You are on page 1of 1

Alu-aluan pengetua Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera Syukur kepada Ilahi atas izin dan kurniaanNya, kita

dapat menyambut Hari Graduasi SMK Kelana Jaya Kali Pertama 2012. Syabar dan tahniah kepada semua graduan Tingkatan Lima yang bersama pada hari ini kerana akan menerima pengiktirafan yang besar lagi bermakna. Saya percaya Majlis Graduasi ini bakal menjadi pembakal semagat kepada para graduan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula pada 5 November 2012 dengan keyakinan yang tinggi. Diharap para graduan lebih bersedia dari aspek psikologi di samping telah cukup bersedia dengan ilmu pengetahuan yang ada untuk menduduki peperiksaan SPM ini bagi mencapai keputusan yang cemerlang bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan bagi mengharumkan nama SMK Kelana Jaya. Seluruh guru SMK Kelana Jaya sentiasa berdoa agar para graduan memperolehi keputusan yang cemerlang kerana memperolehi keputusan SPM yang cemerlang penting bagi meneruskan cita-cita untuk menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Berbekalkan sijil graduasi yang diterima pada majlis ini, serta diiringi doa dan harapan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, saya yakin, InsyaAllah para graduan akan menjadi insan yang cemerlang. Akhir kata, Selamat Maju Jaya!

ZAHARAH BT YAAKOB Pengetua SMK Kelana Jaya

You might also like