You are on page 1of 4

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Murid menganggap Matematik merupakan suatu matapelajaran yang sukar di sekolah.

Anggapan ini menyebabkan mereka takut dan kurang berminat dengan Matematik. Walaubagaimanapun, dalam kehidupan seharian kita tidak boleh lari daripada menggunakan kemahiran atau ilmu Matematik untuk memudahkan urusan. Contohnya pengiraan wang, jarak perjalanan, berat badan dan sebagainya. Oleh itu, murid diajar untuk menggunakan konsep matematik dalam kehidupan seharian secara langsung atau tidak langsung melalui soalan matematik berayat. Sedar atau tidak, soalan seperti ini merupakan satu pendekatan untuk membiasakan murid menggunakan

kemahiran matematik dalam kehidupan mereka. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebilangan murid tidak dapat menguasai kemahiran menjawab soalan matematik berayat dan keadaan ini perlu dikawal. Pendekatan pembelajaran yang berbeza dapat membantu mengawal keadaan ini. Kanak-kanak didapati mempunyai sifat ingin bersaing yang tinggi sekiranya mereka bergerak dalam kumpulan. Jadi, pendekatan pembelajaran koperatif mampu meningkatkan sifat ingin bersaing dalam diri murid dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Semangat berpasukan juga menyebabkan murid yang cemerlang membantu murid yang lemah dalam usaha membawa kumpulan mereka ke arah kejayaan. Secara realistiknya, guru dapat memberikan perhatian kepada setiap kumpulan berbanding memberi perhatian kepada setiap murid yang dianggap tidak sesuai bagi sebuah kelas yang berkapasiti besar. Oleh itu, saya terpanggil untuk

mencuba teknik pembelajaran koperatif ini dalam membantu murid menjawab soalan matematik berayat.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengalaman praktikum 1 dan praktikum 2 yang lalu banyak menberi ganjaran berharga buat pengkaji dalam memahami tugas pengkaji sebagai seorang guru. Selain mengajar pengkaji juga perlu lebih peka dengan keperluan dan permasalahan murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah melakukan dua ujian prestasi kepada murid Tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah di bahagian Butterworth iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Butterworth iaitu pada awal dan akhir praktikum . Didapati ramai murid mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat. Walaupun murid daripada golongan cemerlang, namun masih terdapat murid yang melakukan kesilapan. Guru matematik lain juga mempunyai pandangan yang sama dimana kebanyakkan murid bermasalah dalam bahagian ini. Masalah matematik berayat ini mempunyai situasi di mana murid perlu memahami situasi tersebut dan memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya. Semasa proses menyelesaikan sesuatu masalah berayat matematik, murid perlu menguasai beberapa kemahiran penting iaitu memahami masalah, mengambarkan situasi masalah, menukarkan masalah ke dalam ayat matematik dan membuat pengiraan. Seorang guru yang berkualiti seharusnya mampu mencari kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid dan menyebabkan masalah gagal diselesaikan.

Pengalaman juga membuktikan penggunaan teknik tradisional semasa mengajar menjadikan murid bosan dan kurang tumpuan di dalam kelas. Keberkesanan teknik tradisional tidak dinafikan tetapi pengkaji terpanggil untuk mengetengahkan teknik baharu yang lebih ke arah pemusatan semua murid. Tekanan untuk menghabiskan sukatan muridan dalam masa yang ditetapkan disamping memastikan murid tidak tercicir amat sukar ditangani oleh seorang guru terutamanya guru baharu. Oleh itu, pendekatan yang sesuai perlu diaplikasikan di dalam kelas supaya peratus keciciran dapat dikurangkan. Tahap penguasaan murid adalah berbeza sama sekali di mana terdapat golongan murid yang cemerlang, sederhana dan lemah dalam meyelesaikan masalah matematik berayat. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran murid dengan murid perlu diterapkan dalam meningkatkan kebolehan mereka. Hal ini membantu murid yang lemah sekaligus meningkatkan lagi kefahaman murid yang cerdas. Pembelajaran Secara Pencapaian Pasukan Murid atau Student Teams-Achievements Divisions (STAD) merupakan salah satu cara untuk membolehkan interaksi antara murid berlaku. Pembelajaran seperti ini tidak akan mengganggu tugas guru sebagai pengajar tetapi guru akan bertindak sebagai fasilitator untuk setiap kumpulan. Selain itu, teknik ini juga membolehkan guru mengawal dan mengurus kelas yang bersaiz besar dengan lebih sistematik. Kesimpulannya, pengkaji berharap dapat mencari satu kaedah atau teknik yang berkesan bagi menyelesaikan masalah murid dalam menyelesaikan maslah matematik berayat dengan lebih efisien bagi semua aras kebolehan murid samada cemerlang, sederhana atau lemah.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Pengkaji berpendapat pendekatan pembelajaran koperatif atau khususnya kaedah Student Team-Achivement (STAD) ini dapat memberi kebaikan bukan sahaja kepada murid, malah kepada guru juga. Penggunaan kaedah STAD dapat meringankan beban tugas guru dalam sesebuah kelas dengan bantuan daripada murid yang berprestasi tinggi dalam setiap kumpulan kecil. Kaedah ini juga memberi pelbagai kebaikan kepada murid apabila murid yang telah menguasai kemahiran menjawap soalan matematik berayat akan lebih mahir manakala yang lemah akan dibantu oleh murid yang telah mahir atau ketua kumpulan kecil. Selain itu, kaedah ini juga akan memberi kebaikan kepada pihak sekolah dimana murid akan menyumbang kepada kenaikan peratus lulus dalam peperiksaan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah. Hal ini akan memberi kesan yang mendalam kepada murid sekaligus membina motivasi intrisit dalam jiwa murid. Selain itu, kaedah ini mengajar murid-murid untuk berani melontarkan pandangan dan meningkatkan keyakinan diri terutamnya semasa perbincangan dalam kumpulan kecil. Kajian ini telah dikhususkan kepada matapelajaran Matematik tetapi ia juga boleh dipraktikkan dalam semua matapelajaran. Hal ini memberi kebaikan bukan sahaja kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik malah ia juga akan memberi kebaikan kepada semua guru serta kepada pihak sekolah.

You might also like