You are on page 1of 37

1.

PENGENALAN Tubuh badan yang sihat berupaya untuk melakukan pelbagai aksi

pergerakan seperti melompat, berlari, berjalan dan sebagainya. Pergerakan ini berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan dengan sempurna. Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan

otot.Penguncupan otot rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang.Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak denagan pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling.Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka. Semasa melakukan pergerakan, otot-otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh, perlakuan dalam sukan memanah Rangka tubuh dapat digerakkan kerana saling bersambungan di antara satu sama lain. Penghubung antara tulang yang memungkinkan pergerakan tersebut adalah sendi. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi tidak boleh bergerak (sinatrosis), sendi bergerak sedikit (amfiartrosis) dan sendi bergerak bebas (diartosis). Struktur sendi dipengaruhi oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semkian kuat sendi itu, walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas. Sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dapat memantapkan tahap kesihatan seseorang individu tersebut. Oleh demikian, amat penting bagi kita untuk mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri serta untuk diaplikasikan dalam kegiatan sukan yang kita lakukan.

LOMPAT TINGGI (GAYA FOSBURY) Terdapat emapat fasa utama dalam kemahiran lompatan acara lompat tinggi, iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Fasa yang menjadi fokus tugasan saya ialah fasa lonjakan. Dalam acara lompat tinggi, atlet bebas melakukan lompatan dengan gaya sendiri. Bagi gaya Fosbury ini terdapat empat fasa yang perlu dilakukan :
1) Fasa penujuan 2) Fasa lonjakan 3) Fasa layangan 4) Fasa pendaratan

(Approach) (Take off) (Bar Clearance) (Landing)

1. Fasa Penujuan

1. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian

lengkung. 2. Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.


3. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan.

4. Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan

kuasa yang tinggi.


5. Condongkan badan ke dalam semasa larian lengkung. Bahu yang di

dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di luar lengkung. 2. Fasa Lonjakan

1. Langkah yang terakhir hendaklah lebih pendek. Kaki yang melonjak mesti mendarat cepat aksi acceleration. 2. Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat.
3. Kaki yang tidak diguna untuk melonjak dinaikkan cepat ke kedudukan

horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu. 4. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3. Fasa Layangan

1. Selepas melonjak, teruskan dengan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. 2. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. 3. Angkat pinggul semasa melepasi palang. 4. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.

4. Fasa Pendaratan

1. Mendarat dengan keseluruhan bahagian belakang badan.

2. Jarakkan lutut semasa mendarat.

2.0

OBJEKTIF TUGASAN

Antara objektif tugasan yang telah kami kenal pasti bagi menghasilkan tugasan ini ialah : a) Mengenalpasti pelbagai organ sistem bergerak pada tubuh badan manusia. b) Mengidentifikasikan gerak dan kerja otot pada manusia. c) Menyatakan sendi-sendi pada manusia dan satah pergerakannya. d) Memahami fungsi-fungsi otot utama dalam tubuh badan, bahagianbahagian sendi dan tulang utama anggota yang terlibat dalam fasa lonjakan acara lompat tinggi.

3.0

PENERANGAN DISOKONG GAMBARAJAH / LUKISAN

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN Teknik dan aspek ini penting bagi atlit lompat tinggi dalam menghasilkan sebuah lompatan yang sempurna dan mengurangkan risiko kecederaan.

1. Kelajuan Larian Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga tinggi. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat tinggi. Biasanya, larian yang mengandungi antara 10- 12 langkah atau jarak 15 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Checkmark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan

antara larian mula dengan tempat melonjak.

2. Pelepasan Lompatan Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi. Yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Ssyarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Ia dikenali sebagai sudut hentian.

Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik seperti berikut disarankan : a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan. b. Teknik ini dilakukan dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan kilaskan kaki bebas melintang badan. c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

3. Semasa di Udara Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya graviti di mana adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat.

4. Semasa Mendarat Aspek pendaratan penting untuk memastikan palang tidak jatuh dan keselamatan terjamin. Teknik pendaratan yang baik dapat mengimbangkan

pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik yang baik dilakukan dengan melentikkan badan dan mendarat dengan belakang badan.

OTOT, SENDI DAN TULANG UTAMA YANG TERLIBAT Dalam fasa lonjakan, atlet tersebut dikehendaki: 1. Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang. 2. Angkat kaki pada kedudukan paha selari dengan permukaan gelangggang. 3. Kaki lonjakan menolak badan ke atas. 4. Tangan dihulur ke atas untuk membantu pergerakan badan melepasi palang. Kekuatan otot kaki dan daya lonjakan yang tinggi membantu atlet melepasi palang pada ketinggian maksimum.

Rajah 1 : Gambarajah Fasa Lonjakan Gaya Fosbury

10

BAHAGIAN 1 : OTOT-OTOT UTAMA Otot-otot Utama yang Lokasi Terlibat Kuadriseps Hadapan paha Fungsi Otot ini melunjurkan sendi lutut Harmstring Belakang paha setelah lutut dibengkokkan Otot ini melunjurkan sendi lutut Soleus Gastroknemius dan Belakang kaki serta melunjurkan

sendi paha batang Otot ini membengkokkan sendi ke bawah lutut dan membengkokkan tapak kaki

Gambarajah:

Gambarajah 2 : Otot-otot Utama

11

Gambarajah 3 : Hamstring

12

BAHAGIAN 2: BAHAGIAN-BAHAGIAN SENDI Bahagian-bahagian yang Terlibat Sendi Engsel Fungsi Sendi lutut Melipat fleksi : hamstring belakang otot betis Melunjur kuadrisep Sendi Lesung hadapan paha Sendi paha Melipat paha ke badan Melurus ke bawah Merenggang atau Sendi Pelana abduksi paha atau di Bersudut: Ekstensi Fleksi Coronal ekstensi : Otot atau otot di paha Jenis Pergerakan Bersudut: Ekstensi Fleksi Coronal Satah Pergerakan

dengan bantuan

dan kisaran Sendi pergelangan Khusus: kaki Bengkok kaki ke hala atas Bengkok kaki ke hala tapak kaki Dorsi-fleksi Plantarfleksi Tranverse

GAMBARAJAH 13

Gambarajah 5 : Sendi Engsel (sendi lutut)

Gambarajah 6 : Sendi Lesung (sendi paha)

14

Gambarajah 7 : Sendi Pelana

Gambarajah 8 : Dorsi-fleksi dan Plantar-fleksi

15

GAMBARAJAH 7 : SENDI PELANA

GAMBARAJAH 8 : DORSI-FLEKSI DAN PLANTAR-FLEKSI

16

GAMBARAJAH 9 : SATAH-SATAH BADAN

BAHAGIAN 3: TULANG-TULANG UTAMA 17

Nama Tulang-tulang yang Terlibat Femur

Huraian

Femur merupakan tulang terpanjang, terberat dan terkuat

Di hujung proksimalnya terdapat kepala yang bersendi dengan lesung astabulum, tronkanter besar dan tronkanter kecil.

Di hujung distalnya terdapat dua kondil, dua epikondil dan lekuk antara kondi. Hujung distalnya bersendi dengan tarus.

Patella

Patella ialah sejenis tulang sesamoid yang leper dan berbentuk segitiga.

Permukaan depannya kasar dan belakangnya licin.

Permukaan belakangnya bergelangsar di atas tulang paha apabila sendi bergerak.

Tibia

Tibia dan fibula adalah dua tulang kaki bahagian bawah anggota badan, keduaduanya merupakan tulang panjang.

Fibula Tibia terletak di bahgian sisi dalam manakala fibula di sisi luar. Tibia dan fibula membentuk batang kaki. Di hujung proksimal tibia terdapat dua kondil yang bersendi lutut. Tuberositinya adalah untuk perlekatan otot-otot. Di hujung proksimal tibia terdapat kepala kecil tidak bersendi yang berlekat dengan 18

femur. Hujung distal tibia dan fibula bersendi dengan tulang-tulang pergelangan kaki disebut karpus. Karpus, Metakarpus dan Setiap pergelangan kaki mengandungi: Falanks 8 karpus 5 metakarpus 14 falanks

Ia membantu dalam membuat lonjakan oleh pelompat.

FUNGSI TULANG-TULANG 1. 2. Tulang berfungsi dengan memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan Tulang berfungsi sebagai penyokong berat badan. Disamping itu, tulang membentuk kerangka tegar bagi perlekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. 3. badan. Ia membentuk rangka tubuh bagi melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. 4. Tulang berfungsi sebagai tuas untuk pergerakan. Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. 5. Tulang menjadi tempat perlekatan otot. Oleh itu, ia akan menghasilkan rangka kerja yang dapat menghasilkan pergerakan. GAMBARAJAH Tulang berfungsi untuk elindungi dan menyokong organ-organ

19

GAMBARAJAH 10 : SISTEM RANGKA MANUSIA

20

GAMBARAJAH 12 : FEMUR

GAMBARAJAH 13 : PATELLA, TIBIA DAN FIBULA

21

GAMBARAJAH 14 : PATELLA

GAMBARAJAH 15 : FIBULA DAN TIBIA

22

GAMBARAJAH 16 : KARPUS, METAKARPUS DAN FALANKS

23

SATAH PERGERAKAN Satah anatomi digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan. Satah-satah anatomi yang terlibat dalam pergerakan adalah seperti: 1.Satah Sagital Membahagikan tubuh badan secara vertical iaitu bahagian kanan dan kiri di mana setiap bahagian mempunyai jisim/berat yang sama. . 2.Satah Frontal Membahagikan tubuh secara vertical daripada bahagian depan dan belakang tubuh badan 3.Satah Tranvers Membahagikan tubuh badan melalui bahagian bawah dan atas secara horizontal dengan sama berat.

24

SATAH TRANVERSE / TRANVERSE PLANE Satah tranverse merupakan satah di bahagian kaki. Ketika melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi, Pemain menggunakan satah sagital untuk menggerakkan kaki ketika membuat lompatan tinggi ke udara. Satah tranverse ialah satah yang merentasi dari depan ke belakang badan. Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanan dan bahagian kiri. Contoh pergerakan pada satah sagital ialah fleksi, hiperflrksi, ekstensi, dan hiperekstensi.

Rajah 25 : Gambar di bawah menunjukkan pergerakan pergerakan kaki yang dapat dihasilkan menggunakan satah tranverse

Rajah 17 : Pergerakan satah tranverse

25

MEKANISME PERGERAKAN SEMASA MEMBUAT LOMPATAN OTOT-OTOT DAN TULANG YANG TERLIBAT Dalam melakukan lompatan yang baik, otot kuadriseps adalah amat berguna untuk membuat lompatan yang tinggi. Otot ini dapat berfungsi sebagai alat untuk memudahkan pelunjuran sendi lutut setelah lutut dibengkokkan. Otot hamstring pula berfungsi untuk melunjurkan sendi lutut serta melunjurkan sendi paha. Jadi pergerakan yang terhasil akan menyebabkan badan mudah melayang semasa lompatan. Otot soleus dan gastroknemius pula akan membantu membengkokkan sendi lutut dan juga membengkokkan tapak kaki ke bawah untuk menghasilkan fleksi ekstensi semasa pergerakan lompatan. Bukan itu sahaja, sendi lutut berfungsi untuk melipat otot hamstring di belakang peha dengan bantuan otot betis. Jadi, ianya akan membolehkan sendi ini membantu dalam membentuk lonjakan yang tinggi dalam lompat tinggi. Sendi paha pula berfungsi untuk melipat paha ke badan, melurus paha ke bawah dan meregang atau abduksi serta kisaran. Sendi paha ini amat berguna semasa membuat larian landas serta ketika berada di dalam fasa layangan dalam acara lompat tinggi. Tulang-tulang yang terlibat pula berfungsi untuk menyokong tubuh badan individu semasa membuat lompatan. Selain itu, tulang tibia dan fibula merupakan tulang yang utama dalam menghasilkan lompatan yang baik dan sempurna. Kedua-dua tulang ini turut bersambung dengan tulang karpus iaitu tulang di bahagian pergelangan kaki. Jadi, secara langsung, tulang ini amat penting dalam memastikan pergerakan atau lompatan berlaku dengan sempurna. Di samping itu juga, Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi.

26

PRINSIP ASAS SAINS YANG TERLIBAT (MOMENTUM) Individu akan berlari atau bergerak untuk mendapatkan impak. Prinsip asas sains ini diperlukan untuk mendapatkan kuasa bagi menghasilkan impak atau kesan yang diperlukan oleh individu bagi mendapatkan tenaga atau kuasa bagi melakukan lompatan dengan baik. Momentum akan memberi kesan maksima yang diperlukan oleh individu bagi menjana sesuatu pergerakkan yang boleh menghasilkan lompatan yang sempurna. Untuk mendapatkan momentum ini, individu mestilah melompat untuk menghasilkan tenaga keupayaan yang tinggi dan apabila dia beransur untuk jatuh, tenaga kinetik yang tinggi pula akan diperolehinya. Oleh itu, individu akan mendapat sepenuhnya momentum bagi melakukan jaringan. Hukum Newton yang pertama dan Hukum Newton yang ketiga juga turut serta terlibat. Hal ini kerana, daya yang digunakan adalah berkadaran dengan momentum yang dihasilkan. Manakala Hukum Newton yang kedua iaitu pembabitan graviti juga terlibat semasa individu ingin menghasilkan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik iaitu individu perlu melompat. Semasa melompat hukum tuas kelas pertama juga telah diaplikasikan iaitu semasa individu membengkokkan lutut untuk melompat, lutut telah bertindak sebagai fulkrum manakala kaki terlibat sebagai daya dan berat badan bertindak sebagai beban.

27

KESAN-KESAN FIZIOLOGI LATIHAN TERHADAP TUBUH BADAN MANUSIA Bagi mencapai tahap kecergasan yang optima untuk seseorang individu, dia seharusnya perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsipprinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna dan berkseasn. Oley yang demikian, adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Di antara kesan-kesan fisiologi: i. Meningkatkan kekuatan otot Latihan seperti latihan beban yang dijalankan memberikan kesan kepada tubuh badan individu tersebut. latihan beban ini dapat meningkatkan kekuatan otot individu. Melalui latihan seperti leg press dan heel raise, individu dapat melatih otot-otot di bahagian kaki seperti otot kuadriseps dan gastrocnemius untuk menjadi lebih kuat lagi. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan individu untuk berlari lebih pantas dan melonjak dengan lebih tinggi lagi. ii. Meningkatkan dayatahan otot Selain daripada itu, latihan beban juga dapat meningkatkan daya tahan otot. Selepas menjalani latihan beban, otot akan menjadi lebih tahan dan tidak mudah lesu. Dalam hal ini, terdapat latihan pliometrik yang dapat meningkatkan daya tahan otot yang terlibat dalam latihan seperti otot gastrocnemius, hamstring dan juga kuadriseps. Melalui latihan ini, otot akan menjadi lebih kuat dan tahan. Otot-otot yang terlibat tidak akan mudah lesu apabila melakukan lompatan.

28

iii. Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan Latihan beban ini juga dapat meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan individu tersebut. Hal ini dapat membantu ketika fasa permulaan iaitu fasa larian sebelum melonjak kerana pada ketika itu individu mestilah berlari dengan pantas sebelum melonjak. Selain itu, dalam latihan pliometrik, individu dilatih dengan latihan lunge jump dan juga death drop jump. Otot di bahagian kaki terlibat secara langsung. Latihan melompat yang dilakukan ini dapat meningkatkan kelajuan individu apabila berlari terutamanya semasa fasa permulaan lompat jauh iaitu fasa larian. Kekuatan otot gastrocnemius dan juga hamstring serta kuadriseps juga akan lebih baik lagi. iv. Meningkatkan kuasa eksplosif Semasa fasa lonjakan, kuasa eksplosif diperlukan agar individu dapat melonjak dengan lebih tinggi. Otot di bahagian kaki dan paha yang sudah dilatih melalui latihan leg press dan heel praise akan dapat melonjak dengan lebih baik. Oleh yang demikian, satu lompatan yang tinggi akan dapat dihasilkan serta dapat mencapai tahap yang diinginkan.

29

BIBLIOGRAFI BUKU: Masood bin Abdul Rashid. 2003. Anatomi dan Fisiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Aziz Mohammed.1993. Badminton. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn Bhd Abdul Hamid bin Abd Rashid. 2000. Anatomi Umum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Wan Patanah bin Wan Yussof. 2003.Badan Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Gan Wan Yeat. 2003.Sukses Biologi SPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd Gerard J. Tortora.1995. Principle of Human Body (7th edition). New York : Harper Collins College Publishers

INTERNET: Human Anatomy Online. Muscular System (Front View). Dilayari pada tarikh 2 Januari 2008, daripada http://www.innerbody.com/image/musfov.html BrianMac Sports Coach. (02.02.08). Movement Analysis. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.brianmac.co.uk/musrom.htm Family Shockwave. (21.12.01). The Joints. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.shockfamily.net Oasis Technology. (2006). Saggital Plane. Dilayari pada tarikh 16 Februari 2008, daripada http://www.asicsamerica.com/asicstech/saggital_plane.htm Muscles in Badminton. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.highwire.org.uk/showcase/sc_05_06/hf_pe1/badminton/ba_delt2.ht ml Web Shops. The Human Skeletal System. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://www.anatomy-resources.com/humananatomy/sh210.htm 4 Functions of Bones. Dilayari pada tarikh 21 Februari 2008, daripada http://sciencefun4all.net/Life_Sci/06Skel_MuscSys/JournalTopics/FunctionBo nes.html#top

30

REFLEKSI Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Anatomi dan Fisiologi ini agak sukar untuk difahami bagi saya. Namun, setelah menyiapkan tugasan ini dan mendengar pembentangan serta penerangan semasa kuliah yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah, saya mendapati tugasan ini tidaklah begitu sukar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Encik Rashid Bin Mohamad yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi masalah berkenaan dengan isi kandungan kursus ini. Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan bahan-bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya memahami apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana saya ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih sempurna. Di dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan pengetahuan saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa hadapan. Banyak ilmu pengetahuan yang tidak terkira telah saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya akan menghargainya dan menerapkannya dalam profesion saya. Untuk ini, saya akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat menjadi seorang guru yang berjaya. Bukan itu sahaja, dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari sesautu yang tersirat daripadanya. Setiap pelajar harus tahu untuk membahagikan masanya agar dapat menyiapakan kerja kursus ini 31

dalam tempaoh yang telah ditetapkan. Buka itu sahaja, saya juga dapat mengulangkaji pelajaran bagi subjek ini dengan lebih mendalam ketika melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Akhir sekali. Sebagai kesimpulannya, perjalanan tugasan ini memang banyak member pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, akan tetapi, ianya tidak sama sekali mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan. MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN 910611-02-5219

32

REFLEKSI
Saya begitu teruja apabila mendapat kerja kursus ini kerana memerlukan saya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang anatomi dan fisiologi berkaitan dengan tubuh badan manusia. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan sekumpulan untuk membuat rujukan dan penyelidikan tentang pergerakan kemahiran dan kami telah memilih lompat tinggi sebagai bahan kajian kami. Kami perlu membuat analisis berkaitan dengan aspek anatomi dan fisiologi seperti otot-otot utama, tulang-tulang, sendi-sendi, aksi pergerakan dan banyak lagi bagi menerangkan tentang lompat tinggi ini. Tugasan ini memberi banyak ilmu pengetahuan kepada saya terutamanya di dalam bidang anatomi dan fisiologi. Ilmu ini amat penting terutamanya kepada saya sebagai guru pelatih yang berkemungkinan untuk mengajar Pendidikan Jasmani ketika di sekolah kelak. Selain itu, tugasan ini memerlukan saya untuk membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan juga pensyarah. Selepas membuat perbincangan, saya mendapat lebih pemahaman dan memperoleh lebih banyak isi-isi yang berkualiti. Hal ini mengajar saya bahawa perbincangan bersama rakan dan pensyarah akan membawa kepada hasil yang lebih baik. Selain daripada itu juga, tugasan ini yang diberikan bersama dengan tugasan-tugasan yang lain membuatkan jadual harian saya padat dan memerlukan saya untuk mengatur aktivit harian dengan sebaiknya. Hal ini membuatkan saya lebih teratur dalam membahagikan tugasan harian agar jadual harian saya lebih teratur. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan kebaikan kepada saya. Setiap perkara yang telah saya pelajari dan perolehi dalam menyiapkan tugasan ini penting dalam pengajian saya sebagai seorang bakal guru dan segala imu yang saya telah perolehi ini akan saya guna dan amalkan dalam kehidupan seharian saya. MUHAMMAD AZRI ASYRAF B. MOHD ASARI 911209-11-5149

33

REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat daripada Allah S.W.T. akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan kerja kursus anatomi ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Rashid Bin Mohamad iaitu pensyarah untuk subjek anatomi kerana banyak membantu saya ini sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kawan-kawan yang banyak memberi pandangan dan perkongsian idea yang bernas dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan. Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda baru dan pengalaman dalam proses penghasilan tugasan pjk kali ini. Pada mulanya saya berasa agak keliru terhadap keperluan-keperluan soalan tugasan ini tetapi selepas mengadakan perbincangan bersama dengan kawan-kawan lain, saya Berjaya membuahkan idea pada akhirnya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti semua bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Pada mulanya agak sukar untuk menterjemahkannya kerana subjek anatomi banyak menggunakan perkataan sainstifik, tetapi dengan kecanggihan teknologi zaman kini, Alhamdulillah perkara itu dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah. Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya membuat banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diberi. Dari situ, saya telah membina sifat tidak berputus asa, mengikut arahan dan bertanggungjawab. Melalui tugasan ini juga, saya didedahkan dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari ilmu yang baru kerana melaui usaha yang kuat, seseorang itu akan lebih paham apa yang dikuasainya Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bagi tajuk sistem otot, sistem tulang, dan sistem sendi semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya

34

meningkatkan pengetahuan tentang tajuk ini dan seterusnya membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Akhir sekali. Sebagai kesimpulannya, perjalanan tugasan ini memang banyak memberi pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, akan tetapi, ianya tidak sama sekali mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan. AMIRUDIN BIN OTHMAN 911017-11-5865

35

KUMPULAN MATA PELAJARAN

: PISMP RBT 2 : ANATOMI DAN FISIOLOGI

SEMESTER : 3

PENSYARAH BIMBINGAN : EN. RASHID BIN MOHAMAD

TARIKH

PERKARA DIBINCANGKAN

KOMEN

TANDATANGAN

36

LAMPIRAN

37

You might also like