You are on page 1of 5

3.

bagaimana anda selaku Cikgu Rahman boleh memujuk hati Ahmad dengan menggunakan teori Pemusatan Perorangan

Teras tema yang dikemukakan dalam teori Pemusatan Perorangan ini adalah prinsip kemampuan mendengar dan menerima klien tanpa membuat

sesuatu penghakiman, sekiranya kaunselor mahu klien mengubah tingkah lakunya. Dalam teori ini juga seorang klien itu dipercayai mempunyai tanggungjawab sendiri dan berkuasa mengarah diri untuk kebahagiaan hidupnya. Muhd Mansur Abdullah di dalam bukunya Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah menyatakan bahawa hasil dari proses pemusatan klien ini

membenarkan corak perkembangan biasa terhadap seseorang individu itu.

3.1

Guru sebagai pendengar dan pembimbing. Dalam situasi Cikgu Rahman dalam usaha untuk memujuk hati ataupun mengubah tingkah laku Ahmad ke arah yang lebih baik, Cikgu Rahman boleh menggunakan strategi dan teknik berpandukan teori ini. Pertama, Cikgu Rahman harus memberi peluang kepada Ahmad untuk meluahkan permasalahan dan perasaanya dan bercerita tentang mengapa dia bersikap demikian di sekolah. Hal ini dibuktikan menurut Roger (1966) matlamat terapi digunakan adalah bertujuan untuk menolong klien supaya kongruen terhadap diri dan persekitarannya. Menerima dirinya secara sedar melalui setiap satu-satu pengalaman yang dihadapinya, individu akan menjadi lebih realistik dalam persepsinya. Selain itu ia membolehkan Ahmad berkembang mencapai self -actualization. Oleh itu, dalam

permasalahan yang ditunjukkan oleh Ahmad seperti ponteng kelas, tingkah laku menggangu mungkin disebabkan beliau mempunyai masalah dengan persekitaran sekolah. Menurut Dadot di dalam penulisan yang bertajuk Pandangan Humanistik Terhadap Manusia Rogers menyatakan jika manusia dalam keadaan yang memungkinkan dan mempunyai kesempatan untuk berkembang maka dirinya akan terarah untuk menjadi peribadi yang maju dan positif, bebas dari kecelaruan dan menjadi

anggota masyarakat yang bertingkah laku secara memuaskan.sumber dipetik dari (http://warok.web.id/pandangan-humanistik-tentang-hakikatmanusia/)

3.2

Fokus terhadap emosi berbanding unsur intelektualisme Seterusnya, semasa menjalankan sesi kaunseling Cikgu Rahman perlu lebih fokus terhadap emosi Ahmad berbanding unsur-unsur intelektualisme. Contohnya Cikgu Rahman perlu memberi tumpuan terhadap luahan perasaan dan memberikan respon yang sesuai dengan emosi Ahmad ketika itu. Dalam situasi Ahmad yang dikatakan kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan juga datuk dan neneknya. Cikgu Rahman perlu mendorong serta menyediakan maklum balas terhadap Ahmad seberapa tepat yang boleh tentang perasaan-perasaan yang diluahkan oleh mereka. Dengan ini Ahmad dapat memandang

kesemua perasaan itu secara lebih bermakna dan bermatlamat. Bermatlamat dalam konteks ini adalah untuk menyedari mengapa dirinya tidak disukai oleh datuk dan neneknya dan juga cuba untuk mengubah tingkah laku agar dapat mengubah persepsi individu lain terhadapnya. Ini dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh Muhd Mansur Abdullah. (1993) di dalam bukunya Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah bahawa manusia itu ada pengetahuannya, tetapi ia dilindungi oleh perasaan dan emosi daripada rasa kesedaran sebenar dan terus ia menerima tingkah lakunya itu. Maka kerana dia bertindak balas secara emosi , menyebabkan pengetahuannya tidak dapat membantunya mengubah tingkah laku.

3.3

Membantu Ahmad menjadi kongruen Dalam memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman Ahmad, Cikgu Rahman perlu merujuk kepada konsep kendiri iaitu dalam diri individu terdapat Ideal Self dan Real Self. Berdasarkan situasi Ahmad, dia tidak menunjukkan Ideal self yang sepatutnya ditunjukkan. Contohnya

guru-guru Ahmad mahukan Ahmad berkelakuan baik, menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. Namun begitu, sikap yang ditunjukkan oleh Ahmad adalah sebaliknya iaitu ponteng kelas, menggangu rakan iaitu Real self. Oleh itu, Cikgu Rahman perlu menjadi cermin kepada diri Ahmad dengan mencari kekuatan yang ada pada diri Ahmad supaya

Ahmad sedar dan menghayati sifat dan ciri yang ada padanya. Ini dibuktikan dengan kenyataan Rogers, jika terdapat banyak persamaan di antara kendiri dengan pengalaman (merujuk kepada persekitaran), maka seseorang akan mengalami perasaan kongruen. Sebaliknya pula, bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama di antara kendiri dan pengalaman maka akan wujudlah keadaan tidak kongruen seperti kerisauan, kekecewaan, kebimbangan dan ketegangan.yang menjadi punca permasalahan Ahmad. (dipetik dari

http://iconkarismatik.blogspot.com/2009/03/teori-kaunseling.html). Ia juga bertepatan dengan kenyataan Robert D. Myrick ( 1997) bahawa konflik timbul apabila konsep kendiri dan peristiwa luaran tidak selaras. Ketegangan meningkat dan reaksi pada realiti persekitaran mungkin menjadi lebih baik atau lebih buruk, terpulang kepada keupayaan seseorang untuk menerima, menghadapi dan mennyesuai dan

menggabungkannya.

3.4

Keikhlasan dan ketulenan Selain itu, Cikgu Rahman harus menunjukkan bahawa dia ikhlas

dan bersungguh-sungguh dalam membantu Ahmad mencari jalan penyelesaian yang terbaik. . Melalui kualiti keikhlasan dan kejujuran yang ditonjolkan oleh Cikgu Rahman maka ia dapat membina keyakinan dan kepercayaan Ahmad terhadap Cikgu Rahman. Menurut Choong Lean Keow (2010) , seorang kaunselor perlu mempunyai sifat ketulenan iaitu tidak terikat dengan peranan, bersifat spontan, tidak bersifat defensive, tekal dan membuat perkongsian diri. Dalam erti kata yang lain seorang kaunselor perlu menunjukkan keikhlasan diri dan kongruen. Kongruen

dalam hal ini bermaksud keadaan diri kaunselor yang tulen semasa terapi. Othman Mohamed (2005) menyatakan pengalaman perhubungan yang wujud mempamerkan keikhlasan kaunselor untuk menolong klien. Kaunselor yang kongruen mampu bergerak dan meluahkan secara ikhlas perasaanya, baik yang positif ataupun negatif semasa berkomunikasi dengan kliennya. Dalam situasi Ahmad, Cikgu Rahman perlulah jujur semasa berhadapan dengan Ahmad dimana dia perlu menyatakan pendapat ataupun nasihat yang telus dan jujur sekiranya dia sendiri mengharapkan kejujuran daripada Ahmad.

3.5

Penerimaan Tanpa Syarat Penerimaan tanpa syarat akan menimbulkan kesedaran tentang pengalaman rasa hati terpendam. Seorang kaunselor seharusnya menggunakan pendekatan tidak menilai tetapi perlu memberikan kasih sayang kepada sesiapa sahaja secara adil. Dalam kes Ahmad, semasa menasihati Ahmad Cikgu Rahman perlu bersikap adil di mana Cikgu Rahman perlu membina satu tanggapan bahawa Ahmad merupakan pelajar yang berpotensi untuk berubah dan mampu belajar untuk menunaikan tanggungjawab secara konstruktif. Cikgu Rahman perlu mempamerkan ciri-ciri seperti memberi perhatian yang berkualiti kepada Ahmad semasa sesi luahan perasaan, tidak meletakkan kesalahan kepada Ahmad secara spontan dan sentiasa berusaha meningkatkan semangat dan potensi Ahmad. Othman Mohamed ( 2005) menyatakan Penerimaan dengan keredaan terhadap klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan apa sahaja perasaanya semasa kaunseling dijalankan. Apabila klien berpeluang meluahkan perasaanya secara biasa, mekanisme bela dirinya akan berkurangan dan ini adalah sesuatu kebaikan dalam pertumbuhan mental klien. Ia juga dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh Rogers mengenai manusia bahawa manusia sebagai makhluk yang positif, rasional dan sentiasa bergerak maju. Manusia cenderung ke arah penyempurnaan kendiri sekiranya ia

diberi

kebebasan

mengalami,

memenuhi

dan

menyempurnakan

keperluan-keperluan asasnya

3.6

Empati Empati merujuk kepada kebolehan seorang kaunselor menyelami proses mental dan emosi yang dialami oleh kliennya. Menurut Carl Rogers (1975), Nugent (1994) dan Sabariah Sirun (2003) empati ialah keupayaan kaunselor memasuki dunia klien bagi mengalami dunia klien itu sendiri. Ia juga didefinisikan sebagai kebolehan kaunselor melihat ruang rujuk dalaman klien supaya dunia dan makna yang diutarakan klien dapat dikomunikasikan dengan tepat dan jelas. Shertzer dan Stone (1981) pula menjelaskan empati bermaksud kebolehan menyedari apa yang sedang berlaku dalam proses kaunseling, berdasarkan tingkah laku verbal dan non verbal klien.Manakala Egan (1998), menyatakan empati sebagai satu kemahiran komunikasi yang membolehkan kaunselor mentafsir pemahaman mereka berdasarkan pengalaman, perlakuan dan perasaan yang ditunjukkan oleh klien di petik dari http://alisya-

safya.blogspot.com/2010/12/empati-dalam-kaunseling.html. Berdasarkan masalah Ahmad yang mudah marah sukar dikawal dan nakal, Cikgu Rahman perlu cuba menyelami emosi Ahmad berdasarkan pemerhatian terhadap tingkah laku, memek muka dan juga respon Ahmad. Melalui pemerhatian itu Cikgu Rahman boleh cuba memahami dan masalah yang dihadapi oleh Ahmad.

You might also like