tamborin) lagu Anak Ikan Anak Ikan

18

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

RUMUSAN Kesimpulannya, mata pelajaran pendidikan muzik ini amat penting sekali untuk diajarkan kepada murid-murid walaupun mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif sahaja di sekolah rendah terutamanya kerana proses pembelajaran banyak berlaku ketika aktiviti pendidikan muzik dijalankan khususnya aktiviti yang melibatkan nyanyian dan permainan alat perkusi. Hal ini disebabkan oleh nyanyian dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsungnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran untuk mengajar pendidikan muzik kerana mata pelajaran ini juga mampu meningkatkan tahap kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid tanpa kita sedari. Selain itu, pemilihan lagu juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana lagu dapat menarik perhatian murid, menghiburkan hati murid dan menjadi wadah kepada muridmurid untuk meluahkan perasaan mereka. Jadi, guru hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut keinginan murid-murid demi untuk bangsa dan negara pada masa akan datang.

( 2242 patah perkataan )

19

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

BIBLIOGRAFI Mohd. Azam Sulong. (2008). HBMS2603 Perkembangan Apresiasi dalam Nyanyian Kanakkanak Prasekolah. Kuala Lumpur: Open University. Nani Menon. (2008). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional. Open University. (2011). HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur: Open University. Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 2. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Muzik Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

20

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

LAMPIRAN

21

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

Anak Ikan

22

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

23

You might also like