You are on page 1of 23

Ko-kurikulum dan Rekreasi |1

UNIT PELAJARAN 1
DEFINISI, KONSEP DAN LATAR BELAKANG AKTIVITI KOKURIKULUM DAN REKREASI HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep ko-kurikulum dan rekreasi. 2. Menjelaskan definisi dan konsep kokurikulum dan rekreasi bagi murid berkeperluan khas. 3. Mentakrif definisi dan konsep kokurikulum dan rekreasi murid berkeperluan khas. 4. Menyenaraikan jenis- jenis kokurikulum dan rekreasi yang sesuai bagi murid berkeperluan khas. 5. Mengenalpasti jenis- jenis penyesuaian yang perlu dibuat terhadap kokurikulum dan rekreasi murid berkeperluan khas

PENGENALAN
Kokurikulum di sekolah merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di antara murid berbilang kaum. Di samping itu juga, dapat melatih murid-murid bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu bidang yang disertai oleh mereka. Mengikut Laporan Kabinet 1979, aktiviti kokurikulum merangkumi pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan, serta sukan. Aktiviti kokurikulum ini penting untuk semua murid di setiap peringkat persekolahan. Maka, semua murid adalah diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya dalam sebuah kelab atau persatuan dan juga digalakkan memilih sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasakan gerak kerja terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum adalah kegiatan atau gerak kerja yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pembelajaran formal di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Kokurikulum ialah aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran terancang yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Kokurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kokurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara.

Ko-kurikulum dan Rekreasi |2

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995, bertarikh 31.12.1997 menghuraikan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

KONSEP KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri . Aktiviti ini boleh dijalankan sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di dalam bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Falsafah pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan rekreasi ini adalah untuk mengimbangkan JERI. Selain itu, murid-murid yang mempunyai bakat dapat memajukan bakat mereka dan mendidik diri mereka sendiri. Pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar untuk keperluan masyarakat melalui aktiviti kokurikulum. Di samping itu, masyarakat juga turut bertanggungjawab untuk mendidik pelajar. Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini tidak termasuk dalam jadual waktu mata pelajaran sekolah. Aktiviti kokurikulum merupakan pelbagai aktiviti pendidikan di luar. Sukatan Pelajaran dan disertai oleh pelajar-pelajar mengikut minat masing-masing atau kepandaian istimewa diri mereka. Maka, tujuan utama merangkumi kokurikulum dalam kurikulum formal ialah memupuk minat, kegemaran dan kepandaian istimewa pelajar, mengembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kesihatan jasmani dan kemahiran pemikiran, memupuk nilai moral, estetika, rohani dan sosial serta melapangkan jiwa murini pelajar berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT KOKURIKULUM
Matlamat aktiviti kokurikulum ialah membentuk perpaduan dan integrasi nasional serta disiplin pelajar. Melalui aktiviti kokurikulum dan rekreasi, murid dapat pengalaman yang seimbang dan menyeluruh. Matlamat kokurikulum ini juga ialah untuk memberi latihan kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan kepada murid-murid. Hal ini demikian, kerana murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah. Kokurikulum ini bermatlamat untuk memperkembangkan mental, sosial, jasmani dan rohani murid secara optimum serta meningkatkan integrasi dan interaksi kaum. Selain itu, kokurikulum ini dapat mengukuhkan dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah serta memperluas

Ko-kurikulum dan Rekreasi |3

pengalaman murid dalam bidang tertentu. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang murid dengan berfaedah dan memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan kendiri masing-masing. Di samping itu, kokurikulum juga dapat menggalakkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
Kurikulum juga mempunyai objektifnya tersendiri iaitu, membekalkan pelbagai aktiviti kepada murid-murid mengikut kebolehan dan bakat masing-masing. Selain itu, dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mencapai tahap kecerdasan yang diingini. Di samping itu, aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain serta memupuk semangat toleransi dan sifat-sifat murni dalam kalangan mereka. Kokurikulum juga memupuk semangat berpasukan melalui pergaulan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

PERANAN KOKURIKULUM
Antara peranan kokurikulum, ialah dapat mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperoleh di dalam bilik darjah. Selain itu, dapat memupuk dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar dan juga antara sekolah dan masyarakat. Aktiviti kokurikulum ini juga dapat memberikan pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sikap yakin diri sendiri dan berdikari. Di samping itu aktiviti kokurikulum ini dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah selain dapat memelihara kesihatan fizikal dan mental. Berbagai jenis program aktiviti kokurikulum yang ditawarkan hendaklah memenuhi kehendak dan keperluan minat, tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dan juga tertakluk kepada kemampuan sekolah dari segi tenaga pengajar yang berkebolehan dan prasarana sekolah.

DEFINISI REKREASI
Rekreasi berasal daripada Bahasa Latin, Recreatio iaitu memulihkan dan menyegarkan. Rekreasi sering dianggap sebagai aktiviti yang merehatkan, untuk memperolehi tenaga semula selepas penat bekerja. Mengikut Knapp (1981), rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Rekreasi adalah gabungan antara main dan masa lapang Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Aktiviti ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman (1985), telah mendefinisikan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Rekreasi adalah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronakan, ketenangan minda dan

Ko-kurikulum dan Rekreasi |4

merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu rekreasi dalam (in door) seperti badminton, boling, squash dan komputer games. Rekreasi luar (out-door) seperti bola sepak, perkhemahan, memancing. Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Aktiviti rekreasi adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Program ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

MATLAMAT REKREASI
Matlamat rekreasi adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Aktiviti rekreasi ini haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika dan perpaduan.

KEPENTINGAN REKREASI
Aktiviti rekreasi ini membolehkan murid mempelajari kemahiran mengendalikan aktiviti harian yang positif terutamanya kemahiran yang berbentuk rekreasi dan beriadah. Selain itu, murid dapat menguruskan kehidupan dengan lebih bersistematik dan berkeyakinan. Murid-murid juga dapat membentuk sikap positif dan nilai-nilai murni. Mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Membekalkan diri dalam perkembangan potensi diri mereka. Menguasai keseimbangan kemahiran-kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan. Rekreasi bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pendedahan luar.

SEJARAH REKREASI
Pandangan terhadap rekreasi telah banyak berubah. Sejak zaman dahulu, manusia sudah memiliki waktu luang. Namun, mereka terikat dalam pembuatan barang-barang tembikar, patung, lukisan, muzik, drama, dan kegiatan atletik. Rekreasi biasanya dilakukan ketika seseorang memiliki waktu luang, ketika dia bebas dari pekerjaan atau tugas, setelah kepenatan seharian bekerja. Pada abad ke-20, membawa perubahan yang sangat drastik dalam rekreasi. Revolusi industri, kemakmuran, urbanisasi, dan perkembangan pengankutan memberikan waktu, peluang dan kesempatan yang lebih banyak kepada orang ramai untuk bersenangsenang dan berekreasi pada waktu senggang. The National Recreation and Park Association (dulunya dikenal sebagai The National Recreation) didirikan pada tahun 1906. Gerakan kepramukaan, Campfire Girls, YMCA, YWCA, dan organisasi-organisasi lainnya, semuanya memberikan keutamaan kepada rekreasi. Zaman sekarang, rekreasi telah menjadi sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup. Jika kita melihat pada masa yang akan datang, masalah-masalah untuk menyediakan rekreasi yang bermanfaat boleh meningkat semakin banyak. Menurut Ungku Aziz (2001), aktiviti rekreasi difahami sebagai aktiviti masa lapang yang merehatkan dan membina, aktiviti rekreasi ini telah wujud sejak awal kependudukan masyarakat Melayu lama di negara ini. Nordin Selat (1976) pula memetik penulisan Swettenham (1948) yang menyatakan bahawa Aktiviti masa lapang

Ko-kurikulum dan Rekreasi |5

dalam kalangan Kelas Tengah Adminitrative Melayu adalah termasuk memburu, belayar sepanjang coasline, kuda dan menunggang gajah, ayam sabungan, raga sepak dan layanglayang. Penjajahan telah mengubah corak aktiviti masa lapang dan rekreasi masyarakat Malaysia. Portugis (1511-1641) meninggalkan beberapa kesan bahasa dan budaya tarian di Melaka. Bagaimanapun pengaruh budaya Belanda (1641-1824) kurang setara, Cuma ada tinggalan bangunan lama. Penjajahan Inggeris (bermula1824 di Singapura, 1874 di Perak telah memperkenalkan banyak sukan moden seperti tenis, bola sepak, kriket dan sepertinya. Sukansukan moden juga dibawa dan dikembangkan oleh kaum imigran Cina dan India pada masa itu. Pada awal tahun 1950an, persatuan-persatuan sukan Malaya mula bergabung di bawah naungan Federation of Malayan Olympic Council. Pada tahun 1987, Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan menyelaraskan pembangunan sektor sukan dan rekreasi di Malaysia. Maklumat sejarah awal dan perkembangannya di atas menjelaskan kepada kita bahawa konsep rekreasi telah wujud di Malaysia sejak zaman Melayu awal. Skop kefahaman masyarakat Malaysia terhadap rekreasi ialah dari perspektif masa lapang (bukan satisfaction atau state of mind).

SEJARAH KO-KURIKULUM DAN REKREASI SEJARAH SUKAN


Sejarah sukan mungkin menjangkau seawal kewujudan manusia sebagai makhluk yang aktif yang digunakan untuk tujuan tertentu. Sejarah sukan dapat mengajar manusia tentang perubahan sosial dan sifat sukan itu sendiri. Sukan adalah cara yang berguna untuk orang ramai bagi meningkatkan penguasaan semula jadi dan persekitaran. Sukan juga melibatkan kemahiran asas manusia yang dijalankan untuk kepentingan diri. Hakikatnya sukan dipercayai wujud sekurang-kurangnya 2500 ribu tahun dulu termasuklah hurling (hampir sama seperti hoki) di Ireland, harpastum (sama seperti ragbi) di Rom, polo di Parsi , cuju (sama seperti persatuan bola sepak). Terdapat artifak dan struktur yang menyatakan bahawa orang cina terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan seawal 2000 SM. Gimnastik merupakan sukan yang popular di zaman China purba. Tugu peringatan Firaun yang menunjukkan bahawa beberapa sukan termasuk berenang dan memancing, berkembang dan diselia beberapa ribu tahun lalu di Mesir purba. Antara sukan lain di Mesir termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Parsi purba pula mempunyai sukan seni pertahanan tradional Iran.

SEJARAH SUKAN PARALIMPIK


Sukan bagi atlet kurang upaya telah wujud lebih dari 100 tahun. Pada abad ke-18 dan ke-19 sumbangan telah dibuat bagi membuktikan bahawa aktiviti sukan ini sangat penting dalam memberikan pendidikan semula dan rehabilitasi bagi individu yang kurang upaya. Melalui perang dunia ke II, cara tradisional rehabilitasi tidak memenuhi keperluan perubatan psikologi sejumlah besar askar-askar dan orang ramai yang kurang upaya. Atas permintaan kerajaan British, Dr Ludwig Guttman telah mengasaskan pusat kecederaan saraf tunjang kebangsaan (National Spinal Injuries Centre ) di hospital Stoke Mandeville di Great Britain pada tahun 1944. Guttman telah memperkenalkan sukan sebagai rekreasi dan sebagai bantuan bagi rawatan

Ko-kurikulum dan Rekreasi |6

perubatan dan rehabilitasi. Pada 28 julai 1948, pada hari majlis pembukaan sukan olimpik di London, sukan Stoke Mandeville telah diwujudkan dan acara pertama bagi atlet dengan kecederaan saraf tunjang diadakan di padang hospital Stoke Mandeville. Selepas itu, sukan Stoke Mandeville telah diadakan setiap tahun. Pada tahun 1960, sukan kebangsaan Stoke Mandeville telah diperkenalkan buat kali pertama di negara dan bandar yang sama dengan sukan Olimpik di Rom. Sukan ini dimasukkan ke dalam sejarah sebagai sukan paralimpik pertama. Sukan paralimpik musim sejuk diadakan di Ornskoldsvik, Sweden pada tahun 1976.

KEBAIKAN KOKURIKULUM
Setiap perkara yang dilaksanakan mesti mempunyai kebaikan dan keburukan sehingga dapat memberikan kesan kepada perlaksanaan yang dirancang begitu juga dengan perlaksanaan kokurikulum. Kokurikulum juga dilaksanakan untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut tahap keupayaan murid-murid tersebut. Kokurikulum standard berbeza dengan kokurikulum murid bekeperluan khas dan ia mempunyai kebaikan yang tersendiri. Kegiatan kependidikan yang memberikan kesan serta fungsi untuk membantu dan membolehkan murid-murid mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah. Selain itu, kokurikulum juga boleh diaplikasikan melalui ilmu penegtahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada pembelajaran secara formal atau tidak formal di dalam bilik darjah. Melatih murid berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri serta ia dapat mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam bidang-bidang yang diceburi. Kebaikan ini juga dapat dilihat dari aspek nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri murid seperti kerjasama, semangat berpasukan dan perpaduan dalam satusatu aktiviti yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu, penglibatan kokurikulum oleh murid-murid sedikit sebanyak dapat menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan kecekalan dalam menghadapi setiap masalah dan cabaran. Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah sekiranya murid tidak melibatkan aktivit kokurikulum yang di adakan di sekolah atau di luar sekolah. Sikap ketika berinteraksi dengan rakaan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekeliling boleh mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera ketika mengisi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah di samping dapat membina kesihatan dan kesejahteraan diri. Meningkatkan pengukuhan dan pengayaan. Melalui pengukuhan dan pengayaan ia dapat dikembangkan melalui pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Menerapkan konsep khidmat masyarakat melalui penglibatan murid, guru dan kakitangan sekolah dengan bertujuan untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-

Ko-kurikulum dan Rekreasi |7

royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu. Hobi dan rekreasi dapat dilakukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah,menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/ cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing. Memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran bagi Kemahiran Hidup ialah seni bina, pertukangan, membaiki radio dan TV, mekanik, kimpalan dan lain-lain. Bagi Sains Pertanian pula ialah aktiviti berkebun, berternak dan lain-lain. Manakala aktiviti seperti gubahan, jahitan, memasak, dan perhiasan ialah mata pelajaran bagi Ekonomi Rumah Tangga. Akhir sekali mata pelajaran Seni Lukis yang melibatkan aktiviti seperti seni lukis, tenunan, kraftangan, seni ukir, anyaman, membuat gasing, wau, tembikar, papan congkak, sangkar burung, tudung saji dan lain-lain. Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan daya kreatif dan pengetahuan murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh institusi luar sekolah dalam bidang-bidang tertentu, di samping dapat menarik minat mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini, pihak sekolah haruslah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti yang baru dan lebih menarik supaya dapat meningkatkan lagi minat pelajar dalam setiap aktiviti yang diceburi.

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan. Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih murid membiasakan penjagaan kebersihan diri yang tergolong dalam aspek kesihatan diri. Contonnya aktiviti Pasukan Badan Beruniform yang mementingkan pakaian dan perawakan yang kemas dan teratur serta pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan. Peningkatan disiplin melalui aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu.

JENIS-JENIS KO-KURIKULUM DAN REKREASI


Diperingkat sekolah, terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum iaitu, sukan dan permainan, persatuan dan kelab serta pasukan pakaian seragam (unit beruniform). Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah bertujuan mengembangkan potensi, bakat dan kepimpinan pelajar dalam bidang jasmani, sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Di samping membentuk sahsiah dan sikap yang positif. Ko-kurikulum merupakan satu komponen yang luas dan melibatkan aktiviti yang dilakukan dan dijalankan sama ada dalam bentuk sukan fizikal mahupun sebaliknya. Pada masa kini di Malaysia secara amnya, aktiviti ko-kurikulum ini menjadi satu kewajiban kepada semua pelajar dan murid dalam memastikan keseimbangan dalam bidang

Ko-kurikulum dan Rekreasi |8

akademik. Dasar kerajaan yang menyarankan satu murid satu sukan memperlihatkan lagi bahawa bidang ko-kurikulum ini sangat penting kepada semua murid. Hal ini juga tidak menjadi penghalang kepada murid berkeperluan khas untuk turut serta dalam saranan kerajaan ini. Tambahan pula, ko-kurikulum ini juga menjadi penentu kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ko-kurikulum atau lebih ringkas dipanggil aktiviti sukan ini mempunyai tujuan yang tertentu. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Ko-kurikulum boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu sukan dan permainan, badan beruniform dan kelab dan persatuan. Ketiga-tiga jenis ko-kurikulum ini dapat melatih murid menjadi pemimpin dan menimbulkan sifat kepimpinan dalam aktiviti. Selain itu juga, aktiviti yang disertai juga dapat melatih murid untuk berdikari sendiri contohnya dalam perkhemahan tahunan terutama dalam aktiviti memasak makanan sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan. Seterusnya aktivitinya yang disertai oleh murid juga dapat melatih murid mematuhi disiplin dan arahan daripada ketua. Hal ini sangat penting dalam memenuhi keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama dapat dititik beratkan bersama-sama. Dalam merancang program aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah, beberapa faktor harus diambil kira oleh sekolah seperti kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar ataupun di dalam kawasan bandar dan berhampiran dengan kemudahan-kemudahan yang dipunyai oleh agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, dan sebagainya. Selain itu, kemampuan kewangan sekolah juga sangat penting. Adalah sebaiknya sekolah memperuntukan jumlah kewangan yang berpatutan untuk pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti bagi pembelian peralatan, penyewaan kemudahan, bayaran perjalanan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang berdekatan supaya tidak terlalu banyak membuang masa ke tempat-tempat berkenaan. Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga penting dalam menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh berjalan. Latihan dan bantuan bolehlah didapatkan daripada Jabatan Pendidikan KoKurikulum dalam memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Pertandingan peringkat kawasan, daerah atau negara yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian di Jabatan Pendidikan KoKurikulum, Kementerian Pendidikan. Ertinya perancangan program aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu mengikut jadual program pertandingan yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum supaya penyertaan pelajar boleh ditingkatkan dan pemilihan bagi perwakilan sekolah. Konsep utama dalam kokurikulum adalah merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Menyediakan peralatan dan kemudahan yang lengkap dan terkini sangat penting dalam memastikan perjalanan setiap aktiviti. Tambahan lagi, menggalakkan penyertaan orang luar dalam program aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti menjadi jurulatih sukan dan permainan dapat menarik minat peserta untuk meningkatkan lagi keinginan dan prestasi atau bakat yang ada pada diri mereka. Selain itu aktiviti kokurikulum ini juga memupuk semangat kemasyarakatan setempat dan mengeratkan lagi pertalian antara pelajar-pelajar, guru dan ahli masyarakat. Tuntasnya, aktiviti kokurikulum ini meliputi keseluruhan aspek dalam kehidupan tidak kira untuk diri sendiri mahupun masyarakat.

Ko-kurikulum dan Rekreasi |9

Namun begitu, keupayaan atau kekuatan antara murid berkeperluan khas dengan murid tipikal adalah berbeza. Perbezaan boleh dibezakan melalui objektif atau matlamat yang ingin dicapai. Fokus kepada murid berkeperluan khas adalah untuk memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Hasil daripada aktiviti kokurikulum ini murid dapat memperkembangkan lagi aktiviti sosial mereka dan menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan orang lain selain daripada keluarga mereka. Dalam aktiviti kokurikulum ini juga murid dapat memperkukuhkan hubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid dalam sekolah yang sama mahupun sekolah. Contohnya ketika pengajaran p&p pendidikan jasmani di padang, murid-murid bermain bersama-sama. Selain itu juga, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum ini dapat membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas terhadap aktiviti gerak kerja yang perlu dan ingin mereka setiap. Hal ini dapat mengcungkil bakat terpendam mereka. Tambahan pula, kokurikulum ini juga memperkenalkan pengalaman secara menyeluruh dan keseimbangan yang setara dengan tahap kebolehan murid. Keupayaan sebenar murid dapat diketahui dan tidak berlaku keupayaan tahap yang melampauan keupayaan sebenar murid. Perjalanan aktviti kokurilum ini turut menyumbangan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronok. Pada kebiasaannya, murid berkeperluan khas akan terlalu seronok jika aktiviti yang mereka sertai itu mampu memberi kepuasan keseronokan yang mereka rasai tambahan lagi jika aktiviti kokurikulum ini telah membentuk keyakinan diri terhadap aras penyediaan menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan

Badan Beruniform
Badan beruniform wajib disertai oleh setiap pelajar . Contoh badan beruniform adalah seperti pengakap, persatuan bulan sabit merah, kadet, puteri islam, pandu puteri dan sebagainya. Penglibatan murid dalam badan uniform ini akan memberi kebaikan kepada murid terutama dalam menjalani kehidupan harian. Pelajar juga dapat mengetahui dan mempelajari banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada caracara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah. Fokus kepada pelajar yang berkeperluan khas pula, aktiviti yang dijalankan dalam badan uniform ini akan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari dan mencuba sendiri mengikut keupayaan yang ada pada mereka. Pengalaman yang di terima semasa perkhemahan ataupun melalui aktiviti yang telah dijalankan dalam badan beruniform ini mampu untuk diterapkan dan dipraktikan kepada pelajar berkeperluan khas. Hal ini membuktikan bahawa orang berkeperluan khas juga mampu untuk hidup berdikari dan menjalankan pelbagai aktiviti secara bebas sama seperti orang normal yang lain. Selain itu juga, mereka juga dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti lain sewaktu perkhemahan dijalankan contohnya mendaki, berjoging, menjalankan aktiviti lasak dan berbasikal. Lumrah setiap manusia di dunia ini mahu mencuba segala yang orang lain boleh buat. Oleh yang demikian, peluang harus diberikan kepada murid berkeperluan khas ini untuk mencuba dan merasa sendiri menikmati keseronokan dalam melakukan aktiviti ini. Peluang harus diberikan agar tidak berlaku sebarang

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 10

diskriminasi antara orang kurang upaya dengan orang tipikal. Hal ini kerana semuanya adalah makhluk Allah. Jadi kita tidak seharusnya memperkecilkan keupayaan mereka.

Kelab dan Persatuan


Penglibatan kelab dan persatuan amat penting. Jika dilihat secara rawak telah banyak badanbadan pertubuhan mahupun kelab yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab dan persatuan yang ditubuh mempunyai matlamat dan cita-cita sendiri yang ingin di gapai. Jadi tidak hairanlah bagi orang berkeperluan khas juga mempunyai persatuan dan kelab masingmasing. Contohnya Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang-orang cacat, dan lain-lain persatuan. Namun begitu, tujuan utama persatuan untuk orang kurang upaya ini ditubuhkan adalah untuk memberi motivasi dan semangat kepada setiap ahli mereka dalam berdepan dengan orang ramai mahupun untuk pencapaian kendiri. Kelab dan persatuan di sekolah pula seperti kelab catur, kelab reka cipta, kelas seni kreatif dan sebagainya manakala persatuan pula terdiri daripada persatuan Bahasa Melayu, persatuan Matematik, persatuan Sejarah dan lain-lain. Penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan ini dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Sukan dan Permainan


Sukan ialah salah satu aktiviti riadah dan dapat menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi serta peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum. Minat dan sokongan kepada pelajar dalam bidang sukan ini akan melahirkan atlit yang berjaya. Contoh sukan dan permainan adalah seperti sukan olahraga, renang, kayak, tenis, bola sepak, bola keranjang, badminton dan sebagainya. Namun bagi orang berkeperluan khas, sukan ini perlu disesuaikan mengikut keperluan dan diubahsuai cara dan peraturan permainan. Ubahsuai atau modifikasi dilakukan agar orang kurang upaya ini juga berhak untuk melibatkan diri dalam dunia sukan. Jadi tidak hairanlah segelintir orang kurang upaya berlumba-lumba ditambah dengan minat yang mendalam untuk melibatkan dalam dunia sukan seterusnya layak dalam menyertai sukan dalam negara mahupun luar negara. Penampilan atlit bagi berkeperluan khas juga memerlukan keazaman yang tinggi seperti orang normal kerana segala kejayaan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 11

yang diperolehi memerlukan usaha dan daya usaha yang kuat. Walaupun bergelar orang kurang upaya namun atlit berkeperluan khas ini tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga mampu untuk mengharumkan nama negara dalam jenis sukan yang mereka sertai. Antara permainan dan sukan bagi golongan kurang upaya ini adalah tenis berkerusi roda, kayak yang dimodifikasi, olahraga dan lain-lain. Kejohanan sukan yang disertai oleh orang kurang upaya ini adalah sukan paralimpik diperingkat negara mahupun luar negara. Namun begitu keupayaan golongan berkeperluan khas ini memerlukan sokongan daripada golongan tipikal. Semangat dan dorongan membantu mereka untuk berjaya. Selain itu, mereka juga memerlukan jurulatih atau orang yang pakar dalam membentuk dan meningkatkan prestasi dan tahap mereka dalam penglibatan sukan mereka. Di Malaysia sendiri, atlit OKU sangat diberi sokongan dan jagaan yang rapi bagi memastikan kesihatan mereka terjamin terutama dalam menerima pendidikan, rawatan kesihatan dan elauan atas pencapaian sukan mereka.

Senaraikan lima (5) faedah aktiviti kokurikulum a.______________________________________________ b.______________________________________________ c._______________________________________________ d. ______________________________________________ e. ______________________________________________

MODIFIKASI KO-KURIKULUM BERKEPERLUAN KHAS

DAN

REKREASI

BAGI

MURID

Ciri-Ciri Aktiviti Murid Berkeperluan Khas


Aktiviti murid bekeperluan khas tidak jauh bezanya dengan aktiviti murid biasa, tetapi terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira. Antaranya ialah, aktiviti tersebut perlulah sesuai dengan kemahiran yang dipilih serta sesuai dengan tahap kebolehan murid. Contohnya, murid yang cacat anggota kaki tidak sesuai dengan aktiviti lumba lari kerana tahap kebolehannya yang rendah dalam aktiviti tersebut. Ciri lain ialah aktiviti ini haruslah aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Hal ini dapat mengelakkan murid daripada rasa bosan. Seterusnya ialah pastikan aktiviti rekreasi untuk murid bekeperluan khas dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Contohnya, nilai bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya. Ciri lain ialah aktiviti untuk murid bekeperluan khas adalah aktiviti yang tidak merbahaya. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan mereka. Akhir sekali ialah aktiviti murid bekeperluan khas

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 12

perlu bercirikan aktiviti yang dapat memperkembanghkan minda mereka seperti aktiviti bermain catur.

Matlamat Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas


Antara matlamatnya ialah memperseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid berkeperluan khas. Seterusnya, memperkukuhkan hubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid normal di dalam sekolah yang sama. Kemudian, membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas terhadap aktiviti gerak kerja kokurikulum yang perlu mereka sertai. Matlamat lain ialah memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan yang setara dengan tahap kebolehan murid. Kemudian, menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan. Akhir sekali ialah membentuk keyakinan diri terhaadp murid-murid berkeperluan khas ke aras penyediaan menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan

Objektif Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas


Antara objektifnya ialah memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa. Kemudian mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid melalui aktiviti gerak kerja kokurikulum, membina keyakinan diri dan self esteem murid pendidikan khas dan memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kebaikan Kokurikulum dan Rekreasi Murid Berkeperluan Khas


Aktiviti kokurikulum banyak memberi kebaikan kepada murid-murid terutama kepada murid berkeperluan khas. Antara kebaikannya ialah mendedahkan murid-murid berkeperluan khas kepada persekitaran luar. Melalui pendedahan kepada persekitaran luar, mereka dapat meluaskan kemahiran social mereka sama ada antara mereka ataupun masyarakat luar selain dapat membantu masyarakat sekeliling untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Hal ini bertujuan menggalakkan interaksi antara murid khas dengan murid normal di samping memeperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu (Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa 2006:19) Selain itu, dengan adanya aktiviti kokurikulum dan rekreasi akan memberi peluang kepada muris berkeperluan khas untuk melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum bagi mengembangkan bakat dan minat yang ada pada diri mereka. Mereka juga telah memperoleh keistimewaan yang sama seperti murid biasa yang mana mereka juga dapat mengasah bakat mereka dalam kokurikulum ke peringkat antarabangsa dalam sukan paralimpik. Kebaikan yang terdapat dalam kokurikulum dan rekreasi ialah memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid seperti berdikari dan bekerjasama antara mereka. Nilai berdikari ini seharusnya perlu ada dalam diri setiap murid untuk melatih mereka daripada meminta bantuan dari orang lain. Melalui aktiviti kokurikulum dan rekreasi juga akan memupuk semangat kerjasama antara mereka kerana melalui permaianan ataupun sebarang sukan yang diceburi.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 13

Melalui aktiviti kokurikulum dan rekreasi juga dapat meningkatkan keyakinan mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakkan daripada murid berkeperluan khas ini kurang keyakinan diri kerana mereka tidak sempurna. Melalui aktiviti ini dapat membantu mereka untuk menangkis perasaan rendah diri yang wujud dalam diri seterusnya akan membantu mereka untuk menyumbang idea sama ada diantara mereka mahupun dengan masyarakat sekeliling. Kebaikan aktiviti kokurikulum dan rekreasi ialah dapat mengubah persepsi masyarakat tentang kebolehan yang mereka miliki. Hal ini kerana setiap orang mempunyai kelebihan masingmasing. Mereka juga berhak menyumbang kepada negara contohnya dapat dilihat melalui acara sukan yang melibatkan atlet paralimpik negara yang mana mereka telah mengharumkan nama negara di pentas dunia. Hal ini telah mengubah persepsi masyarakat apabila terpaksa mengakui mereka juga watak penting dalam pembangunan negara seterusnya menjadi model kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang lain untuk berjaya.

Penyesuaian Aktiviti Murid Bekeperluan Khas


Penyesuaian ataupun modifikasi merupakan istilah yang tidak asing lagi di dalam pendidikan khas. Penyesuaian ialah membuat sedikit perubahan terhadap sesuatu perkara supaya bermanfaat kepada sesuatu yang lain. Beberapa aktiviti boleh dibuat penyesuaian untuk memberi peluang kepada murid bermasalah pembelajaran, penglihatan, mahupun pendengaran melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut. Contohnya, bagi aktiviti lumba lari, penyesuaian yang boleh dibuat kepada murid bermasalah penglihatan ialah dengan menggunakan loceng sebagai penanda arah mereka. Seseorang perlu membunyikan loceng di hadapan murid dan bertindak sebagai petunjuk arah. Penyesuaian yang lain ialah dengan meletakkan tali pada aras pinggang mereka disepanjang trek larian. Hal ini akan memudahkan mereka untuk berlari apabila mereka dapat memegang tali tersebut sebagai panduan arah mereka. Penyesuaian bagi murid bermasalah pendengaran pula ialah dengan menyediakan pengadil atau pembantu yang mahir menggunakan bahasa isyarat. Bagi murid bermasalah pembelajaran pula, faktor jarak perlu diberi perhatian mengikut kebolehan mereka. Bagi aktiviti seni seperti seni kolaj, penggunaan deria sentuh yang maksimum sangat diperlukan bagi murid yang bermasalah penglihatan. Guru boleh membuat penyesuaian terhadap bahan-bahan untuk membuat kolaj. Kebiasannya, murid akan membuat kolaj menggunakan kertas yang pastinya sukar bagi murid bermasalah penglihatan melakukannya, tetapi setelah penyesuaian dilakukan, guru boleh mengajar murid bermasalah penglihatan membuat kolaj dengan mudah menggunakan bahan seperti kuaci, cengkerang, manic, duit syiling, tali dan sebagainya. Ruang untuk menampal pula perlulah besar supaya mudah bagi mereka menyempurnakan kolaj tersebut. Bagi murid bermasalah pendengaran pula, guru boleh menggunakan alat bantu mengajar berupa video. Video tersebut mengandungi cara-cara menghasilakn kolaj. Guru boleh menayangkannya dan menghentikan sebentar ataupun pause video tersebut mengikut langkah demi langkah membuat kolaj. Hal ini akan memudahkan murid-murid memahami dan meniru cara-cara menghasilkan kolaj. Lain pula bagi murid-murid bermasalah pembelajaran, mereka selalunya cepat berasa bosan apabila melakukan sesuatu kerja. Oleh itu, guru perlu bijak menarik perhatian mereka dengan memilih gambar yang cantik untuk membuat kolaj. Murid bermasalah penglihatan tidak terkecuali juga untuk bermain bola sepak sekiranya guru dapat membuat modifikasi terhadap permainan tersebut. Mereka boleh bermain bola sepak dengan menggunakan bola berloceng. Selain itu, bilangan pemain perlulah dikurangkan serta keluasan padang tidak terlalu besar. Walaupun permainan bola sepak ini tidak memenuhi

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 14

kriteria sebenar dalam sukan bola sepak, namun cukup sekadar memberi pengalaman bermakna kepada murid bermasalah penglihatan untuk merasai suasana bermain bola sepak. Bagi murid bermasalah pendengaran, mereka boleh bermain bola sepak seperti biasa dengan syarat pengadil mahir menggunakan bahasa isyarat. Hal ini dapat melancarkan lagi permainan tersebut. Penyesuaian yang boleh dilakukan kepada murid bermasalah pembelajaran apabila hendak bermain bola sepak pula ialah dengan mengecilkan keluasan padang. Hal ini kerana mereka mudah cepat berasa letih semasa melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.

Kebaikan Membuat Penyesuaian


Antara kebaikan membuat penyesuaian terhadap aktiviti murid bekeperluan khas ialah memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Selain itu, penyesuain yang telah dibuat juga menggalakkan murid bekeperluan khas melibatkan diri secara berterusan. Hal ini menunjukkan bahawa penyesuaian telah menarik minat mereka untuk terus mengaktifkan diri di dalam sesuatu aktiviti. Kebaikan lain ialah dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid bekeperluan khas di mana mereka juga dapat melakukan aktiviti yang sama seperti yang di lakukan oleh murid biasa. Penyesuaian juga perlu di lakukan untuk menjamin keselamatan murid bekeperluan khas. Akhir sekali ialah dengan adanya penyesuaian, maka dapat mengurangkan jurang perbezaan di antara murid biasa dengan murid bekeperluan khas kerana sebarang aktiviti yang dilakukan oleh murid biasa, boleh juga dilakukan oleh murid bekeperluan khas.

REKREASI DARAT Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggan. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Hal ini menyatakan bahawa sukan dan rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan semasa waktu terluang tidak tidak kira sama ada aktiviti luar atau dalaman. Sukan dan rekreasi terbahagi kepada dua iaitu rekreasi darat dan juga rekreasi air. Sukan dan rekreasi memberi peluang kepada para pelajar terutamanya golongan orang kurang upaya untu menjalankan aktiviti luaran dan dalaman tanpa mengira tahap ketidakupayaan yang dihadapinya. Di samping itu juga, aktiviti seperti ini akan meningkatkan semangat dan keyakinan diri untuk memcuba pelbagai perkara baru. Sukan dan rekreasi darat adalah sukan dan rekreasi yang dilakukan di darat seperti berkelah, berkhemah, jogging, berbasikal, berskuter, Jungle trekking, Abs seilling, Repelling, Upstanding, Flying fox dan sebagainya. Manakala bagi sukan dan rekreasi untuk aktiviti air pula adalah seperti berenang, berkenu, Snorkeling, Scuba diving, berkayak dan memancing. Aktiviti ini sesuai boleh dilakukan oleh orang normal dan juga orang kurang upaya dengan terutamanya bagi yang hanya mengalami masalah pembelajaran. Namun, aktiviti ini juga boleh dilakukan bagi orang kurang upaya yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan dengan melakukan modifikasi terhadap peralatan yang digunakan dalam rekreasi darat dan air bagi membolehkan orang kurang upaya dapat menyertai aktiviti tersebut.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 15

Aktiviti Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas


Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilakukan di sekolah bertujuan untuk menarik dan memupuk nilai dalam diri setiap individu terutamanya para pelajar. Aktiviti yang bersesuaian amat penting untuk murid bekeperluan khas mengikut tahap keupayaan mereka supaya mereka tidak berasa tersisih dalam komuniti kerana mereka juga berhak menceburi aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Antara contoh aktiviti kokurikulum untuk murid bekeperluan khas ialah kelab dan persatuan, unit beruniform, dan sukan dan permainan. Senarai kelab dan persatuan yang diwujudkan untuk murid-murid bekeperluan khas khususnya murid bermasalah pembelajaran ialah Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Seni Lukis, dan Kelab Pencinta Alam. Hal ini demikian kerana murid-murid bermasalah pembelajaran mampu untuk mengikuti kelab dan persatuan yang telah ditubuhkan di sekolah mengikut tahap keupayaan murid bemasalah pembelajaran. Selain itu, untuk murid-murid bekeperluan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan juga boleh melibatkan diri dalam kelab dan persatuan yang ditubuhkan khusus untuk murid tersebut antaranya ialah Persatuan Sains dan Matematik, Kelab Seni Budaya, Kelab BMKT, Persatuan BM dan Persatuan BI. Seterusnya aktiviti unit beruniform untuk murid bekeperluan khas yang sesuai untuk semua kategori iaitu bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Contoh aktiviti tersebut ialah pengakap, bulan sabit merah dan puteri islam. Selain itu, sukan dan permainan juga turut termasuk dalam aktivit kokurikulum bagi murid bekeperluan khas. Walaupun murid tersebut mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan mental, guru haruslah bertindak dalam mengendalikan aktiviti yang bersesuaian mengikut masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Contoh senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan ialah olahraga dan tenpin bowling. Di samping itu, contoh permainan seperti futsal, bola jaring dan pentaque hanya sesuai untuk murid bekeperluan khas bermasaalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran. Bagi murid kategori bermasalah pembelajaran murid tersebut boleh melibatkan diri dalam sukan renang manakala sukan bola sepak amat sesuai untuk urid bermasalah pendengaran. Seterusnya sukan dan permainan yang diwujudkan untuk murid-murid bekeperluan khas bermasalah penglihatan ialah goalball dan catur BERKHEMAH Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila dilakukan bersamasama dengan keluarga atau rakan-rakan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa aktiviti perkhemahan adalah seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai. Perkhemahan juga dapat melatih individu dalam merancang dan pengurusan dalam aktiviti perkhemahan. Perkhemahan biasanya melibatkan bermalam sama ada di hutan, persekitaran rumah, di tepi pantai, tempat rekreasi dan juga di tempat-tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan. Berkhemah biasanya dilakukan oleh orang yang normal, bagi golongan kurang upaya mereka mengalami keterbatasan untuk melakukan aktiviti ketika berkhemah, kesukaran untuk bergerak dan sebagainya terutamanya bagi golongan kurang upaya yang menggunakan kerusi roda.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 16

Golongan kurang upaya yang menggunakan kerusi roda mengalami kesukaran apabila melibatkan dalam penggunaan khemah untuk berlindung kerana kebanyakan khemah yang direka hanya sesuai bagi kegunaan orang yang normal sahaja. Namun, hal ini sudah tidah menjadi halangan kepada pengguna kerusi roda pada masa kini kerana terdapat khemah yang direka khas untuk pengguna kerusi roda yang memberikan kemudahan dan sesuai untuk mereka. Khemah yang direka khas untuk pengguna kerusi roda menyediakan pintu khemah yang lebih besar untuk memudahkan kerusi roda dapat dibawa masuk ke dalam khemah, mempunyai ruang penggudaraan supaya udara dari luar dapat masuk ke dalam khemah, khemah ini juga terbahagi kepada dua slot untuk bahagian tidur dan bahagian rehat, mempunyai palang untuk memudahkan pengguna memegang untuk turun dariapada kerusi roda. Selain itu juga, palang pemasangan yang bersambung antara satu sama lain memudahkan pemasangan khemah. Khemah boleh dipasang pada sebelah bahagian sahaja. Hal ini sangat mesra OKU yang ingin memulakan akiviti perkhemahan.

Apakah keperluan-keperluan khas yang perlu dibawa untuk perkhemahan murid berkeperluan khas

Modifikasi khemah untuk OKU Dari segi peralatan perkhemahan seperti khemah, bahan makanan, bahan-bahan untuk keselamatan seperti parang dan belerang, alatan memasak, lampu suluh, wisel dan sebagainya yang biasa dibawa ketika berkhemah. Pemilihan tempat perkhemahan juga penting bagi memudahkan semasa berkhemah terutamanya memilih tempat yang berdekatan dengan punca air, tempat yang rata, mudah mendapat bantuan, mudah mendapat baha bakar keselamatan tempat perkhemahan, tapak yang lebih tinggi daripada punca air dan pelbagai lagi aspek yang perlu diambil kira dalam pemilihan tempat perkhemah ABSEILING Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi.Melalui aktiviti abseiling,individu itu dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas seperti tali (tali dinamik

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 17

dan tali statik), carabinar, harness, figure of 8 dan sarung tangan. Peserta akan diajar cara-cara menggunakan tali atau cara menuruni curam, malah peserta juga akan diajar cara menjaga dan menyimpan tali tersebut. Aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan dan meningkat keyakinan diri pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi akan dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik. Aktiviti abseiling ini biasanya dilakukan oleh orang yang normal yang mempunyai bentuk fizikal yang sempurna dan tidak disertai oleh golongan OKU. Namun pada masa sekarang golongan OKU juga mempunyai peluang untuk menyertai abseiling berbanding dengan sebelum ini golongan OKU sukar untuk akses kepada aktiviti abseiling kerana aktiviti ini agak berbahaya terutamanya bagi golongan yang mengguna kerusi roda. Aktiviti ini akan meningkat keyakinan diri mereka bahawa mereka juga mampu untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang yang normal. Penyediaan keselamatan aktiviti abseiling bagi golongan OKU haruslah disusun dengan baik dan rekaannya perlulah bersesuaian dengan keperluan golongan yang menggunakan kerusi roda agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini terutamanya pada rekaan papak atau permukaan dinding memanjat yang agak landai dan sedikit beralun berbanding dengan yang biasa digunakan oleh orang normal. Keselamatan perlu diutamakan bagi akses yang selamat terutamanya pada bahagian atas dan bahagian bawah tapak abseiling untuk pengguna kerusi roda. Aktiviti abseiling yang menggunakan kerusi roda, memerlukan papak yang bersudut permukaan yang tidak terlalu cerun semasa turun bagi memastikan kerusi roda itu tidak terbalik semasa penurunan. Permukaan harus mempunyai permukaan yang sedikit beralun dan reka bentuk kemudahan terutamanya pada ikatan tali supaya ikatan tidak terlepas. Bahagian-bahagian yang lebih rendah dan atas papak perlu bertukar secara beransur-ansur kecerunannya supaya tidak ketara antara platform lantai dan cerun. Pada amnya, golongan kurang upaya tidak disyorkan untuk melakukan aktiviti abseiling secara perseorangan. Mereka perlu dibantu oleh jurulatih supaya keselamatan mereka lebih terjamin. SKUTER Skuter pada kebiasaannya digunakan oleh individu untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Skuter berfungsi sama seperti motosikal yang terdapat di negara ini. Skuter pada kebiasaannya mempunyai dua roda yang lebih kecil berbanding dengan motosikal biasa. Skuter juga tidak menggunakan gear untuk menggerakkanya. Individu yang ingin menunggang skuter perlu mempunyai kepandaian dalam menyeimbangkan badan supaya tidak jatuh ketika menunggang skuter. Pada kebiasaannya, penunggang skuter terdiri daripada individu normal yang mempunyai kemahiran untuk menunggangnya. Keadaan skuter yang mempunyai dua roda memberikan kesukaran kepada individu kurang upaya tidak mempunyai peluang untuk turut sama menggunakan skuter bagi tujuan pergerakkan dan rekreasi. Bagi memberikan peluang kepada individu kurang upaya dan perkembangan teknologi yang semakin membangun. Skuter turut mengalami modifikasi bagi tujuan kegunaan golongan kurang upaya seperti individu yang sememangnya kurang upaya, golongan tua, golongan yang

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 18

mengalami obesiti dan pelbagai masalah yang menghalang pergerakkan individu tersebut. Skuter yang mengalami modifikasi ini akan membantu memudahkan pergerakan individu tersebut. Skuter elektrik adalah hasil modifikasi daripada skuter yang digunakan oleh individu yang normal. Skuter ini menggunakan kuasa bateri untuk menggerakkannya dan terdapat dalam pelbagai model, warna dan jenis. Skuter bateri ini terdapat dalam dua jenis iaitu yang menggunakan 3 roda dan 4 roda. Skuter ini banyak digunakan oleh orang tua untuk bergerak. Kebanyakan skuter ini mudah alih dan boleh dibuka dengan murdah untuk dimuatkan di dalam kereta untuk memudahnya dibawa ke mana-mana. Terdapat juga model yang dibina dengan fungsi tahan lasak bagi individu yang lebih berat. Skuter bagi indidvidu kurang upaya biasanya mempunyai ciri-ciri mengikut keperluan individu tersebut. Ciri-ciri yang biasa adalah seperti ketinggian tempat duduk yang boleh dilaras dan tempat meletak tangan. Kebanyakan skuter boleh digunakan didalam dan diluar rumah.

BERBASIKAL
Senaman yang kerap dan berterusan akan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Berjalan kaki, berbasikal dan berenang adalah disyorkan sebagai akativiti yang dapat mudah meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Berbasikal melibatkan pengucupan berirama otot anggota badan yang besar. Terdapat sedikit dan hampir tiada tekanan pada otot dan sendi berbanding dengan senaman angkat berat. Berbasikal merupakan satu aktiviti am yang baik kerana dapat membantu membina otot dan stamina. Aktiviti berbasikal sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai arthritis dan kardiovaskular. Berbasikal juga dapat memberikan faedah bagi golongan OKU. Namun dengan model basikal yang terdapat di pasaran menghadkan golongan OKU untuk menggunakan basikal yang sedia ada. Setiap golongan OKU mempunyai masalah yang tertentu yang menghalang mereka untuk berbasikal terutama bagi pengguna kerusi roda. Berbasikal boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja sebagai sukan yang menarik atau aktiviti rekreasi santai termasuklah golongan OKU. Berbasikal boleh berkembang dengan baik bagi golongan OKU, berdaya saing dan boleh meningkat kemahiran dalam mempelajari kemahiran baru. Malah pertandingan lumba berbasikal juga turut diadakan bagi orang kurang upaya dari peringkat umur 10 tahun dan keatas. Antara cirri-ciri peserta dalam Sukan paralimpik bagi acara lumba berbasikal adalah

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 19

melibatkan golongan dengan selebral palsi, masalah penglihatan, dan kurang upaya pada anggota badan. Bagi golongan OKU yang ingin menyertai aktiviti berbasikal terutama yang mempunyai masalah selebral palsi atau yang mempunyai masalah anggota badan, mereka memerlukan basikal yang selamat dan bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Terdapat banyak jenis basikal yang ada bagi kegunaan golongan OKU seperti basikal gunung, basikal roda tiga, tandems (basikal berkembar), basikal tangan dan basikal roda tiga telentang. Pengguna basikal perlu mengambil berat tentan keselamatan terutamanya penggunaan alat pelindungan lutut dan siku dan topi keledar. Kepelbagai jenis basikal yang diubahsuai mengikut keperluan golongan OKU dapat membantu memberikan peluang kepada mereka untuk menunggang basikal dan memperolehi manfaatnya. Malah, aktiviti berbasikal juga telah menjadi salah satu acara dalam sukan paralimpik yang menampilkan atlet-atlet OKU yang menunggang basikal bukan sekadar untuk bersukan dan beriadah namun turut dapat dijadikan sebagai kerjaya.

REKREASI DI AIR Memancing


Bagi rekreasi memancing untuk orang kelainan upaya, ia perlu dimodifikasi peralatannya supaya mudah untuk mereka mengaplikasinya di air tanpa ada batasan. Bagi orang kurang upaya, mereka boleh menggunakan alatan pancing yang dimodifikasikan menjadi pancing eletrik. Alatan yang diubahsuai ini dapat memudahkan mereka tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menarik ikan.

Berkenu dan berkayak


Berkenu adalah kayuhan dengan menggunakan paddler (pendayung) dengan menaiki bot atau kayak. Bagi orang kelainan upaya, berkenu dengan berkerusi menambah sokongan kepada mereka serta berkenu dengan berkerusi menambah sokongan untuk orang kurang upaya.

Scuba Diving
Skuba adalah sukan yang sangat popular. Selain menikmati kehidupan akuatik, juga boleh meneroka dasar laut, bagi orang kelainan upaya, mereka juga dapat merasai menyelam di dalam air dengan bebas kerana mereka boleh bergerak di dalam air dengan bebas tanpa kerusi roda. Di Amerika Syarikat, ramai daripada mereka benar-benar mampu menjadi penyelam skuba (Persatuan SCUBA Handicapped). Modifikasi bagi rekreasi skuba adalah dari segi peralatannya seperti sirip yang bertujuan untuk membenarkan perenang untuk berenang denagn lebih cekap tanpa menggunakan tangan. Kadang-kadang orang tanpa pergerakan kaki tidak akan memakai sirip, tetapi memakai sarung tangan berselaput untuk membantu menggerakkan melalui air. Selain itu, Kawalan Keapungan Device (BCD)-ini adalah jaket yang memegang silinder udara, anda boleh menghembus dan menarik nafas untuk membolehkan perenang tenggelam perlahan-lahan atau terapung. Timbang diubahsuai untuk membantu orang kelainan upaya fizikal(SCI, amputasi, dan lain-lain). Terletak tali pinggang ini digunakan untuk kawalan. Pasangan penyelam akan membantu melaraskan berat seperti yang diperlukan.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 20

Berenang
Modifikasi bagi orang kelainan upaya adalah dari segi fasiliti kolam renang tersebut. Contohnya seperti mengubah laluan bertangga kepada laluan yang landai sesuai bagi yang berkerusi roda. Selain itu, menyediakan alat bantuan yang dapat membantu menurunkan perenang ke dasar kolam tanpa bantuan orang lain. Mereka dapat berenang dengan bebas. Selain itu, alat yang boleh digunakan untuk membantu mereka adalah menyediakan kerusi pandu. Kerusi pandu ini sesuai untuk golongan yang cacat fizikan. Caranya adalah mereka akan diletakkan diatas kerusi kemudian perlahan-lahan dialihkan ke dasar kolan renang kemudian diturunkan oleh orang lain dengan memusing satu alat seperti pusingan pancing. Apabila mereka sudah berada di dalam air, mereka boleh bergerak dengan sendiri. Selesai sahaja aktiviti berenang, mereka akan kembali duduk diatas kerusi yang diturunkan ke dalam air tadi dan dibawa naik dengan bantuan orang lain dengan memusing alatan seperti pancing tadi. Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, kaedah menggunakan tali boleh digunakan. Cara kaedah tali digunakan adalah seperti laluan ke tempat yang dikhususkan untuk turun ke dalam kolam. Contohnya seperti tangga dan sebagainya. mereka akan memegang tali ntuk sampai ke tempat penurunan dan tali tersebut dipasang sepanjang perjalanan. laluan khas untuk orang kelainan upaya adalah berbeza dengan laluan orang yang normal. Laluan ini khusus dah tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya oleh orang normal. Bagi mereka yang mengalami masalah perdengaran, laluan orang kurang upaya tadi perlu dilabelkan dengan tulisan dan warna yang terang seperti laluan oku. jadi apabila mereka membaca, mereka akan memahami bahawa laluan tersebut adalah untuk mereka. ini akan memudahkan mereka untuk ke kolam renang.

Senaraikan lima (5) langkah keselamatan dalam aktiviti rekreasi semasa perkhemahan murid pendidikan khas bagi kategori Down Sindrom a. _____________________________________________ b. _____________________________________________ c. _____________________________________________ d. _____________________________________________ e. ______________________________________________

RUMUSAN
Aktiviti kokurikulum mahupun rekreasi merupakan satu aktiviti yang amat penting bagi setiap murid terutamanya murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana, melalui penglibatan aktiviti guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid tersebut seperti berkomunikasi, bekerjasama dalam berpasukan, dan sebagainya. Murid tersebut

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 21

akan rasa dihargai kerana mereka juga layak untuk bersosial dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan seperti murid biasa. Ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan penglibatan mereka dalam aktivit yang dianjurkan. Penglibatan ibu bapa yang amat penting dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada murid berkeperluan khas dalam setiap aspek yang memberikan keseronokan kepada murid tersebut. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkhelah bersama keluarga mesti diterapkan dalam diri murid untuk mereka menghargai kasih- sayang keluarga dan meneratkan lagi hubungan kekeluargaan. Setiap aktiviti kokurikulum dan rekreasi mestilah menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif bagi murid-murid berkeperluan. Oleh itu, penyesuaian aktiviti perlu dibuat mengikut tahap keupayaan murid-murid tersebut supaya setiap aktiviti yang melibat mereka menjadi lebih bermakna dan dihargai oleh mereka.

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahman (2005). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Penerbit Fajar Bakti: Selangor Azilah Kassim, 2003. Rekreasi kampus di Universiti Utara Malaysia, Penerbit Universiti Utara malaysia. Georg Torkidsen (2007). Leisure and Management. Routledge London and new york Kathy pond, 2005. Water recreation and disease: plausibility of associated infections : Acute Effects, Sequelae and Mortality, Pengurusan kokurikulum dan pendidikan sukan 2008. Mok Soon Sang penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Ipoh Perak Richard G. Kraus, 2006. Recreation and the schools: guides to effective practices in leisure education and community recreation sponsorship, Macmillan. Definisi kokurikulum. Diambil pada 1 Oktober 2011 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Rekreasi

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 22

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 23

You might also like