You are on page 1of 9

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI

1.0. PENGENALAN Permainan Kecil disebut juga Ppermainan bersyarat atau permainan mini. Aplikasi sesebuah permainan kecil melibatkan kemahiran-kemahiran asas.

mengandungi peraturan-peraturan yang minimum,

sedikit atau tiada alat yang

digunakan, tidak menggunakan masa yang panjang, ruang permainan yang sederhana atau kecil serta senang untuk dijalankan. Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini membantu dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Permainan kecil boleh digunakan dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani sebagai aktiviti memanaskan badan atau aktiviti untuk sesuatu kemahiran.

Selain itu, melalui permainan kecil juga murid dapat meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak. Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggalakan bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok. Salah satu kategori permainan kecil ialah kategori serangan. Permainan kecil jenis serangan pula adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan yang kerap dalam semua keadaan. Dalam permainan ini kebanyakan langkah yang digunakan adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi bagi mengekalkan posisi dan serangan semasa permainan. Permainan Awas Si Pundi merupakan permainan kategori serangan. Permainan ini melibatkan pergerakan asas lokomotor seperti berlari, bukan lokomotor seperti berdiri tegak dalam keadaan bersedia serta melibatkan manipulasi alatan seperti membaling pundi kacang. Selain itu, permainan ini juga memerlukan pemain menyusun strategi agar dapat melaksanakan tugasan yang disediakan dalam permainan ini iaitu menyusun penanda kon membentuk binaan yang telah ditetapkan.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI

2.0.

MATLAMAT

Matlamat utama permainan kecil

1. Meningkatkan kecergasan diri para pelajar berdasarkan kesihatan dan perlakuan motor. 2. Meningkatkan keupayaan domain-domain kecergasan pelajar; psikomotor, afektif dan kognitif. 3. Mencapai keupayaan dalam melakukan gerakan; lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. 4. Memupuk semangat kesukanan dalam diri para pelajar. 5. Membantu para pelajar mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri. 6. Menguasai konsep permainan asas mengikut kemampuan diri para pelajar.

3.0.

OBJEKTIF

Permainan kecil di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat beberapa objektif bagi memenuhi aspek domain perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. Domain psikomotor: 1. Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf, kepantasan, ketangkasan, dan daya tahan otot secara maksimum. 2. Murid dapat meningkatkan kemahiran beberapa pergerakan asas seperti membaling dan menyambut dengan tepat. 3. Mengukur kemampuan pelajar melalui pergerakan yang mereka hasilkan semasa melakukan aktiviti. 4. Murid dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

Domain kognitif: 1. Dapat merangsang pemikiran pelajar supaya lebih kreatif dalam melakukan gerakan untuk melepasi halangan dalam permainan kecil ini. 2. Dapat membandingbezakan permainan kecil ini dengan permainan tradisional yang sedia ada.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


3. Dapat membentuk pelajar yang mampu berfikir secara rasional dan kritikal untuk mencapai matlamat permainan kecil ini iaitu menyusun kon penanda tanpa dimatikan oleh pihal lawan. 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan ketika melakukan aktiviti dalam permainan kecil

Domain afektif: 1. Mewujudkan suasana ceria dalam kalangan pelajar. 2. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. 3. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana kondusif. 4. Menjadikan hubungan setia kawan semakin erat.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


4.0. BUTIRAN PERLAKSANAAN PERMAINAN

Tarikh : 12 September 2012 Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi Tempat : Gelanggang bola tampar IPG Kampus Ilmu Khas Kumpulan sasaran : Guru pelatih PISMP semester 2 (G2.3) Bilangan peserta : 8 orang (dibahagikan kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan 4 orang) 5.0. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Puan Rozila binti Mohd Isa Pembimbing Permainan : Mohamad Suhaidi bin Mohd Sujak Pengadil dan Penjaga Garisan : Nasita binti Badurun AJK Peralatan : Mohammad Nizam bin Abdul Majid AJK Pemarkahan/ Masa: Nur Najmi Syamila binti Mohd Sakari

6.0.

SENARAI SEMAK PERMAINAN

Sebelum Permainan Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan. Melantik ahli jawatankuasa perlaksanaan permainan serta senarai tugas masingmasing. Mengadakan mesyuarat untuk berbincang dan merancang permainan kecil. Membuat kertas kerja permainan kecil. Mengumpul maklumat dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan permainan kecil. Memastikan tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain sebelum aktiviti permainan dijalankan. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan. Menyedia dan menyusun peralatan untuk permainan di gelanggang.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


Semua peserta permainan berada di gelanggang sebelum 8.00 pagi dan berpakaian sukan yang kemas. Sebelum permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Menyediakan peti pertolongan cemas sebagai langkah keselamatan.

Semasa Permainan Memberi taklimat ringkas tentang prosedur perlaksanaan permainan, aspek keselamatan dan peraturan permainan. Memastikan bilangan peserta mencukupi bagi setiap kumpulan. Membuat demostrasi permainan. Pengadil, penjaga garisan dan penjaga masa perlu berada di gelanggang sepanjang permainan dijalankan. Memerhatikan aspek keselamatan semasa permainan.

Selepas Permainan Peserta permainan dikumpulkan di tengah gelanggang mengikut kumpulan untuk mengumumkan keputusan permainan. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa permainan dijalankan. Mengemas semua peralatan permainan Membersihkan gelangganG

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


7.0. 7.1. 7.2. 7.3. BUTIRAN PERMAINAN Kategori : Serangan Nama permainan : Awas Si Pundi Peralatan yang digunakan :

Pundi kacang

Kon kecil

Kon penanda

Skittle

Jersi (beep)

Wisel

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


7.5. Syarat permainan 1. Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan bertahan dan kumpulan penyerang.. 2. Kumpulan bertahan dibekalkan dengan 2 buah kon. 3. Manakala, kumpulan penyerang dibekalkan dengan 2 buah pundi kacang. 4. Kumpulan bertahan perlu menyelamatkan diri / mengelak daripada dimatikan menggunakan pundi kacang oleh pihak lawan. 5. Pada masa yang sama, kumpulan yang bertahan dikehendaki untuk menyusun kon penanda membentuk suatu binaan di kawasan yang ditetapkan. 6. Kumpulan bertahan boleh mematikan pihak lawan dengan cara menyambut pundi kacang menggunakan kon. 7. Pemain daripada kumpulan penyerang yang memegang pundi kacang tidak dibenarkan bergerak semasa membuat balingan. 8. Balingan kepada pasukan bertahan tidak melebihi paras dada. 9. Pemain yang telah dimatikan dikehendaki keluar daripada gelanggang. 10. Masa permainan ialah selama 7 minit. 11. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah pungutan mata. Kumpulan dengan mata tertinggi dikira sebagai pemenang. 12. Kaedah pemberian mata adalah seperti berikut. KRITERIA Berjaya menyusun kon penanda dengan betul. Kekal sebagai pemain yang hidup 1 markah MATA 2 markah

sehingga tamat permainan.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


7.6. Bentuk Kemahiran

1. Menyerang 2. Mempertahankan diri/mengelak 3. Menyusun strategi 4. Menghalusi fine motor (melalui aktiviti menyusun kon)

7.7.

Aspek keselamatan

1. Balingan pundi kacang kepada pihak lawan tidak melebihi paras dada. 2. Tidak dibenarkan memukul pihak lawan menggunakan kon atau sebarang peralatan yang ada. 3. Tidak dibenarkan melakukan body contact semasa bermain. 4. Semua peserta wajib memakai pakaian sukan yang lengkap berserta kasut.

7.8.

Variasi

1. Berlari sambil membaling pundi kacang. 2. Mengelak/mempertahankan diri menggunakan kon. 3. Mengelak daripada serangan sambil menyusun strategi untuk menyusun kon penanda.

PERMAINAN KECIL AWAS SI PUNDI


8.0. RUMUSAN

Melalui permainan kecil Awas Si Pundi ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran asas. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah kemahiran asas membaling dan menyambut pundi kacang/ Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas yang ingin diajar. Tambahan pula, melalui permainan Awas Si Pundi ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut pundi kacangdaripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak Awas Si Pundi bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Rozila yang telah bersusah-payah mengajar kami. Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang selalu memberi semangat dan nasihat kepada kami serta ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak membantu kami sepanjang tempoh melaksanakan kerja kursus ini.

You might also like