/  9
 
KONFLIK DALAMAN DALAM GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN: CERMINAN KEPADAPASOleh Mohamad Ridhwan Bin AliasQuranik Tarbawi Club“setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan. Kekurangan dijadikan pengajarandan kelebihan dijadikan azimat perjuangan menempohi cabaran tak terdugapada masa depan”Dalam gerakan Islam, perebutan kuasa dalaman tidak dapat dielakkan. Iamerupakan cabaran yang paling dahsyat kepada kepimpinan gerakan Islam. Jikatidak ditangani dengan baik, ia boleh memusnahkan gerakan Islam itu sendiri.Fathi Yakan menganggap ia antara AIDS dalam gerakan Islam.Dalam makalah ini, kita akan melihat konflik dalaman yang dialami oleh GerakanIkhwanul Muslimin di Mesir. Cabaran dan cara menangani konflik dalaman olehIkhwan harus kita tekuni agar mengambil pengajaran untuk mencermin diri. PASyang dianggap jemaah Islam perlu mencermin diri dan berhati-hati supaya gejalakemusnahan dalam parti tidak muncul dan membarah.
Konflik Penganti Imam Hasan al Banna
Setelah kematian Imam Hasan al Banna, Ikhwan berada dalam keadaan kucar-kacir. Ada beberapa calon utama yang dianggap penganti Hasan al Banna iaituSaleh Asymawi, Timbalan Mursyidul Aam, Abdul Rahman al Banna, saudaraHasan al Banna, Abdul Hakim Abidin, Setiausaha Agung, Hasan al Baquri danMustafa Mukmin. Mustafa Mukmin terkeluar senarai apabila dipecat pada tahun1950.Sementara itu, nama Hasan Hudhaibi, seorang Hakim mula diusulkan oleh Munirad-Dillah, seorang pimpinan Ikhwan yang kaya raya. Ada beberapa sebab,kenapa Hasan Hudhaibi disaran menjadi Mursyidul Aam. Pertama, beliau beradadi luar pimpinan rasmi Ikhwan boleh mengelakkan perpecahan jika calon lainterpilih. Kedua, pemilihan Hasan juga boleh menenangkan Jabatan Kehakimanberkaitan permasalahan pengharaman Ikhwan. Ketiga, merapatkan hubunganIkhwan dengan istana kerana saudara ipar beliau adalah ketua istana. Bagisenior Ikhwan, ini adalah perlu tetapi keputusan bersifat sementara.Masalah utama Hasan Hudhaibi ialah gagal membangkit kembali pendekatanHasan al banna terutamanya sikap elit beliau dalam beriadah. Beliau juga jarangmelawat cawangan Ikhwan dan enggan menerima gelaran
Rais Aam
serta hanyasedia menerima gelaran Mursyidul Aam. Hasan al hudhaibi juga menyatakansyarat beliau akan menjawat jawatan Musyidul Aam jika Abdul Kadir Audahdilantik timbalannya. Cadangan ini memalapkan peluang calon-calon lain sepertiSaleh Asymawi dan Hasan al Baquri untuk menjawat jawatan tersebut.Pada 9 September 1952, Ikhwan berada dalam dilema sama ada memilihmenjadi organisasi keagamaan atau parti politik. Pada 4 Oktober 1952, DewanPendiri mengadakan mesyuarat, Hasan Hudhaibi menyatakan Ikhwan bukan partipolitik. Dewan Pendiri menegaskan keinginan mereka untuk mendaftar Ikhwansebagai parti politik.
 
Pada 27 November 1953, seramai 21 orang kelompok anti Hudhaibi bergerak kerumah Hudhaibi bagi mendesak Hudhaibi meletak jawatan. Kemudian merekamerempuh masuk dan menawan Pejabat Ikhwan Pusat. Kemudian Hudhaibi dankelompok anti Hudhaibi bersetuju mewujudkan jawatan kuasa penyiasatanterhadap pemecatan 4 tokoh terkemuka Ikhwan.Pada 28 November 1953, pukul 15.00, rapat umum diadakan dan dihadiri olehkedua-dua kelompok. Dalam pertemuan sumpah ba’aih kepada Hudhaibi danmengutuk cubaan rampasan kuasa. Pada 29 November 1953, Dewan Pimpinandan jawatan kuasa displin telah memutus tiga daripada empat adalah dalang.Pada 9 Disember 1953, Saleh Asymawi, Muhammad al Ghazali dan Abdul Aziz Jalal dipecat daripada Ikhwan.Selepas peristiwa ini, Ikhwan telah dibersihkan oleh pengaruh senior dan BiroRahsia oleh Hudhaibi. Dalam usaha menipis pengaruh Biro Rahsia, Hudhaibimelantik Yusof Tala’at untuk menjadikan Biro Rahsia sebagai organisasi terbukadan terserap dalam usrah.
Perubahan Kepimpinan
Selepas kematian Imam Hasan al Banna, Hasan al Hudhaibi dilantik MursyidulAam kedua. Beliau ingin pasukan pembantu yang kuat, oleh itu beliau jugamerombak Dewan Pimpinan Ikhwan yang dianggotai oleh senior dengan generasibaru Ikhwan yang sealiran dengan beliau. Tindakan beliau dibantah oleh ahlisenior Ikhwan. Hasan Hudhaibi gagal menjalankan hubungan personal denganahli senior Ikhwan dan gagal mencipta kepercayaan dalam kalangan seniorIkhwan.Para senior Ikhwan menyatakan ketaatan mereka kepada Hasan al Banna tetapitidak kepada Hasan al Hudhaibi. Kesilapan Hasan al Banna ialah tidak menunjukdengan tepat siapa pengantinya dan tidak melatih bakal pengantinya serta tidakmelebar pengaruh bakal penganti beliau dalam Ikhwan. Dalam PAS, kita melihat Tuan Guru Abdul Hadi dilatih menjadi Timbalan Presiden PAS dan mempunyaipengaruh yang tersendiri dalam parti. Ini antara kekuatan Tuan Guru Abdul Hadidisamping karismatik beliau dalam pidato dan keluasan ilmu agama.Perihal ini tidak dialami oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PASsekarang. Kita melihat watak beliau seakan-akan watak Hasan al Hudhaibi dalamIkhwan. Pengaruh Ustaz Nasharuddin tidak seperti Tuan Guru Abdul Hadi, TuanGuru Fadzil Nor dan Ustaz Nakhaie yang ada jaringan pengaruh. Ustaz Nakhaiesebagai contoh antara ideolog yang pakar dalam pembinaan kertas kerja danpengaruhnya dalam cerdik pandai PAS. Beliau membawa beberapa cerdik pandaiseperti Dr Puad Zakarshi, Saufudin Nasution dan Johan Che Pa dalam PAS keluarparti. Jika hal ini tidak ambil berat, Ustaz Nasharudin bakal mengalami nasib Hasan alHudhaibi yang sukar mengawal pentadbiran Ikhwan dan berlakunya cubaanrampasan kuasa daripada senior yang berpengaruh. Sebaiknya, sebagaiPengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS, Ustaz Nasharuddin mengorak langkahmelebarkan pengaruh dalam parti.
Perbedaan pendapat Dalam Politik 
Pada tahun 1947, berlaku krisis di antara Hasan al banna dengan Timbalannya,Ahmad As Sukkari. Permasalahan timbul ekoran perbezaan pendapat dalamhubungan antara Ikhwan dengan parti Wafd. Ahmad As Sukkari telah membawa
 
satu gagasan alternatif dimana mengesa Ikhwan bergabung dengan parti Wafd,sebuah parti sekular. Parti Wafd merupakan parti yang mendapat sokonganmajoriti rakyat Mesir. Ahmad As Sukkari mengambar pengabungan Ikhwanmemenuhi keperluan spritual parti Wafd.Gagasan Ahmad As Sukkari melangkau saranan Hasan al Banna selaku pimpinannombor satu Ikhwan yang mahu dilakukan perikatan di antara Ikhwan denganparti Wafd dengan syarat parti sekular itu memenuhi prinsip perjuangan Ikhwan.Perbezaan ini semakin membarah, dengan pendapat Ikhwan adalah alat politikgolongan istana dan cadangan pengurangan kuasa mutlak Hasan al Banna. Tahun 1947, serangan musuh terhadap Hasan al Banna dari luar dan cabarandalaman sangat menggugat kepimpinan Ikhwan. Hasan al Banna membawa kesAhmad As Sukkari ke Dewan Pendiri Ikhwan. Dewan Pendiri sepakat dengan usulmemecat Ahmad As Sukkari.Dalam PAS, kita harus mengikut dasar yang diputuskan oleh Muktamar,kemudian Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat dan akhirnya Biro Politik(lujnahsiasah). Dari segi politik, jawatankuasa Pusat lebih berperanan menentukan halatuju PAS. Semasa isu Muzakarah, kita memberi ucapan taniah kerana Tuan GuruAbdul Hadi tidak menggunakan kelebihan sebagai presiden untuk menidakkansaranan Mursyidul Aam. Jawatan Presiden dilantik, manakala jawatan Mursyiduladalah lantikan. Kalau diikut wajarnya, saranan Mursyidul Aam adalah keputusanmajlis syura. Jika Majlis syura tidak mengadakan perbincangan, pendapat beliauhanyalah saranan peribadi. Jawatan Mursyidul Aam dalam PAS tidak berkuasa dan ia hanya sebagaipemimpin spiritual sahaja. Kekuatan Mursyidul Aam PAS sekarang, Tuan GuruAbdul Aziz ialah kekuatan peribadi Tuan Guru sendiri. Sebab itu dalam PAS, isumemperkasakan Majlis Syura terus bergema.
Grup Rahsia Menggugat Kepimpinan
Salah satu masalah Imam Hasan al hudhaibi ialah kewujudan Biro Rahsia Ikhwanyang mengingkari arahan pimpinan terbuka Ikhwan. Biro rahsia berusaha untukmengulingkan kepimpinan Hasan Hudhaibi. Kumpulan dalam kumpulan ini akanmenjejas perpaduan gerakan Islam perlu dielakkan. Setiap orang atau kumpulandalam gerakan Islam harus berpaksikan perlembagaan organisasi supaya tidakterbabas.Biasanya, kewujudan kumpulan ini bertujuan mengukuhkan kepimpinan puaktertentu dalam sesebuah organisasi. Dalam pemilihan UMNO, Team Wawasanpimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mendesak Tun Ghafar Baba agarberundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sementara itu, group Islamtelah berjaya memberi tekanan kepada Dipertua PAS, Dato Asri agar melepaskan jawatannya.Hasan al Hudhaibi cuba membanteras kumpulan ini tetapi gagal. Pada satumasa, Sayid Fayiz, tokoh nombor dua dalam Biro Rahsia cuba mendedahkandata-data rahsia kepada Hasan al Hudhaibi tetapi perkara malang telah berlakuapabila Sayid Fayiz mati akibat ledakan bom. Tindakan terakhir Hasan al hudhabiuntuk menghapuskan atau meneutralkan Biro Rahsia ialah memperkasakanusrah.Dalam PAS, kumpulan tertentu wujud mungkin berunsur seperti kumpulan propakatan, pro anwar, alumni JIM atau ABIM, pro Mursyidul Aam, pro presiden,

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...