You are on page 1of 3

4.0 BUNYI-BUNYI DALAM BAHASA MELAYU 4.

1 Bunyi Vokal
Bunyi vokal bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vocal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafaznya. Bentu bibir dan saiz rongga mulut ini menentukan samaada bunyi vokal dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit, ataupun luas. Kedudukan lidah juga penting. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir menentukan samaada bunyi vokal yang dilafazkan tersebut adalah vocal depan, belakang atau tengah. Ini bererti apabila depan lidah yang terlibat,maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat ialah belakang lidah, maka vocal yang dihasilkan adalah vocal belakang., dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut pula menentukan jenis vokal. Bagi memudahkan gambaran kedudukan bunyi-bunyi ini, diagram vokal ini, diperkenalkan oleh Daniel Jones.

4.2 Bunyi Konsonan


Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara. Ada empat perkara yang perluyang perlu diambil kira, ambil bagi mengklasifikasi bunyi konsonan: 1. Bunyi bersuara dan tidak bersuara Penentuan kepada sifat bunyi ialah pita suara semasa lafaz. Seandai pita suara semasa lafaz bunyi. Seandai pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara, manakala jika sebaliknya bunyi itu dinamakan sebagai tidak bersuara.

2. Lokasi pengeluaran bunyi

Dalam menentukan lokasi pengeluaran bunyi, terlebih dahulu perlu dikenal pasti secara terperinci saluran suara dan alat artikulasi yang terlibat adalah bibir, maka penamaan akan diberikan berdasarkan alat dan daerah tersebut, iaitu bibir atau bilabial. Begitu juga jika daerah yang terlibat itu adalah batas gusi dan lidah menyentuh bahagian ini, maka penamaan bergantung pada alat dan daerah artikulasi yang terlibat. 3. Cara lafaz dan jenis sekatan Bunyi letupan atau plosif dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada aliran udara daripada terlepas keluar. Sekatan yang berlaku ini akan mengumpul dan menahan udara dan kemudian dilepaskan secara sertamerta. Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal, maka penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya. Tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan kedudukan anak tekak atau velum direndahkan. 4. Mekanisme aliran udara Udara yang mengalir keluar perlu dispesifikasikan samada pulmonik, glotis, velar, ataupun egresif dan ingresif. Aliran pulmonik berlaku apabila pergerakan udara keluar atau masuk ke dalam paru-paru. Walaubagaimanapun, aliran udara masuk ke dalam ini agak jarang berlaku. Seringkali bunyi vokal dan konsonan dihasilkan dengan cara sebegini. Aliran udara secara glotis pula berlaku apabila udara bergerak ke dalam dan ke luar dengan merendahkan atau menaikkan larink dalam tekak. Bunyi velar pula terhasil melalui lelangit lembut yang tertutup seperti keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncurkan ke arah belakang atau depan bagi menggerakkan udara ke dalam atau ke luar. Apabila pergerakan udara berlaku keluar, pergerakan ini dipanggil engresif, manakala jika jika udara bergerak kearah dalam, pergerakan ini dinamakan ingresif. Cara pelabelan sebegini penting bagi membezakan setiap bunyi tanpa ketaksaan.

4.3 Bunyi diftong


Bunyi diftong adalah bunyi geluncur. Bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua vokal ,iaitu dari vokal yang pertama kepada menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Ini bererti ada dua bunyi vocal yang dibunyikan secara berturut-turut. Sungguhpun begitu, lafaz vokal yang pertama lebih lantang berbanding dengan vokal kedua. Kerana bunyi yang dikeluarkan menggeluncur dari bunyi yang pertama kepada bunyi yang kedua. Dalam keadaan begini, kelantangan bunyi vokal ini menjadi semakin lemah kelantangannya. Bunyi ini dilambangkan dengan dua lambing vocal. Yang pertama menunjukkan keadaan lidah di akhir sebutan. Bunyi diftong ini mempunyai satu puncak kelancangan.

You might also like