Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ubi Keledek

Ubi Keledek

Ratings:

4.33

(3)
|Views: 1,793 |Likes:
Published by harundin99

More info:

Categories:Types, Research
Published by: harundin99 on Jan 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

04/06/2013

 
PENGENALAN
Kebanyakkan ubi keledek 
( lpomoea batatas (L.) Lam
. ) kini ditanam oleh pekebunkecil untuk dipasarkan sebagai ubi segar bagi makanan manusia. Hanya sebahagian kecildiproses menjadi snek tradisional seperti kerepek dan cakar ayam serta kuih – muihseperti keria. Kawasan penaman ubi keledek di Semenanjung Malaysia agak stabil padatahap kira –kira 2000 ha setahun. Keadaan ini disebabkan tiada potensi untuk memperluaskan kawasan penanaman ubi kelede jika tumpuan hanya pada pasaran ubisegar yang begitu terhad permintaannya.Walau bagaimanapun potensi unutk memproses ubi keledek menjadi produk makanan seperti makanan snek, produk reroti, tepung pracampura dan frenh fries( semacam jejari kentang goreng ) amat cerah. Permintaan produk sebegitu makin berkembang kerana gaya hidup masa kini yang menghargakan penjimatan masa.
PRASARANA LADANG
Tapak ladang mesti mempunyai kemudahan jalan untuk memudahkan pengangkutan hasil dan input ladang.
Hampir semua jenis tanah dengan saliran yang baik sesuai untuk tanaman ubikeledek.
Sistem pengaliran renjis ( sprinkler ) amat sesuai untuk tanaman ubi keledek.Sumber seperti kolam buatan, paya atau anak sungai berhampiran ladang.
Sebuah stor untuk menyimpan input ladang hendaklah disediakan.
 
PENYEDIAAN TANAH
Boleh dikatakan semua jenis tanah sesuai untuk penanaman keledek.
Kapur diperlukan pada kadar 3-6 t/ha untuk menaikkan pH tanah. pH tanah yang paling sesuai ialah 5.0. kesan pengapuran boleh bertahan 3-5 musin penanaman.
Semasa menyediakan tanah, pastikan semua tunggul atau serpihan kayu telahdibuang untuk mengelakkan jangkitan penyakit serta menjamin bilangan pokok yang optimum boleh ditanam.
Peringkat pertama ialah dengan menggunakan bajak piring (disc plough) dengankedalaman 25cm. Seeloknya dilakukan pada musim panas dan dibiarkan selama14 hari untuk mematikan rumpai dan juga benih rumpai yang ada.
Kemudian gunakan bajak sikat ( disc harrow ) untuk memecahkan ketulan yang besar supaya menjadi lebih kecil.
Selepas itu, alat pemutar-pembatas (rotor-ridger) digunakan untuk menggembur tanah seterusnya membina atas. Jarak antara batas ialah 1.0m dengan tinggi 30cmdengan bahagian tapak batas 60cm.
PENYEDIAAN KERATAN DAN PEMILIHAN VARIETI
Bagi penanaman seluas 1.0 hektar, jumlah keratan atau bahan tanaman yangdiperlukan ialah 40,000 keratan.
Tapak semaian perlu disediakan untuk membiakkan bahan tanaman. Keratan pucuk yang sihat sepanjang 30cm dengan lebih kurang tujuh mata tunas amatsesuai diambil dari pokok yang berumur 2-2 ½ bulan. Keratan kedua bolehdiambil sekiranya bahan tanaman tidak mencukupi, tetapi hasil yang diperolehitidak setanding dengan hasil pokok dari keratan pucuk.
Rendam keratan ke dalam larutan carbarly pada kadar 15 g/10 liter air selama 10-15 minit untuk membunuh segala telur dan ulat perosak sebelum menanam.
Keratan boleh juga disimpan ditempat teduh selama 2-3 hari untumenggalakkan pengeluaran akar supaya pertumbuhan lebih terjamin.
 
Varieti ubi keledek Gendut amat sesuai ditanam untuk dijual segar, untuk membuat kuih tradisional atau diproses menjadi jejari keledek.
Untuk pemprosesan tepung, varieti Telong dan Jalomas lebih sesuai ditanam.
Kini tardapat varieti baru yang mempunyai kandungan beta-kerotena yang tinggidan sesuai untuk dimakan segar atau diproses. Varieti ini telah dikeluarkan secararasmi oleh MARDI pada 12 Jun 2007 dan ia dinamakan ’
vitAto
’.
PENANAMAN
Menanam ubi keledek secara bergilir dengan tanaman lain digalakkan untuk mengelakkan serangan perosak dan penyakit dan untuk mengelakkanketidakseimbangan nutrien di dalam tanah. Ubi keledek boleh digilirkan dengantanaman seperti jagung manis, sengkuang, labu manis dan tembikai.
Sebelum menanam, tapak tanaman hendaklah disembur dengan racun pracambahiaitu metolachlor pada kadar 1.8 liter/ha 4-7 hari sebelum menanam. Ini untuk membunuh benih rumpai di dalam tanah bagi mengurangkan persaingan pada peringkat awal pertumbuhan ubi keledek.
Ubi keledek boleh ditanam sepanjang tahun jika sumber air terjamin. Bagikawasan yang tiada sumber air, penanaman hendaklah dibuat pada permulaanmusin hujan supaya pada peringkat awal tidak terjejas.
Keratan ditanam pada jarak 1.0 m X 0.25 m secara berbaring dan ditimbus dengan bahagian hujungnya di atas tanah. Dengan jarak ini, satu hektar memerlukan40,000 keratan.
Di tanah pasir, menanam keratan secara menegak diamalkan kerana suhu pasir  boleh meningkat ke aras 50
0
C. Sekiranya keratan dtanam secara berbaring, pasir yang panas boleh menyebabkan keratan lecur.
Arah penanaman perlu diseragamkan untuk memudahkan kerja kemudian sepertimembaja dan membuat lurah.

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wong Wen Chyi liked this
Aini Ramli liked this
Faridah Rasdin liked this
Siti Ahmad liked this
Siti Ahmad liked this
badiulzaman liked this
Noomiee Naj liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->