You are on page 1of 6

Jenis-jenis soalan objektif dalam pengujian dan penilaian kemahiran bahasa Melayu.

Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah: 1. Item Respons Bebas i. Jenis rajin? ( soalan: malas)

contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

hujan

sudah

turun.

2. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan. 3. Item Salah Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. 4. Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. 5. Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. a. b. c. Analogi 6. Teknik Kloz Item aneka Jenis pilihan jawapan berbentuk soalan terbaik

Item

Jenis

Cantuman

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .

Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. You might also like: Pengujian dan Pentaksiran Ujian bakat dalam pentaksiran bahasa Melayu Penggunaan soalan subjektif sebagai medium untuk menguji kemahiran bahasa murid.
LinkWithin

Posted by pak long

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) JSU mengandungi maklumat tentang: Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan. Langkah pertama 1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji 2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar. Langkah dua 1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) 2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik. Langkah tiga 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. Langkah empat 1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format) Langkah Lima 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan. Langkah enam 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM

Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif. Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar untuk gagal. Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira. Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya , adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan yang bermutu. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas nyatakan, terangkan, namakan, labelkan Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. pilih, terangkan, tulis semula Penggunaan / Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll. selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi. bezakan, pasti, pilih Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. bina, hasilkan, susun, kembangkan

Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan Dicatat oleh SAHARUDDIN ABDULLAH

You might also like