You are on page 1of 26

Bunyi-bunyi Konsonan

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Kesimpulannya, bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran.
1

Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Seperti bunyi huruf vokal, penghasilan

bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut:

Keadaan glotis, glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara, atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melauinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan.

Keadaan lelangit lembut. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paruparu dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi segau atau bunyi nasal.

Cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

Cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan

Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paruparu. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

Bunyi-bunyi Konsonan Melayu


Daerah sebutan Cara sebutan Bibir Gusi GusiLelangit Keras LelangitK eras (Pala tal) Lelangit lemb ut k g Pita suara

Letupan

p b

t d

Letusan

c j

Sengau

n r

Geseran Getaran

f v

s z

Sisian

Separuh Vokal

Carta Konsonan Melayu Bunyi konsonan di sebelah kiri = konsonan tidak bersuara Bunyi konsonan di sebelah kanan = konsonan bersuara 6

KONSONAN LETUPAN

Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekataan di antara alat artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi(merapatkan alat sebutan dengan mana-mana daerah sebutan) ini menyekat arus udara dari paru-paru. Sekatan ini kemudianyya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan. Jika sekatan ini tidak dilepaskan, akan terhasil bunyi hentian glotis [?]. Seperti yang telah dijelaskan, selain hentian glotis, letupanletupan lain dalam bahasa Melayu ialah letupan dua bibir 9bersuara dan tak bersuara), letupan gusi (bersuara dan tak bersuara)

Letupan dua bibir [p](x brsuara) dan [b](brsuara)

Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis

direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, iaitu [p]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Contoh penggunaan dalam perkataan:
Pakar bungkus Api abadi Tiap sebab

Letupan gigi-gusi [t](x brsuara) dan [d](brsuara)

Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru melaui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara, iaitu [t]. Tetapi jika glotis

dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d]. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Tiap Atas Liat

datin adegan abad


9

Letupan lelangit lembut [k](x brsuara) dan [g](bsuara)

Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut, Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan sertamerta. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar , bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh kehadiran dalam perkataan: Kapak gila Laksa sagu Beg
10

Hentian glotis [?]

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis di akhir perkataanperkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya: [buda?] [kapa?] [tida?]
11

KONSONAN LETUSAN C(x brsuara) & J(brsuara)

Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat

sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dariparuparu. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan.(berbanding dengan letupan yg dihasilkan dgn serta merta ). Dalam bahasa Melayu, terdapat
hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusilelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j]. Berikut ialah cara menghasilkan konsonan-konsonan ini.

12

Konsonan letusan gusi-lelangit keras

dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke diding belakang rongga tekak. Arus udara dari paruparu keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.
13

Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j]. Contoh kehadiran dalam perkataan: Cuka jumlah Baca panji Mac caj

14

KONSONAN GESERAN

Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser. Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].
15

Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]

Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s]. Contoh kehadiran dalam perkataan: Semut Asap Keras
16

Konsonan geseran glotis (h)

Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara sari paruparu keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Contoh kehadiran dalam perkataan: Hutan Sahaja Suluh
17

Konsonan getaran (r ) lidah brgetar

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r]. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Rambut Seru Sukar

18

KONSONAN SISIAN (L)

Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi, [i]. Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah

diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari

paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Lambat Tuala Cekal
19

KONSONAN SENGAU

Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara

alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara

dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara

keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan

sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ ]. Berikut dihuraikan cara menghasilkan konsonan-konsonan ini.Semua konsonan sengau

bersuara.

20

Konsonan sengau dua bibir [m]

Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapaatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paruparu keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar . Contoh kehadiran dalam perkataan: Malam Aman Siam
21

Konsonan sengaau gusi- [n]

Konsonan sengu gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukn dengan gusi atas. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru kelaur melaui rongga hidung.. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Nampak Tanak Daun
22

Konsonan sengau gusi-lelangit keras[]

Konsonan sengu lelangit keras dihasilkan dengan

depan lidah ditemu/dirapatkan ke langit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab

lambing [] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny. Contoh kehadiran dalaam perkataan: Nyawa Anyam
23

Konsonan sengau lelangit lembut [ ]

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkt ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng. Contoh kehadiran daalam perkataan: Ngilu Angan Bising
24

Penutup

Kesimpulanya kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat, dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal depan, vokal belakang dan vokal tengah dalam bahasa Melayu. Dalam Bidang ini juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupn, letusan , geseran, sengau, separuh vokal dan seumpamanyaBidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti au, aid an oi dalam bahasa Melayu . Seterusnya sebagai matlamat ahkir, pengajian ini juga mengkaji bagaimana bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu hadir dalam bentuk suku kata dan penggunaan fonem-fonem dalam membentuk sistem ejaan bahasa Melayu. ( Abdul Hamid Mahmood, 1995:9-10)

25

Bibliografi

Abdullah Hassan (2005). Linguistik am siri pengajaran bahasa Melayu., Pahang: PTS Professional Publishing sdn. Bhd Nik safiah karim dan norliza jamaluddin (2002). Bahasa Melayu stpm (kertas satu dan Dua). Selangor darul ehsan: Fajar bakti sdn.bhd Profesor. Dr. Abdul hamid mohamad (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext (M) sdn.bhd
26

You might also like