You are on page 1of 3

PENDEKATAN P&P

B i l . 1 Strategi/ Pendekatan Pembaca Catatan

Kemahiran Berfikir

M. Faqih, M. Afdhal, Amir Syaiful

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir sacara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir secara kreatif pula iala kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif Strategi Berfikir Langkah-langkah yang terdapat dalam strategi berfikir ialah dimulai dengan : 1. Mengkonsepsi - perlu kenalpasti ciri-cri dan maklumat yg terdapat dalam maklumat. Kemudian mengelaskan ciri-ciri dan memberi maklumat atau contoh-contoh lain agar kita dapat membuat pemboleh ubah. Akhir sekali barulah kita buat konsep. 2. Menyelesaikan masalah 3. Membuat keputusan Penaakulan 1. Kemahiran Menaakul kemahiran menaakul menaakul digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran (membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan) 2. Penaakulan secara indutif & penaakulan secara deduktif

Alat Berfikir 1. Meningkatkan keberkesanan proses P&P 2. Digunakan oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan membuat penyusunan grafik, soalan dan penyoalan dan juga peta minda. Petunjuk Kemahiran Berfikir 1. Berdasarkan model kemahiran berfikir, terdapat pelbagai jenis

perkataan yang masih tidak diketahui oleh murid dan juga murid masih belum biasa menggunakan perkataan tersebut. 2. Akan terdapat perkataan tertentu yang digunakan untuk setiap kemahiran berfikir semasa proses pembelajaran. 3. Terdapat juga frasa yang sama erti dan juga perkataan yang mempunyai perkataan yang sama makna seperti yang dinyatakan di atas, perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan murid untuk memahami dan menguasai kemahiran berfikir tersebut. Metakognisi Metakognisi bermaksud keupayaan untuk seseorang itu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani, dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud

2 3

Pembelajarn Kontekstual
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Nurul Imani

M. Bukharie

Terdapat lima bahagian iaitu 1. Penerangan am, 2. 'Belajar sendiri', 3. Cara pengajaran pembelajaran, 4. 'Berkongsi apa yang kita tahu' 5. Menambahkan ilmu. Teori kecerdasan pelbagai menghuraikan manusia mempunyai cara tertentu untuk menerima dan memahami sesuatu ilmu. Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanakkanak dan dewasa. Antaranya termasuklah Verbal/Linguistik, Logikal/ Matematik, Visual ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal, dan Naturalis.

Teori Kecerdasan Pelbagai

M. Iskandar

Pembelajaran Konstruktivisme

Nur Farihah

Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Sumber pembelajaran yang memboleh kan murid memperolehi pengetahuan secara berdikari Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing atau fasilitator manakala murid digalakkan untuk berkomunikasi sesama mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Gaya P&P ini meningkatkan pembelajaran kendiri pelajar dan lebih sesuai untuk murid yang pandai kerana gaya ini dapat menguji kemampuan murid itu sendiri

Pembelajaran Akses Kendiri

Lalitha

You might also like