You are on page 1of 15

Dunia Seni Visual Tahun 3

Bidang 2 : Membuat corak dan rekaan

GURISAN
Pemandangan Sawah Padi

Contoh-contoh gambar pemandangan sawah padi

Soalan
1) Pernahkah kamu melihat pemandangan sawah padi?
2)Cuba kamu sebutkan, apakah yang kamu nampak pada lukisan tadi?

Contoh Gurisan
Adakah kamu pernah melihat atau membuat gurisan krayon seperti gambar ini?

Definisi Gurisan
Maksud GURISAN ialah menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.

Alat dan bahan

Krayon Pencungkil gigi

Kertas lukisan

Demonstrasi aktiviti
Langkah 1 Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Warnakan sehingga kertas lukisan penuh.

Langkah 2 Kemudian, setelah siap, lakukan kemasan iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.

Langkah 3 Setelah itu, gunakan krayon berwarna hitam dan warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam.

Langkah 4 Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan.

Langkah 5 Dengan menggunakan pencungkil gigi, lukiskan pemandangan sawah padi dengan menggunakan teknik gurisan.

Apresiasi Seni

Selamat Mencuba

You might also like