You are on page 1of 1

Interaksi 1( 7 Januari 2012 ) PERISTIWA/ MASALAH YANG DIRENUNG/ CUBA DISELESAIKAN Semasa interaksi pertama ini, seperti biasa

saya agak letih, lebih-lebih lagi setelah melalui perjalanan yang jauh dari Oya(Mukah) ke Kuching dengan menaiki kereta. BISIKAN HATI/ EMOSI/ PERASAAN Saya yang agak letih kadang-kadang terasa ingin berputus asa. Maklumlah dengan tugas-tugas di sekolah yang tidak pernah habis malah bertambah saban hari membuatkan perutukan waktu untuk belajar dan membuat tugasan kerja kursus agak terhad. Berbeza dengan keadaan semasa belajar di maktab dahulu yang

hanya perlu menumpukan perhatian terhadap pembelajaran harian dan tidak dibebankan dengan tugasan lain. KEFAHAMAN BARU/KESEDARAN Saya sedar bahawa untuk mendapatkan sesuatu bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan semagat yang kuat, lebih-lebih lagi bila keadaan sekeliling dan semua pihak menuntut komitmen dari kita.

CADANGAN Saya bercadang untuk sentiasa mencuba sedaya upaya saya dalam setiap tugasan yang diberikan kepada saya. Sekiranya terdapat masalah dalam pelaksanaan

tugasan tersebut, InsyaAllah, saya akan bertanya dan meminta pendapat kawankawan sekuliah dan juga mereka yang lebih berpengalaman.

TINDAKAN Saya berterima kasih kepada pensyarah juga rakan-rakan sekuliah dan mereka yang telah banyak membantu saya dalam setiap masalah yang saya hadapi semasa mengikuti kuliah dan juga semasa melaksanakan tugasan yang diberi.

You might also like