You are on page 1of 7

Panjang merupakan topik yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kumpulan saya yang terdiri daripada saudara

Aizat Akram bin Sidek dan saya sendiri , Mohd Azfarin bin Mohd Noh di dalam sesi simulasi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Murid dan Alam Belajar.Apa yang telah kami rancangkan bagi memperkenalkan dan mengajar topik ini kepada kanak-kanak yang di mana murid-murid sasaran kami adalah murid-murid tahun 3 adalah dengan menggunakan dan mengaplikasikan 9 langkahlangkah di dalam teori pembelajaran Gagne.Menurut Gagne,proses pengajaran dan pembelajaran itu boleh dilakukan melalui 9 langkah iaitu menarik perhatian, penerangan objektif pengajaran, rangsangan kepada pengetahuan sedia ada atau pembelajaran yang lepas, mengemukakan bahan rangsangan, pemberian bimbingan pembelajaran, menggalakkan perlakuan, memberikan maklum balas prestasi, menilai prestasi dan akhir sekali, merangsang penyimpanan dan pemindahan.Kami telah membahagikan tugasan simulasi proses P&P ini secara sama rata di antara kami di mana saya dan saudara Aizat Akram akan masing-masing melaksanakan 4 langkah di dalam teori pembelajaran Gagne, namun bagi langkah pemberian bimbingan pelajaran, saya dan saudara Aizat Akram akan melakukannya bersama-sama di mana saudara Aizat akan melaksanakan separuh daripada langkah ini manakala saya akan melaksanakan yang selebihnya. Secara jujurnya, menjadi kumpulan yang ke-2 untuk melakukan simulasi ini agak berat bagi kumpulan saya yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja kerana kurangnya persediaan kami pada ketika itu dan kekurangan kami dari segi alat-alat bahan bantu mengajar (BBM).Namun kami tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas perkara ini malahan kami menyalahkan diri kami sendiri di atas kelemahan diri kami sendiri.Dari sini kami telah mendapat suatu iktibar di mana sebagai seorang guru, kita harus sentiasa bersedia untuk memberi pengajaran kepada murid-murid tanpa mengira masa dan tempat.. Guru juga mungkin secara tiba-tiba ditugaskan untuk mengganti rakan guru yang lain yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu.Di dalam situasi seperti ini, seorang guru harus sentiasa bersedia dan tidak gopoh serta goyah di dalam memberikan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid. Proses pengajaran itu juga bukan sahaja boleh berlangsung di dalam bilik darjah, namun juga boleh

berlaku di mana-mana.Kepekaan dan kesediaan pada diri saya sendiri akan saya cuba perbaiki di masa mendatang. Setelah melaksanakan simulasi proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Murid dan Alam Belajar ini, kumpulan kami telah banyak menerima komen positif daripada pensyarah tercinta kami, Puan Harithun dan juga rakan rakan sekelas kami.Antaranya, mereka mendapati kumpulan kami lebih cenderung untuk memberikan bimbingan pengajaran dengan berpusatkan guru di mana kumpulan kami sangat kurang di dalam melibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.Ternyata hal ini adalah benar kerana semasa kami, khususnya semasa saya melaksanakan proses P&P yang dirancang, saya lebih tertumpu kepada bahagian hadapan kelas tanpa berjalan ke arah murid-murid. Hal ini mungkin menyebabkan kurangnya interaksi antara murid dan guru ataudi dalam situasi ini, guru itu adalah saya, seterusnya membuatkan cara pengajaran saya lebih berpusatkan kepada guru.Walaupun cara ini tergolong di dalam salah satu kaedah mengajar, namun , bagi topik yang saya ingin ajarkan kepada anak-anak murid saya, mungkin kaedah ini kurang sesuai di mana murid-murid tidak dilibatkan bersama seterusnya mungkin akan menyebabkan penyampaian ilmu itu sendiri kurang berkesan .Mungkin kerana kurangnya persiapan sebelum simulasi ini diadakan dan kekurangan yang ada pada diri saya, saya tidak dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik. Saya juga sebenarnya masih mempunyai aktiviti yang ingin saya adakan bersama-sama murid namun atas faktor kesuntukan masa, aktiviti ini gagal untuk dijalankan.Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya sebagai bakal guru kelak harus tahu bahawa sebagai seorang guru, kita perlu jelas tentang kaedah yang harus dan tepat untuk digunakan di dalam kelas bagi membolehkan ilmu yang ingin disampaikan kepada murid-murid dapat diterima oleh murid-murid dengan baik. Saya juga harus tahu menggunakan ruang-ruang di dalam bilik darjah dengan bijak di mana menurut pensyarah kami yang tercinta, Puan Harithun sendiri, beliau mengatakan seorang guru itu harus aktif dan bersikap energetik di dalam kelas. Guru harus bergerak seperti molekul-molekul gas yang memenuhi ruang bagi membolehkan setiap murid di dalam kelas itu berasa seronok dan terlibat secara langsung di dalam aktiviti P&P.

Pengurusan masa pula amatlah vital atupun penting di dalam pengurusan aktiviti P&P semasa di bilik darjah. Sebagai seorang guru sekolah rendah khususnya, setiap minit yang saya ada amatlah berharga kerana satu sesi kelas yang diperuntukkan kepada saya hanyalah selama 30 minit. Di dalam selang masa 30 minit ini, saya harus dengan sedaya upaya dan bertungkus-lumus untuk melaksakan segala jenis perancangan yang telah saya rancang di dalam rancangan pengajaran harian (RPH) saya.Tugas ini ternyata sukar bagi guru yang tidak berpengalaman seperti saya namun melalui simulasi yang telah saya lakukan, saya mendapati seorang guru tidak boleh terlalu banyak berdolak-dalih atau bersembang mengenai perkara yang remeh-temeh sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun jenaka atau humor itu juga penting di dalam menarik minat murid-murid untuk belajar dan merangsang suasana yang ceria di dalam bilik darjah, namun seorang guru harus bijak untuk menyelitkan unsur-unsur jenaka atau humor ini sewaktu sesi P&P dijalankan tanpa menjejaskan perancangan serta menyingkatkan waktu bagi perancangan P&P itu sendiri untuk dilaksanakan. Saya juga secara tidak sedar telah banyak kali mengatakan kepada murid-murid saya supaya pergi ke kelas tuisyen untuk belajar dengan lebih pandai. Perkara ini turut ditegur oleh pensyarah tercinta kami, Pn. Harithun kerana perkara seperti ini akan menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang guru dan mengurangkan rasa yakin pelajar akan apa yang dipelajari daripada guru mereka.Perkara seperti ini akan saya simpan di dalam akal fikiran saya dan Insyaallah, akan tidak saya ulanginya kelak. Guru juga harus tahu menghargai hasil kerja murid-muridnya.Ini merupakan antara iktibar yang telah saya perolehi melalui simulasi yang telah saya lakukan. Saya telah dengan tidak sedar memadam hasil kerja yang telah dilakukan oleh seorang daripada murid saya di papan putih. Perkara ini walaupun mungkin kecil bagi kita, namun ia mungkin satu perkara yang besar bagi anak-anak murid kita.Oleh itu, saya akan cuba untuk sentiasa menghargai setiap kerja dan titik peluh yang dihasilkan oleh anak-anak murid saya .Selain itu, rakan-rakan juga ada memberi komen mengenai kesesuaian video yang telah saya gunakan untuk sesi simulasi P&P saya. Mereka mendapati bahasa yang digunakan dan kualiti suara di dalam sedutan rakaman video

tersebut sangat sukar untuk didengar dan difahami kerana video tersebut mengunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar dan rakan-rakan adalah kurang jelas. Saya mengambil komen ini secara positif di mana sememangnya saya mengambil video ini dari laman YouTube tanpa banyak berfikir tentang kesesuaiannya untuk ditayangkan di dalam kelas. Media ataupun bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas sememangnya amat diperlukan oleh seorang guru di dalam memberikan impak yang lebih kea rah keberkesanan proses P&P di bilik darjah. Melalui video yang telah saya gunakan, apa yang saya cuba ketengahkan adalah , Matematik itu memerlukan pengaplikasian yang meluas dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kaedah atau teknik sahaja. Apa yang saya maksudkan di sini adalah, di dalam video tersebut, pengembara di dalam video itu bersama kucingnya cuba mencari kayu yang mempunyai panjang-panjang tertentu bagi membolehkan dia untuk membuka kunci kepada pintu yang menghalangnya untuk maju ke tempat seterusnya. Pengembara tersebut bersama kucingnya dengan sedaya upaya mencari kayu yang mempunyai ukuran yang tepat untuk membuka kunci-kunci tersebut. Namun, pada pandangan saya, jika pengembara tersebut menemui kayu yang berukuran 10 cm panjang misalnya dan tujuan asal dia adalah untuk menemukan kayu berukuran 5 cm panjang, pengembara tersebut boleh mendapat kayu sepanjang 5 cm hanya dengan mambahagikan kayu sepanjang 10 cm yang ditemuinya kepada 2 bahagian. Ini juga merujuk kepada topik yang saya ingin ajarkan kepada anak-anak murid saya iaitu pembahagian ukuran panjang dengan harapan mereka dapat mengaplikasikan perkara ini bukan sahaja secara langkah pengiraan di atas kertas, namun juga dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka. Ini juga secara tidak langsung dapat memberikan saya sedikit sebanyak tentang kelemahan diri saya sendiri di mana saya kurang jelas di dalam menyampaikan mesej yang terkandung di dalam bahan bantu mengajar saya. Saya sebagai seorang guru harus mempunyai keupayaan untuk bertutur dengan jelas dan lancar, serta bijak menyampaikan setiap mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah difahami. Pemilihan kata-kata serta wacana kata yang sesuai adalah antara elemen atau aspek yang perlu saya perbaiki di dalam cara penyampaian saya bagi membolehkan saya menjadi seorang guru yang baik kelak.

Kesinambungan antara isi-isi , aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang diajar di dalam kelas juga penting di dalam menjamin kea rah keberkesanan proses P&P. Setiap langkah dan prosedur yang dirancang hendaklah difikirkan kesesuaiannya dengan langkah-langkah yang dilakukan sebelumnya ataupun selepasnya.Saya mendapati, di dalam simulasi P&P yang telah saya lakukan, terdapatnya kekurangan dari segi kesinambungan isi-isi pengajaran yang ingin disampaikan . Perkara ini boleh membuatkan murid-murid keliru tentang perkara yang ingin disampaikan oleh guru seterusnya boleh menghilangkan minat atau perhatian mereka semasa proses P&P dijalankan.Oleh itu, saya sebagai seorang bakal guru harus mengambil serius akan perkara ini dan Insyaallah, saya akan cuba untuk membuat rancangan pengajaran yang lebih baik dan sesuai bagi menjamin keberkesanan serta kejelasan mesej yang saya ingin sampaikan kepada murid-murid saya kelak. Selain daripada simulasi yang dilakukan oleh kumpulan saya sendiri, saya juga telah menyaksikan simulasi yang dilakukan oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Saya mendapati ada antara mereka yang cemerlang di dalam melaksanakan tugasan mereka di mana saya berasa terhibur serta jelas akan mesej yang ingin mereka sampaikan. Kumpulan saudara Faizrul misalnya mengambil inisiatif untuk menggunakan kertas manilakad yang dicetakkan gambar-gambar duit siling bagi menggantikan duit syiling yang sebenar. Perkara ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar mengenai duit siling itu sendiri seterusnya merealisasikan hasrat guru untuk mengajak murid-murid supaya belajar mengenai penggunaan wang.Kumpulan Laura pula yang mengadakan aktiviti Musang menangkap Ayam yang diselitkan bersama aktiviti Pukul Berapa Datuk Harimau bagi memperkenalkan topik mereka iaitu jam atau waktu. Sememangnya aktiviti seperti ini amat menarik dan boleh menarik minat murid-murid serta dengan sedikit sebanyak memberi idea kepada mereka untuk mengetahui akan topik yang mereka bakal pelajari pada hari tersebut.Apa yang saya dapati,kepetahan serta kelancaran berkata-kata dengan menggunakan tatabahasa serta adab yang sesuai bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid untuk belajar, namun juga dapat menambahkan rasa hormat murid kepada seseorang guru.

Selain daripada itu, pensyarah kami juga ada menegur tentang cara setiap kumpulan daripada kami melaksanakan langkah pengajaran Gagne yang terakhir iaitu merangsang penyimpanan dan pemindahan di mana setiap daripada kami memilih untuk memberikan latihan atau kerja rumah kepada murid-murid kami di dalam melaksanakan langkah ini. Pensyarah kami menyatakan, selain daripada memberi latihan atau kerja rumah, kami juga boleh menggalakkan murid-murid untuk mencuba sendiri perkara yang dipelajari oleh mereka di rumah atau di mana-mana tempat selain di sekolah di dalam kehidupan harian mereka, dan kemudiannya menceritakan pengalaman mereka pada kelas yang seterusnya.Benar kata-kata puan pensyarah, sememangnya jika guru hanya memilih latihan sebagai resort atau cara untuk membolehkan murid untuk menyimpan dan memindahkan maklumat, ia mungkin akan membebankan murid-murid itu sendiri kerana kemungkinan subjek-subjek lain juga ada memberikan latihan atau kerja rumah.Jadi, dengan adanya aktiviti seperti menceritakan semula pengalaman mereka tentang pengaplikasian perkara yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka, ini dapat memberikan keseronokan mereka untuk belajar seterusnya menjamin kea rah keberkesanan proses P&P itu sendiri. Secara tuntasnya, Alhamdulillah dan segala puji bagi yang Maha Pencipta kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek Alam Belajar ini.di mana secara amnya ,sepanjang proses penyiapan tugasan ini , telah banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya perolehi.Antaranya, bagi melahirkan pelajar yang berkualiti , seorang guru harus bersikap kreatif dan bijak di dalam memilih kaedah, model dan aktiviti yang sesuai serta tidak membosankan bagi memastikan murid-murid ini dapat bergiat aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan seterusnya membina ke arah perkembangan pembelajaran yang memberangsangkan di kalangan anak-anak murid saya.Walaupun secara amnya, aktiviti-aktiviti yang diadakan tidak dapat menjamin akan dapat menarik minat para pelajar, namun jika seorang guru sentiasa komited dan positif di dalam mengajar anak-anak murid, sudah pasti matlamat untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dari kalangan anak-anak murid kita seperti yang tercatat di dalam falsafah pendidikan kebangsaan, akan dapat dicapai.

Tugasan ini juga telah dengan sedikit sebanyak mengajar saya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam perjalanan saya menjadi seorang guru yang baik kelak bagi memastikan murid-murid saya dapat belajar secara interaktif, dan berkesan.Ilmu mengenai Murid dan Alam Belajar ini seharusnya dipelajari bukan sahaja sebagai pengetahuan secara teori sahaja namun kita harus tahu untuk menggunakan setiap ilmu yang telah kita pelajari pada tempat dan masa yang diperlukan.Percayalah setiap ilmu , teori , kaedah serta modelyang telah dipelajari sememangnya mempunyai aplikasinya tersendiri di dalam kehidupan seharian.Oleh itu, saya harus tidak jemu untuk belajar lebih mendalam tentang ilmu ini dan tidak mengabaikannya pada masa mendatang.Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang wajib bagi saya dan Insyaallah saya akan berusaha untuk memenuhi kewajipan itu.Sebagai seorang guru yang baik, usaha serta dedikasi terhadap kerjaya itu penting bagi menjamin hasil kerja yang berkualiti.Mungkin itu jugalah yang cuba disampaikan oleh pensyarah kami, Pn Harithun. Beliau amat fleksibel di dalam mengajar kami di kelas beliau di mana beliau tidak pernah membiarkan kami di dalam suasana yang penuh kebosanan , tetapi sentiasa menyediakan suasana yang memberangsangkan dan menarik untuk kami belajar. Ini dengan sedikit sebanyak dapat menambahkan minat kami untuk belajar khususnya untuk subjek ini seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kami dari segi pemikiran dan semangat kami sebagai seorang bakal guru.Beliau(Pn. Harithun) juga sering memberi saranan kepada kami untuk membuat suatu tally atau perhubungan ataupun kesinambungan tentang perkara-perkara yang kami sedang pelajari dengan bahan-bahan yang telah kami pelajari sebelum ini. Perkara ini akan saya cuba lakukan dan perwatakan yang baik daripada pensyarah kami akan saya cuba contohi untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang serta terbilang kelak Insyaallah

You might also like