You are on page 1of 2

B4 D24 E1

Nama Rumah Perlindungan : Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sinar Juita Alamat : Jalan Petri/Mariammah, 80000 Johor Bahru, Johor.
Lokasi : Johor Bahru, Johor. Kemudahan yang disediakan : Gambar yang sesuai :

Sumbangan yang diperlukan :

Sumbangan yang boleh dihulurkan :

B6 D24 E1 Lawatan ke Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sinar Juita


Pada 28 September 2012, seluruh tingkatan satu dari SMK Sultan Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sinar Juita yang terletak di Johor Bahru, Johor. Seramai 210 orang murid dan 6 orang guru telah menyertai lawatan tersebut. Tujuan lawatan kami adalah untuk melakukan khidmat masyarakat. Sesampainya kami ke lokasi, kami memulakan aktiviti gotong-royong dibantu oleh penghuni pusat perlindungan tersebut. Selain daripada membersihkan kawasan sekitar, kami juga mengecat bangunan yang telah usang. Kelengkapan perabot baharu bagi mengganti yang lama juga telah kami dermakan kepada pusat perlindungan tersebut. Saya telah menghulurkan tangan dalam kesemua aktiviti yang telah dijalankan supaya beban semua orang dapat diringankan lagi. Perabot-perabot yang lama telah saya dan rakan-rakan pindahkan ke luar manakala perabot-perabot yang baharu kami letakkan di tempat yang sesuai. Saya juga telah membantu melukis mural atas dinding semasa aktiviti mengecat dilakukan. Dengan berjalannya aktiviti-aktiviti tersebut, saya dan rakan-rakan serta semua yang terlibat telah mengeratkan dan menjalinkan hubungan silaturrahim. Kawasan pusat perlindungan juga telah menjadi lebih bersih dan ceria. Kami juga telah memupuk semangat bekerjasama apabila bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti keceriaan. Banyak faedah dan manfaat yang telah diperolehi daripada lawatan ke pusat perlindungan kanak-kanak tersebut. Sebelum kami pulang, satu majlis perpisahan telah diadakan. Pihak kami menyampaikan sedikit cenderahati sebagai kenangan kepada penghuni-penghuni di sana. Semua peserta yang terlibat berasa gembira dan bercadang untuk melakukan aktiviti yang sama di lokasi yang berlainan pula. Disediakan oleh, 29 September 2012.

............................. ( CHAN HUI JING ) SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN, PAHANG.

You might also like