Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
2Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bajet 2013..pancing undi??

Bajet 2013..pancing undi??

Ratings: (0)|Views: 1,132|Likes:
Published by NajjZumi

More info:

Published by: NajjZumi on Oct 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2014

pdf

text

original

 
Teks Ucapan Bajet 2013
“MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI”
 
FOKUS PERTAMA: MERANGSANG AKTIVITI PELABURAN
 Tuan Yang di-Pertua,Pertumbuhan ekonomi negara akan terus dipacu oleh pelaburan langsung asing dandomestik. Dalam tempoh separuh pertama 2012, pelaburan swasta meningkatkepada 75.3 bilion ringgit berbanding 59.8 bilion ringgit bagi tempoh yang samatahun 2011. Trend ini dijangka berterusan dalam tahun 2013 dengan pelaburanswasta dijangka meningkat kepada 148.4 bilion ringgit.Kerajaan akan terus memperhebatkan pelaksanaan 12 Bidang Utama EkonomiNegara. Sejumlah 3 bilion ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaanbagi tahun 2013. Ini termasuk 1.5 bilion ringgit bagi projek pertanian seperti kelapasawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi. Sebanyak 500 juta ringgitdiperuntukkan untuk projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang.Manakala, 300 juta ringgit lagi untuk projek pemulihan rangkaian paip danpembentungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
Menggalak Pelaburan Domestik
 Tuan Yang di-Pertua,Seterusnya, bagi merangsang pelaburan domestik dan mempercepatkan penyertaansyarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global, Kerajaan telah menyediakan DanaStrategik Pelaburan Domestik bernilai 1 bilion ringgit di bawah LembagaPembangunan Pelaburan Malaysia. Dana ini bertujuan memanfaatkan aktivitipenyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan. Selain itu,Kerajaan juga memperkenalkan semula insentif pengambilalihan syarikat asing dankadar cukai khas bagi menggalakkan penyedia perkhidmatan tempatan bergabungmenjadi entiti lebih besar.
 
Mempergiat Perusahaan Kecil dan Sederhana
 Seperti kita maklum, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan perananpenting dalam transformasi ekonomi negara. Bagi mempercepatkan pertumbuhanindustri PKS dan perluasan skop kawasan industri di seluruh negara, dana sebanyak1 bilion ringgit akan disediakan di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalianSME Bank. Langkah ini memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan danseterusnya memajukan perniagaan mereka.Ini selari dengan Pelan Induk PKS (2012 - 2020) yang telah dilancarkan yangbertindak sebagai ‘game changer’ untuk mempercepatkan pertumbuhan PKSmelalui inovasi dan produktiviti. Pelan induk ini melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk 6 Program Berimpak Tinggi dengan peruntukan 30 juta ringgit.Dalam mempergiatkan Industri Halal, terutamanya membangunkan produk-produkhalal berimpak tinggi untuk tujuan eksport, SME Bank dengan kerjasama BankPembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak 200 jutaringgit bagi membiayai modal kerja PKS terlibat.Pada masa ini, terdapat 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil menjalankan perniagaansecara tradisional dengan struktur perniagaan kecil dan pendapatan harian tidakmenentu. Sehubungan itu, sebagai tanda keprihatinan dengan kekangan yangdihadapi oleh mereka sekiranya berlaku kemudaratan diri, hilang upaya sertakematian, Kerajaan mencadangkan skim perlindungan insurans berkelompokkepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya SyarikatMalaysia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga 5,000ringgit. Buat pertama kalinya, Kerajaan akan membiayai skim ini denganperuntukan sebanyak 16 juta ringgit setahun.Di samping itu, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan memperkenalkan programBusiness In Transformation bagi menyokong usaha bersepadu memodenkanperniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada standard yang lebih tinggidan berdaya saing dengan menggunakan model licensing atau franchising. Programini akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat ke atas konsep perniagaan baruseperti kedai bergerak, kiosk dan perniagaan atas talian. Untuk ini, PNS akan
 
menyediakan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan pinjamansehingga 25 ribu ringgit bagi licensee dan 500 ribu ringgit kepada licensor.
Malaysia Sebagai Hab Minyak dan Gas
Tuan Yang di-Pertua,Kita bersyukur kerana dikurniakan punca galian berharga iaitu minyak dan gas aslidi pesisir pantai. Kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia daripada sekadarpengeluar, kepada salah satu hab dagangan minyak dan gas bersepadu utamadunia.Jadi, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah strategik meningkatkankeupayaan negara terutamanya dalam menyediakan ekosistem yang berupayamenyokong pembangunan rantaian penapisan, penyimpanan dan dagangan. Bagimendokong penglibatan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dangas, pelbagai insentif cukai dan insentif bukan cukai istimewa telah dirangka. Initermasuk bantuan kos pengambilalihan tanah dan bantuan kewangan sebagaitipping point projek perkongsian awam swasta, pengecualian cukai pendapatan 100peratus untuk tempoh 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan pengecualianduti setem.Bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum, Elaun Cukai Pelaburansebanyak 100 peratus untuk tempoh 10 tahun diberi kepada yang layak. Hasilinsentif, pelbagai projek pelaburan minyak dan gas bernilai 20 bilion dolar US telahdimulakan termasuk projek Petronas Refinery and Petrochemical IntegratedDevelopment atau Rapid, Terminal Simpanan Minyak dan Gas di Johor, LojiRegasifikasi di Melaka dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.Pada tahun lepas, Kerajaan juga telah melancarkan Program Global Incentive forTrading atau GIFT dengan galakan cukai pada kadar 3 peratus. Sehubungan denganpermintaan global LNG yang dijangka mencecah 400 juta tan setahun pada tahun2025, program GIFT ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 3 tahun pertama operasi bagisyarikat dagangan. Dagangan komoditi yang diluluskan akan diperluaskan kepada

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->