You are on page 1of 5

KRM3013 ASAS NOMBOR

[PANDUAN KERJA KURSUS]


SEMESTER 4

ARAHAN

1. 2. 3. 4.

Kursus KRM 3013 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah ELearning melalui link yang tertentu dalam myguru3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

KATEGORI TUGASAN PECAHAN TUGASAN ARAHAN MARKA H TARIKH AKHIR MENGHA N-TAR TUGASAN

1. Portfolio perlu dibuat secara individu. BAHAGIAN A (PORTFOLI O) 40 markah 2. Siapkan semua tugasan ini dan hantar kepada pensyarah E-Learning anda melalui MyGuru mengikut masa yang telah ditetapkan. 3. Bahagian ini mengandungi 2 (DUA) tugasan seperti berikut:

TUGASAN 1: (Individu) Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Dua aktiviti berkenaan mestikan menggunakan dua bahan berlainan. Contohnya jika aktiviti pertama menggunakan bahan konkrit maka aktiviti kedua pula menggunakan teknologi. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan mengandungi: i. Tema. ii. Tajuk. iii. Hasil pembelajaran. iv. Pengetahuan sedia ada. v. Langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi setiap langkah). vi. Bahan pengajaran (sama ada bahan konkrit, media dan teknologi: diintegrasikan dalam (v)) vii. Penilaian (boleh diintegrasi dalam (v)) viii. Jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran

20 markah

Minggu ke 6

dalam perlaksanakan serta mengurangkan / mengatasinya)

cara

TUGASAN 2: (Individu) Pelajar akan membuat refleksi ke atas mana-mana 5 (LIMA) tajuk daripada 10 (SEPULUH) Unit Pelajaran yang terdapat dalam modul KRM3013 yang diberi. Format refleksi bagi setiap unit pelajaran adalah meliputi perkara-perkara berikut: - Isi kandungan utama - Cadangan pelaksanaan di sekolah. Arahan tambahan adalah berdasarkan pensyarah/tutor E-Learning masing-masing. Penghantaran bagi tugasan ini ialah melalui tapak assignment yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning mengikut kumpulan masing-masing. Tarikh akhir penghantaran Refleksi Tajuk ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Ringkasan Pemarkahan: 1 refleksi tajuk yang berkualiti x 4 mrkh x 5 tajuk = 20 markah

20 markah Minggu ke 10

BAHAGIAN B (E-FORUM) 20 marks dlm forum

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara online menerusi laman MyGuru3. Setiap pelajar perlu menjawab setiap soalan forum. Kepada setiap soalan forum, setiap pelajar perlu juga memberi kementar kepada mana-mana EMPAT (4) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar anda. Markah akan diberi kepada kualiti jawapan anda dan juga komen yang anda beri terhadap jawapan yang diberi kepada rakan pelajar yang lain:

5x4 markah

Soalan forum 1: Sebilangan murid sekolah rendah mengalami masalah miskonsepsi dalam penambahan nombor bulat? Bincangkan. Soalan forum 2: Bincangkan perbezaan antara nombor bulat dan nombor pecahan. Soalan forum 3: Jelaskan bagaimana kalkulator boleh digunakan untuk mengajar konsep operasi kira tambah melibatkan wang. Soalan forum 4: Pecahan, perpuluhan dan peratus mempunyai perkaitan yang tertentu. Bincangkan.

Soalan forum 5: Pengajaran matematik sekolah rendah dengan menggunakan teknologi boleh membantu mengatasi masalah miskonsepsi dalam pembelajaran nombor. Bincangkan. JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 60 40 100

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS (PORTFOLIO) PORTFOLIO A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format &

A-

B+

B-

C+

bahasa tidak melebihi 7 perkara. D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa. Berhubung dengan tutor E-Learning anda. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

viii. ix.

Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

You might also like