Teks Ucapan Bajet 2013
“MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI”
FOKUS PERTAMA: MERANGSANG AKTIVITI PELABURAN
Tuan Yang di-Pertua,Pertumbuhan ekonomi negara akan terus dipacu oleh pelaburan langsung asing dandomestik. Dalam tempoh separuh pertama 2012, pelaburan swasta meningkatkepada 75.3 bilion ringgit berbanding 59.8 bilion ringgit bagi tempoh yang samatahun 2011. Trend ini dijangka berterusan dalam tahun 2013 dengan pelaburanswasta dijangka meningkat kepada 148.4 bilion ringgit.Kerajaan akan terus memperhebatkan pelaksanaan 12 Bidang Utama EkonomiNegara. Sejumlah 3 bilion ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaanbagi tahun 2013. Ini termasuk 1.5 bilion ringgit bagi projek pertanian seperti kelapasawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. Sebanyak 500 juta ringgitdiperuntukkan untuk projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang.Manakala, 300 juta ringgit lagi untuk projek pemulihan rangkaian paip danpembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
Menggalak Pelaburan Domestik
Tuan Yang di-Pertua,Seterusnya, bagi merangsang pelaburan domestik dan mempercepatkan penyertaansyarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global, Kerajaan telah menyediakan DanaStrategik Pelaburan Domestik bernilai 1 bilion ringgit di bawah LembagaPembangunan Pelaburan Malaysia. Dana ini bertujuan memanfaatkan aktivitipenyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan. Selain itu,Kerajaan juga memperkenalkan semula insentif pengambilalihan syarikat asing dankadar cukai khas bagi menggalakkan penyedia perkhidmatan tempatan bergabungmenjadi entiti lebih besar.