Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Laporan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke

Laporan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke

Ratings: (0)|Views: 2 |Likes:
Published by Mohd Sumali Basuri

More info:

Published by: Mohd Sumali Basuri on Oct 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2014

pdf

text

original

 
LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-7 SEKOLAHBERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG
LAPORAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) KALI KE-71. PENDAHULUANTemasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7, 2010 merupakan kejohanan olahraga tahunanyang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Temasya Olahraga Tahunan (TOT) telahdiadakan di Kompleks Rakan Muda kampar kerana penambaikkan dan naik taraf padang sedang dijalankan. Walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum TemasyaOlahraga ini berjaya dianjurkan, namun segala kesulitan telah dapat diatasi sehinggaTemasya Olahraga ini berjaya dijalankan dengan lancar. Antaranya adalah kekangandaripada segi rumput yang masih belum tumbuh sepenuhnya. Oleh itu, majlis sukansekolah terpaksa mengadakan perubahan berkali-kali berdasarkan keadaan semasapadang. Walau bagaimanapun, setelah persetujuan dapat dicapai dengan pihakpentadbiran Temasya Olahraga Tahunan pada kali ke-7 ini telah berjaya dilaksanakandi Kompleks Rakan Muda Kampar.Tujuan Temasya olahraga ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan pelajar sekolah ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui temasya olahraga inidapat memberi peluang kepada seluruh warga sekolah SBPI Gopeng dalam mengurus,melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar diperingkat sekolah. Melalui temasya olahraga ini juga dapat menunjukkan kerjasamasepasukan yang amat tinggi untuk mengadakannya. Berkat kerjasama yang diberikanoleh para guru, pelajar, staf sokongan, dan pentadbiran maka temasya olahraga inidapat dilaksanakan dengan jayanya.2. LAPORAN KEJOHANANSepanjang proses pelaksanaan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 yang dijalankanini, terdapat beberapa acara olahraga mengikut kategori yang telah dipertandingkan. Acara-acara ini telah menjadi rebutan dari empat buah rumah yang terdapat di sekolahini. Peraturan pertandingan yang digunakan adalah seperti tahun-tahun yangsebelumnya. Berikut disenaraikan acara-acara olahraga sepanjang Temasya OlahragaTahunan Kali Ke-7 dianjurkan.BIL. SUKANTARA PRA SUKAN TEMASYA OLAHRAGA1. 100 Meter Merejam Lembing(L/P 15,18) 100 Meter (L/P 15,18)2. Lompat Jauh Lempar Cakera(L/P 15,18) 200 Meter (L/P 15,18)3. Lontar Peluru Lontar Peluru(L/P 15,18) 400 Meter (L/P 15, 18)4. - Lompat Tinggi(L/P 15,18) 4x 400 Meter (L 15, 18)5. - Lompat Jauh(L/P 15,18) 4x200 Meter (P15,18)6. - 1500 Meter (L/P 15,18) 4 X 100 Meter (L/P 15,18)7. - 800 Meter (L/P15,18) 4 X 100 Meter (L/P 13 tahun)8. - Tarik Tali 3 & 4 4 X 100 Meter Jemputan ( L 15,18)9. - - Tarik Tali Akhir 10. - - Pertandingan Lagu sorak11. - - Pertandingan Maskot12. - - Pertandingan perbarisan rumah13. - - Pertandingan perbarisan uniform2.1 PengelolaanPada keseluruhannya pengelolaan TOT adalah baik dan mencapai objektif walaupunterdapat beberapa masalah yang timbul khususnya semasa dan sebelum temasyaberlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :-
 
1. Semua guru telah menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan denganberkesan.2. Pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama dari mula hingga akhir temasya.3. Temasya telah berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir walaupun bermula agaklewat dan berakhir melewati masa yang dijangkakan akan tamat.4. Tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini seperti kecederaan berat,bantahan, pertikaian keputusan hakim, pergaduhan dan lain-lain lagi.5. Peserta dari sekolah jemputan yang hadir telah berpuas hati dengan pengelolaantemasya dan penghakiman.6. Hakim luar dan pelepas yang dijemput untuk membantu telah hadir tepat padamasanya walaupun mereka terlibat dengan acara lain pada hari yang sama.7. Makanan dan minuman pelajar telah disediakan dengan secukupnya tepat padawaktu yang ditetapkan.2.2 PengadilanSeorang pelepas berpistol serta 3 orang hakim luar dijemput untuk memeriahkan TOTini. Mereka adalah guru-guru yang berpengalaman dalam mengendalikan acara sepertiini. Tujuan mereka dijemput adalah untuk meletakkan orang-orang yang berkecuali dantidak ada sebarang kepentingan bagi mengelakkan pertikaian dan tuduhan beratterhadap rumah-rumah tertentu.2.3 Disiplin Pelajar Disiplin pelajar adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diinginisemasa, selepas temasya berlangsung. Tiada pelajar-pelajar yang merayau dan beradadi tempat yang tidak sepatutnya. Pelajar-pelajar yang menaiki bas pertama telahbersedia sebelum pukul 5 pagi dan memberikan kerjasama sepenuhnya ketika menaikibas sewa khas.Walaupun begitu, terdapat perkara yang mesti diberi perhatian jika pihak sekolah inginmengadakan sebarang acara di tempat begini iaitu terdapat segelintir pelajar yang
‘bersidai’ iaitu duduk di atas palang besi di bahagian paling belakang astaka hingga
membahayakan keselamatan diri mereka. Pelajar-pelajar ini mempunyai risiko akanterjatuh ke belakang astaka dan boleh menyebabkan kecederaan parah.2.4 Sekolah JemputanJawatankuasa sukan telah menjemput semua Sekolah Berasrama Penuh, sekolah-sekolah menengah di kawasan Gopeng serta Kampar untuk mengambil bahagian dalamacara 4 x 100m lelaki kategori bawah 15 dan bawah 18 tahun (2 acara). Atlit untukacara jemputan yang telah hadir ialah dari :1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (B18 L)2. The Malay College Kuala Kangsar (B15 & B18 L)3. Sek. Men. Sains Teluk Intan (B15 & B18 L)4. SMK Idris Shah (B15 & B18 L)5. SMK Seri Teja (B15 & B18 L)Secara keseluruhannya, Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-7 telah berjaya diadakandengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awal hingga akhir sepanjang temasya olahraga ini berlangsung namun, para pelajar dilihat telah berjayamewujudkan semangat kesukanan antara satu dengan yang lain. Mereka juga
 
berpeluang untuk merasai sendiri trek larian bagi acara-acara dalam olahraga yangdilangsungkan. Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar bukan sahaja semasa disekolah ini malah selepas mereka meninggalkan sekolah. Pelajar juga dapatmenonjolkan bakat dan kebolehan dalam lapangan olahraga. Para ibu bapa juga bolehbergembira melihat aksi anak-anak mereka berjuang sama ada dalam setiappertandingan malah selaku penonton. Semoga Temasya olahraga Tahunan yang akandatang lebih meriah dan baik lagi.4.0 PenghargaanMajlis Sukan SBP Integrasi Gopeng mengucapkan sekalung penghargaan kepada :1) Tn Hj Muhamad Tap bin Tokaran.2) Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR)3) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)4) SMS Teluk Intan (SEMESTI)5) SMK Seri Teja6) SMK Idris Shah7) Pengarah Kompleks Rakan Muda Kampar.8) Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.9) PIBG SBPI Gopeng.10) Balai Polis Gopeng.11) Balai Polis Kampar.12) Hospital Kampar.13) Klinik Kesihatan Gopeng.14) Simyu Collection.15) Pengawal keselamatan SBPI Gopeng.16) Guru-guru SBPI Gopeng dan Para ibu bapaPihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung sepanjang Temasya OlahragaTahunan diadakan.
Laporan Kejohanan Olahraga MSSD
 
 
Sandakan 2012
 
K
ejohanan Olahraga MSSD Sandakan telah diadakan denganpenuh kemeriahan dan jayanya di Kompleks Sukan Sandakan pada13 hingga 15 Februari 2012. SM. St. Michael telah menghantar seramai 12 orang atlit untuk menyertai kejohanan ini. Atlit-atlittersebut ini telah melalui pemilihan selama seminggu dan latihanintensif selama 2 minggu di Padang Bandaran Sandakan.
 
Pada Tahun ini SM. St. Michael berjaya membawa pulang 13pingat iaitu 5 acara individu 15 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun KeBawah serta 2 acara berkumpulan 15 Tahun Ke Bawah dan 18Tahun Ke Bawah. Jadual di bawah merupakan senarai atlit yangberjaya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yangcemerlang.
 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->