You are on page 1of 5

UNIT KOKURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) BAGI LATIHAN PERGURUAN KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2011 FASA 4

TARIKH : 4 6 Julai 2012 BERTEMPAT DI : Kg. Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor

Disediakan Oleh: UNIT KOKURIKULUM Institut Pendidikan Guru Kampus lmu Khas Jun 2012

KERTAS CADANGAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) BAGI LATIHAN PERGURUAN KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2011 FASA 4
__________________________________________________ 1. PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) bagi kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 4 Ambilan Januari 2011 Fasa 4 adalah berteraskan aktiviti khidmat masyarakat. Program ini akan berlangsung selama tiga hari dua malam (3h2m) yang mewajibkan pelajar-pelajar menjalani kehidupan bersama masyarakat setempat khususnya keluarga angkat, melaksanakan program pembangunan pendidikan, aktiviti kerohanian dan bersama pemimpin masyarakat setempat. Program yang dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan proforma kursus BIG yang bermatlamat untuk membentuk insan guru mulia yang menjadi asas pembentukan masyarakat dan kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Program Bina Insan Guru merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Kurikulum Bina Insan Guru digubal dengan mengambil kira usaha menterjemah ketiga-tiga aspek yang menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu: i. Pengetahuan : Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Kemahiran : Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan aspek how to dengan memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelaksanaan kurikulum. Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion keguruan.

2.2

ii.

iii.

3.

ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Program Bina Insan Guru mula dilaksanakan pada Januari 2001 bagi memenuhi keperluan Latihan Perguruan Praperkhidmatan. Program ini menekankan unsurunsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada prinsip rukun negara. Program ini mula dikelolakan oleh Unit Kokurikulum bermula Januari 2012 yang mengambil alih fungsi ini daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pihak Institut hendaklah memastikan setiap pelajar telahpun mengikuti Program BIG sebelum tamat pengajian.

3.2

3.3

Sukatan Pelajaran bagi Program BIG telah menetapkan pakej wajib perkhemahan dan khidmat masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti yang digariskan dan Sukatan Pelajaran bagi Program BIG Fasa 4 bagi PISMP adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Latihan Dalam Kumpulan Intrapersonal/Interpersonal Sepetang bersama pemimpin setempat Aktiviti bersama keluarga angkat Khidmat masyarakat setempat. Program Kerohanian

3.4

4.

CADANGAN 4.1 Mengadakan Program Bina Insan Guru: Program Bina Insan Guru(BIG) Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011(Fasa

4).
4.2 Objektif Program Bina Insan Guru : Melalui Program Bina Insan Guru pelajar dapat : i. ii. iii. iv. v. vi. menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. meningkatkan ketahanan mental dan fizikal meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat meningkatkan memahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian

4.3

Butiran Program BIG yang akan dijalankan adalah seperti berikut: 4.3.1 Program : Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan PISMP Ambilan Januari 2011 Semester 4 : 4-6 Julai 2012 : Kg. Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor. : 210 peserta : Khidmat masyarakat Perkhemahan 2 (3 Hari 2 Malam)

4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.4

Tarikh Tempat Peserta Mode

4.4

Tentatif program

: LAMPIRAN A

5.0

Jawatankuasa Pelaksanaan Program

Bina Insan Guru(Big) Kumpulan PISMP

Ambilan Januari 2011(Fasa 4). 5.1 Ahli Jawatankuasa Induk Program BIG PISMP Semester 4
Penaung En. Shaari Osman Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas Pn. Hjh. Rohana Kamaruddin Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas En. Mohd Dahlan Abd Kadir Ketua Unit Kokurikulum Encik Dzulkapli bin Wagini Encik Mat Johan bin Mamat Encik Kahar bin Zainuddin Encik Baharuddin Kamaludin Pegawai BIG Puan Salmawati binti Mohd Diah Haji Abdul Mutallip bin Abd Ghani Encik Noorizan bin Khalid Puan Munah binti Musa Puan Hasnah binti Abu Samah Puan Hew Siew Voon Encik Amir Hamzah bin Aman Puan Saloma binti Abdullah Haji Amri bin Abdul Ghaffar Encik Teo Kian Joo Encik Mohd Sohaimi bin Ramly Encik Mohamed Afiq bin Mohamed Fuad

Penasihat

Pengerusi

Penyelaras P/Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK Aktiviti AJK Quatermaster AJK Program LDK AJK Penilaian AJK Kebajikan dan Keselamatan AJK Pengangkutan AJK Publisiti dan Dokumentasi AJK Kerohanian AJK Teknikal

5.2 AJK Pengelola

6. 0

IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Perbelanjaan Pelaksanaan Program Bina Insan Guru(BIG) Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011(Fasa 4) Dan Kumpulan PGSR Ambilan November 2009(Fasa 6).
Bil Program
PISMP Ambilan Januari 2011 PISMP Ambilan Januari 2011

Jumlah (Org)
210 orang 210 orang

Program BIG Perkhemahan 2 (3 Hari 2 Malam) Makan Perkhemahan 2 (3 Hari 2 Malam) Sewa tapak, dewan, siaraya

Masa 4 - 6 Jul 2012 4 - 6 Jul 2012

Kos (RM26.00/org) 210 x 2 x RM16 210 x 2 x RM10

Jumlah (RM) 6720.00

4200.00

JUMLAH BESAR 10, 920.00

6.2 Perbelanjaan Pengangkutan Peserta Program Bina Insan Guru(BIG) Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011(Fasa 4).
Jumlah Peserta/ Siri
210 orang

Bil 1

Program
PISMP Ambilan Januari 2011

Masa 4 - 6 Jul 2012

IPG KIK 1 bas

Bas & Kos Bas Sewa Kos (RM2000.00) 4 bas

Kos (RM) 8,000.00

JUMLAH BESAR 8,000.00

6.3 Jumlah Keseluruhan Implikasi Kewangan Bil 1 2 Perkara


5.1 Perbelanjaan Pelaksanaan Program Bina Insan Guru(BIG) Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011(Fasa 4). 5.2 Perbelanjaan Pengangkutan Peserta Program Bina Insan Guru(BIG) Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011(Fasa 4).

Jumlah
10,920.00 8,000.00

JUMLAH BESAR RM18,920.00


7. PENUTUP

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk diberi pertimbangan dan kelulusan terhadap Program Bina Insan Guru(BIG) Bagi kumpulan PISMP Fasa 4 Ambilan Januari 2011.

Disediakan oleh:

You might also like