Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
315Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sukatan Pendidikan Islam Tahun 1-6

Sukatan Pendidikan Islam Tahun 1-6

Ratings:

4.85

(33)
|Views: 24,798 |Likes:
Published by sktbi

More info:

Published by: sktbi on Jan 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

 
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
1
PENDAHULUAN
ﻢﻴﺣﺮﻟﺍ
 
ﻦﲪﺮﻟﺍ
 
ﷲﺍ
 
ﻢﺴﺑ
 
ﺪﻤﳏ
 
ﺎﻧﺪﻴﺳ
 
ﻰﻠﻋﻭ
 
ﻡﻼﺴﻟﺍﻭ
 
ﺓﻼﺼﻟﺍﻭ
 
ﲔﳌﺎﻌﻟﺍ
 
ﺏﺭ
 
 
ﺪﻤﳊﺍ
 
ﲔﻌﲨﺃ 
 
ﻪﺒﺤﺻﻭ
 
ﻪﻟﺁ 
 
ﻰﻠﻋﻭ
 
Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiapmurid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islammenekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasaioleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikanasas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah danbimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dankeempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah kedalam diri murid.Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan denganberkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asaskeimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusahadan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asastamadun masyarakat, bangsa dan negara.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu,amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arahpembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal
 
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
2
soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yangberilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlakmulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadihamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ ammadengan betul dan fasih, untuk memupuk minatmembaca al-Quran dan menjadi amalan.2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untukbacaan dalam solat dan ibadat harian.3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajaridan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanansebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ainserta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutankewajipan umat Islam.6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirahRasulullah s.a.w sebagai asas perkembangantamadun manusia.
 
sukatan pelajaran pendidikan Islam kbsr
3
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilaiakhlak dalam kehidupan seharian.8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainyasebagai warisan budaya bangsa.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikankepada empat bidang iaitu :-
1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betuldan fasih.1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.
Bidang ini memberi tumpuan untuk :-2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dantanggungjawab terhadap Allah s.w.t.2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yangditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirahRasulullah s.a.w.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->