You are on page 1of 16

1.0 FOKUS KAJIAN 2.

1 Isu kajian Sepanjang menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan praktikum, didapati banyak masalah yang dihadapi murid dalam menyelesaikan masalah matematik. Terdapat murid yang gagal mengaplikasikan konsep dan teknik pengiraan dalam suatu soalan malah ada yang masih gagal menguasai teknik pengiraan asas. aspek

Walaubagaimanapun,

pengkaji

lebih

cenderung

untuk

menekankan

pengaplikasian teknik pengiraan asas dalam menyelesaikan masalah matematik bertayat. Sangat merugikan jika murid gagal menyelesaikan masalah seperti ini kerana masalah seperti ini akan dihadapi oleh murid dalam kehidupan seharian. Selain itu, soalan seperti ini juga bernilai tinggi dalam peperiksaan atau ujian. Sekiranya murid gagal menguasai kemahiran menjawab dengan betul, mereka akan keciciran markah dalam peperiksaan atau ujian. Menurut Analisis Kesalahan Newman (Newman's Error Analysis), terdapat lima peringkat utama yang menjadi masalah kepada murid iaitu pembacaan, kefahaman, tranformasi, kebolehan memproses dan menulis semula. Newman (1977, 1983) maintained that when a person attempted to answer a standard, written, mathematics word problem then that person had to be able to pass over a number of successive hurdles: Level 1 Reading (or Decoding), 2 Comprehension, 3 Transformation, 4 Process Skills, and 5 Encoding. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa setiap murid

mempunyai masalah pada peringkat yang berbeza. Namun, sebahagian besar murid murid gagal pada peringkat kedua dan ketiga iaitu tranformasi. Oleh itu, mereka gagal mendapat jawapan yang betul. Berdasarkan maklumat ini, pengkaji berpendapat bahawa perbezaan kebolehan murid boleh digunakan dalam meningkatkan kebolehan murid lain. Secara umumnya, murid mampu membantu rakan-rakan lain supaya mereka dapat menyelesaikan masalah matematik berayat dengan tepat. Sebagai contoh, apabila murid belajar secara koperatif iaitu belajar dalam kumpulan kecil yang mengandungi ahli daripada pelbagai tahap kebolehan, murid yang melepasi aras 1 (pembacaan) akan membantu murid yang gagal pada aras 1 untuk membaca soalan. Seterusnya murid yang mampu melepasi aras 2 (pemahaman) akan membantu rakan yang gagal pada aras 2 dan seterunya. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan pembelajaran secara koperatif model STAD dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Data kajian dikumpul dalam beberapa cara iaitu soal selidik, pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Pada peringkat permulaan, sampel kajian yang dikenalpasti akan diberikan borang maklumat murid. Soalan adalah berkaitan maklumat peribadi, latar belakang murid dan gred pencapaian murid di dalam matapelajaran Matematik di dalam peperiksaan yang lepas. Selepas itu, pengkaji menyediakan borang soal selidik untuk dilengkapkan oleh sampel kajian. Hal ini bertujuan untuk mengetahui minat dan tanggapan murid secara umum tentang matapelajaran Matematik. Ujian pra yang berkaitan pengetahuan sedia ada berbentuk masalah matematik berayat dijalankan kepada sampel kajian. Kemudian, sampel diajar dengan pendekatan baru iaitu pembelajaran koperatif model STAD selama 4 minggu sebelum sampel kajian akan

menduduki ujian pos. Data yang dikumpul dianalisis dan dinilai. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD yang diterapkan. Walaupun model STAD berteraskan kumpulan, ujian dilakukan secara individu.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 2.2.1 Pengenalan Di dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan konsep pembelajaran koperatif, Teori Pembelajaran Koperatif, Model Pembelajaran Koperatif, Teknik pembelajaran koperatif dan membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan pembelajaran koperatif. Literatur ini berkaitan dengan kajian-kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara berkaitan dengan keberkesanan pembelajaran koperatif.

2.2.2 Konsep Pembelajaran Koperatif Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil murid bagi memberi peluang murid berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional di sebalik pembelajaran koperatif adalah murid akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya dikatakan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid semasa menerangkan konsep yang sukar.

Slavin (1995) pula menegaskan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yng berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata muridan. Menurut pandangan Slavin ( 1990) juga, kumpulan perbincangan, kumpulan projek, kumpulan makmal dan pengajaran oleh rakan sebaya merupakan contoh-contoh pembelajaran yang sedia ada. Walau bagaimanapun Slavin (1990) berpendapat

pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut iaitu memberi ganjaran kepada kumpulan, tanggungjawab setiap individu sepasukan dan peluang yang sama pada setiap ahli untuk berjaya. Murid diberi ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu yang ditetapkan. Setiap ahli di dalam kumpulan diberikan ganjaran yang Ganjaran

setimpal tanpa ada sebarang perbezaan antara sesama ahli kumpulan.

kumpulan ini menjadikan setiap murid dalam kumpulan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan bagi mencapai kejayaan bersama. Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Dengan kata lain, setiap kumpulan tidak akan berjaya tanpa usaha yang padu setiap individu dalam kumpulan dan bukan hanya individu tertentu sahaja. Kejayaan ini mendorong murid membimbing rakan-rakan

sekumpulan. Semua ahli kumpulan bertanggungjawab di antara satu sama lain bagi menguasai muridan. Ciri peluang yang sama untuk berjaya pula merujuk kepada pencapaian murid diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Ini bermakna semua murid

berpeluang untuk berjaya. Dalam hal ini setiap ahli kumpulan akan mencuba tanpa mengira tahap kebolehan bagi mencari peluang bersama untuk meningkatkan pencapaian kumpulan mereka. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi ( Cohen,1994). Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana muridnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991); Lyman&Foyle, 2002). Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini pembelajaran koperatif membantu murid untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pada masa murid bekerja bersama-sama, mereka belajar untuk saling memberi dan menerima bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan murid yang lain dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah.

2.2.3 Teori Pembelajaran Koperatif Secara umumnya, Pembelajaran Koperatif adalah berlandaskan dua teori utama iaitu teori motivasi dan teori kognitif (Slavin, 1982).

Perspektif Motivasi Perspektif motivasi berfokus pada kesan struktur ganjaran dan matlamat

kumpulan. Menurut perspektif ini, struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara untuk seseorang murid mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannya mencapai matlamat tersebut. Dengan itu murid adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama (Deutsch, 1949; Slavin 1978).

Perspektif Kognitif Perspektif kognitif pula menekankan kesan dari interaksi antara murid

dalam proses menyiapkan tugasan bersama. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid (Slavin, 1996). Menurut Damon (1984), interaksi antara kanak-kanak yang sebaya terhadap topik pembelajaran yang sama dapat meningkatkan penguasaan pemikiran kritik. Hal ini kerana semasa perbincangan dijalankan, konflik kognitif akan berlaku di mana alasan yang tidak cekap akan termuncul dan dengan itu kefahaman yang berkualiti tinggi dapat diwujudkan. Vygotsky (1978), menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang dan Piaget (1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, interaksi

dalam kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam konteks yang lebih bermakna.

2.2.4 Model Pembelajaran Koperatif Terdapat pelbagai model pembelajaran koperatif, antaranya ialah Bulatan Pembelajaran (Circles of Learning atau COL), Kaedah Susun Suai (Jigsaw), Bahagian Pencapaian-Pasukan Murid (BPPP) atau (Student Team-Achievement atau STAD), Pertandingan Permainan Pasukan (Team-Games Tournament atau TGT), Inkuiri dalam Kumpulan (Group Investigation atau GI), Pasukan Arahan Cepat (Team Accelerated Instruction atau TAI) dan Strategi Baca dan Karang Sama (Coperative Integrated Reading and Composition atau CIRC)

Bentuk pembelajaran koperatif yang telah digunakan dalam kajian adalah kaedah STAD. STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman murid. Setiap murid akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap murid akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah murid itu sendiri.

2.2.5 Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbezabeza. Di antara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Murid (Student Teams-Achievements Divisions STAD ) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakanrakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University.

2.2.5.1 Belajar Bersama Johnson, Johnson dan Holubec (1990) mengemukakan lima unsur utama di dalam Belajar Bersama yang diberi penekanan iaitu saling bergantung yang positif, tanggungjawab individu dan kumpulan, interaksi secara bersemuka, kemahiran bersosial dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan kecil serta pemposesan secara kumpulan. Sebelum pembelajaran koperatif dilaksanakan, murid diberi beberapa latihan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan di samping melatih murid secara berkomunikasi di dalam kumpulan. Dibawah teknik ini, guru akan memberi tugasan yang mesti disiapkan secara kumpulan dan penilaian diberikan berdasarkan satu hasil tugasan bagi setiap kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing yang akan ditukar ganti. Peranan-peranan tersebut adalah membuat rumusan, mendapatkan bahan pembelajaran,

merekodkan keputusan kumpulan dan membuat laporan, menggalakkan ahli-ahli memberi sumbangan dan pemerhati dalam kumpulan. Pada akhir sesi kelas, murid akan berbincang di dalam kumpulan mengenai kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka. Apabila murid didedahkan dengan kemahiran penyelesaian konflik, ini menggalakkan interaksi berlaku sesama mereka dan membantu proses pembelajaran secara kognitif (Webb, 1982). Kemahiran tersebut menjadikan murid bersifat lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain. Dengan adanya penilaian secara berkumpulan menggalakkan murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka.

2.2.5.2 Pembelajaran Pasukan Murid Konsep utama di dalam teknik ini adalah ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya (Slavin, 1989,1990). Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh guru. Ia diberikan berdasarkan pencapaian semua ahli di dalam kumpulan. Tanggungjawab individu bermakna semua ahli bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi membolehkan kumpulan mereka menerima ganjaran. Ini mendorong ahli yang berkebolehan membantu rakan sekumpulan yang berkebolehan rendah

mempunyai inisiatif. Oleh itu semua murid berpeluang untuk berjaya.

Teknik Pembelajaran Pasukan Murid dikelaskan kepada Bahagian Pencapaian Pasukan Murid atau Student Teams- Achievements Divisions (STAD) dan Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan atau Team Assisted Individualizations (TAI) (Slavin, 1990).

2.2.5.3 Pembelajaran Individu Dengan Bantuan Pasukan (TAI) Teknik TAI dibentuk khusus untuk mata muridan matematik peringkat sekolah rendah (Slavin, 1990 : Slavin, Madden Stevens 1989/1990). Teknik ini menggabungkan pembelajaran individu dengan pembelajaran berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga lima ahli yang berbeza tahap kebolehan. Setiap murid akan menerima bahan pembelajaran yang mengandungi turutan yang tertentu. Mereka akan memmuridi topik Sains yang berbeza di dalam kumpulan bergantung kepada setakat mana penguasaan sesuatu topik. Murid yang berkebolehan rendah akan dibantu oleh murid yang berkebolehan didalam kumpulan mereka. Melalui pengajaran rakan sebaya membolehkan guru memberi pengajaran mengenai satu topik kepada sekumpulan kecil murid yang sedang memmuridi topik tersebut tanpa mengganggu pembelajaran murid lain. Berdasarkan pengiraan skor ujian dan skor kumpulan, ganjaran diberikan kepada kumpulan yang mencapai skor yang ditetapkan.

2.2.5.4 Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (STAD) Di bawah teknik STAD setiap kumpulan mengandungi empat hingga lima orang ahli yang bebeza tahap kebolehan,bangsa dan jantina.Struktur aktiviti STAD bermula dengan pencapaian guru secara kelas dan diikuti dengan murid membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberikan. Kemudian murid akan menjawab kuiz secara individu. Setiap murid mempunyai skor asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan dijumlahkan menjadi markah kumpulan .Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu akan diiktiraf sama ada sebagai kumpulan yang hebat atau juara.

2.2.6 Literatur Berkaitan Terdapat beberapa kajian yang membuktikan keberkesanan kaedah

pembelajaran koperatif seperti dinyatakan di bawah. 2.2.6.1 Kajian Luar Negara Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negara, didapati proses pengajaran pembelajaran dengan pendekatan

pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Hooper, 1992). Menurut Slavin (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec (1990) dan Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat

terhadap pembelajaran. Kagan (1992), mendapati pendekatan pembelajaran koperatif membantu murid menjadi kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan. Davidson (1990) telah membuat ringkasan terhadap banyak kajian oleh pengasas pembelajaran koperatif dan menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan pembelajaran koperatif. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori Interaksi Sosial Vygotskys menyatakan apabila murid belajar secara kopeartif dalam kumpulan, mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk mencapai potensi diri masing-masing jika dibanding dengan pembelajaran secara diri. Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan pembelajaran koperatif adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, aplikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu juga, didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan intelek, kumpulan etnik, kelas sosial dan keadaan fizikal. Kajian yang dibuat terhadap kesan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran Matematik dan Sains juga menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam Matematik.

Kajian Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif terhadap Matematik dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik juga meningkat. Dees (1991), melaporkan murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan terbaik apabila dapat bekerja dalam kumpulan kecil. Selain itu, beliau juga mendapati pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak yakin dan lemah dalam penyelesaikan masalah matematik. Rogers dan Freiberg (1994) pula berpendapat, murid lebih menyukai pengajaran yang tidak terlalu formal dan pembelajaran koperatif memenuhi syarat ini. Kaedah koperatif menggalakkan para murid mengajar sesama sendiri dan murid juga sebenarnya ingin berkongsi pendapat dengan guru dan rakanrakan. Murid juga membina persahabatan apabila bekerja secara kumpulan. Mereka belajar berkongsi, memberi dan mendapat bantuan dan mendengar pendapat rakan mereka. Mengikut pemerhatian pengkaji, murid- murid didapati aktif dan suasana tidak membosankan. Hasil temubual, ada murid yang menyatakan pembelajaran ini banyak membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang sukar difahami. Di samping itu, murid menyatakan bahagian yang mereka perlukan pertolongan untuk menambah kefahaman mereka. Justeru, pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai kebestarian seseorang individu dengan lebih bestari. Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang murid dapat meluah kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang menggunakan pelbagai

idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang lebih kreatif. Pembelajaran koperatif ini adalah antara kaedah yang digunakan untuk memenuhi kepelbagaian dalam gaya belajar seseorang individu kerana terdapat individu yang lebih suka belajar secara berkumpulan daripada berseorangan. Menurut Rogers dan Freiberg (1994) lagi, guru seharusnya sedar bahawa kadangkala murid-murid juga ingin berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan rakan-rakan dan guru-guru. Apalah salahnya jika para guru menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri. Setiap ahli mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan kumpulan mereka. Kejayaan individu menentukan kejayaan kumpulan, begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal, maka seluruh ahli kumpulan juga gagal. Sekiranya kumpulan itu berjaya bermakna semua ahli kumpulan berbangga dengan kejayaan tersebut.

2.2.6.2 Kajian Dalam Negara Dalam konteks di Malaysia pula, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat bahawa pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan pembelajaran koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka pembelajaran koperatif adalah amat sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia.

Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan pembelajaran koperatif ialah murid dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia perkerjaan pada masa akan datang. Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan muridan kursus Diploma Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah pembelajaran koperatif. Hasil kajian T. H. Gan (1999) mendapati bahawa pembelajaran koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran matematik. Manakala, T. H. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran koperatif adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama, mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan. Beliau juga berpendapat bahawa pembelajaran koperatif amat sesuai digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian. Kajian Jamilah Karim (1993) mendapati Kelas Tingkatan 1 Pembelajaran Koperatif mendapat skor yang lebih tinggi dari pencapaian kelas Tingkatan 1 tradisional. Murid menyatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan tetapi tidak mahu hanya teknik ini saja terus menerus. Penulis semasa memerhati kelas ini berjalan mendapati guru berjaya mengimplimentasikan teknik STAD ini dan

murid juga dapat menyesuaikan diri dengan teknik ini. Murid yang terdiri dari pelbagai etnik boleh bekerjasama dalam kumpulan. Dapatan kajian Zainab Hanim (2004) bagi sebuah sekolah rendah di Kajang menunjukkan bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif ini berkesan

untuk murid Tahun 3 dalam matapelajaran Matematik. Murid lebih berani bercakap, memberi pendapat, berkeyakinan diri dan dapat bergaul dengan murid yang lebih pandai.

2.2.7 Rumusan Kaedah koperatif telah lama diamalkan di negara-negara maju. Dapatan kajian di barat menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap diri murid apabila guru mengubah pengajarannya daripada konsep persaingan secara individu kepada persaingan berbentuk kumpulan. Dalam kajian yang lalu juga, semua pengkaji berpendapat bahawa kaedah koperatif merupakan kaedah yang berkesan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di mana kaedah yang berpusatkan kepada murid adalah lebih baik daripada kaedah yang berpusatkan kepada guru. Keberkesanannya pasti berupaya meningkatkan minat dan prestasi murid dalam proses pembelajaran.

You might also like