You are on page 1of 16

Nama NPM Kelas

: Eko Sulistio : 12111390 : 2KA43

Peribahasa Indonesia
laba sama dibagi, rugi sama diterjuni Maksud: Bersahabat sehidup semati. laba tertinggal, harta lingkup Maksud: Keuntungan tidak diperoleh, modal pula habis. ladang yang berpunya Maksud: Perempuan yang telah berkahwin. lading tajam sebelah Maksud: Orang yang mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi. lading tak tahu akan majalnya Maksud: Orang yang tidak insaf akan kelemahan dirinya. lagi jatuh ditimpa tangga Maksud: Berturut-turut mendapat kesusahan. lagi lauk, lagi nasi Maksud: Makin kaya makin banyak sahabat. lagi murah, lagi ditawar Maksud: Makin diberi, makin ban yak yang diminta. lagi nampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung

Maksud: Orang miskin yang lupa akan bahaya yang mungkin akan mencelakakan dirinya setelah mendapat kekayaan. lagi sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak Maksud: Mendapat malu menyembunyikan muka. lagi teduh, lagi berkajang Maksud: Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya. lagi terang, lagi bersuluh Maksud: Sesuatu perkara yang sudah nyata diterangkan lagi agar lebih jelas. lain bengkak, lain bernanah Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang menanggung akibatnya. lain di mulut, lain di hati Maksud: Yang dikatakan berlainan dengan yang ada di dalam hati. lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi Maksud: Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki. lain dulang lain kaki, lain orang lain hati Maksud: Setiap orang berbeza kesukaannya. lain galang, lain perahu yang disorong Maksud: Berlainan perbuatan daripada tujuannya. lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya Maksud: Setiap negeri, lain adat dan peraturannya. langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul Maksud: &dudukan atau pekerjaan yang tidak kekal. besar sehingga tiada tempat untuk

langit akan disigai Maksud: Ingin berbuat sesuatu yang mustahil. lain luka lain menyiuk, lain sakit lain yang mengaduh Maksud: Orang lain berbuat salah tetapi orang lain yang dihukum. lain mangkuk, lain cawan Maksud: Tidak sama pembawaan dan kesukaan. lain orang, lain hati Penerangan: Setiap orang mempunyai hati atau keinginan yang berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai kehendak atau pendapat yang tersendiri. Ayat contoh: Tidak semua orang dapat berfikir secara positif dengan tindakan Haji Rais mendekati budak-budak nakal itu kerana lain orang, lain hati. lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat Maksud: Tanya lain jawab lain atau lain yang diminta lain yang diberikan. laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan Maksud: Kepentingan sendiri diabaikan kerana mementingkan hal orang lain. laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus Maksud: Sangat kuat dan teguh. lain yang makan nangka, lain yang kena getah Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang kena hukum. laksana batik lasam Maksud: Sesuatu yang semakin dipakai menjadi semakin baik.

laksana umang-umang, di mana sa rang udang di situ tempat menumpang Maksud: Perihal seseorang yang bergantung hidup pada orang lain. laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur Maksud: Menghilangkan diri. laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri Maksud: Barang yang sudah tua atau buruk mudah rosak. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak Maksud: Orang yang tampan dan cantik tetapi tidak berbudi. laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong Maksud: Orang tidak berpengetahuan, cakap sahaja yang besar: laksana burung diam di dalam sangkar Maksud: Seseorang yang tiada kebebasan. laksana cembul dengan tutupnya Maksud: Sesuai benar antara satu sama lain atau secocok. laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku Maksud: Perempuan gemuk yang tidak disukai orang. laksana jentayu menantikan hujan Maksud: Sangat rindu. laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku Maksud: Pengetahuan yang tidak mencukupi tiada gunanya. laksana janda baru bangun tidur Maksud: Perempuan yang sangat menarik hati lelaki.

laksana kaca terhempas ke batu Maksud: Satu pengharapan yang musnah. laksana kain putih Maksud: Pekerti seseorang yang mudah dipengaruhi oleh orang lain. laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki Maksud: Mahu menjaga yang banyak sehingga terlepas yang di tangan. laksana katak, diharung ular Maksud: Berlari lintang-pukang kerana ketakutan. laksana katak, sedikit hujan banyak bermain Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil. laksana kodok ditimpa kemarau Maksud: Sangat gelisah dan berasa keluh-kesah. laksana kodok mendapat bunga sekuntum Maksud: Tidak tahu menggunakan barang yang baik. laksana layang-layang melawan angin Maksud: Perbuatan yang sia-sia. laksana lembu kasi, galak tiada terlawan Maksud: Badan sahaja yang besar tetapi penakut. laksana lempeng terbuang Maksud: Bagi orang berada, sedikit itu tiada guna tetapi bagi orang miskin, besar ertinya. laksana mencari sungai yang tidak berhulu Maksud: Perbuatan yang sia-sia sahaja.

laksana pahat dengan penukul Maksud: Orang yang bekerja apabila dipaksa. laksana pencalang sarat, tiada ke timur tiada ke barat Maksud: Orang yang sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja. laksana pohon kayu tidak berbuah Maksud: Ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna. laksana sampan pukat Maksud: Orang yang tidak pernah keluar jauh dari kediamannya. laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau Maksud: Memperlihatkan keunggulan apabila perlu sahaja. laksana taji dibentuk Maksud: Kening yang elok. laksana terung bertunang ikan kering Maksud: Perihal dua benda yang sangat sesuai. lalang ditanam takkan tumbuh padi Maksud: Kejahatan yang dilakukan tidak mungkin dibalas dengan kebaikan. lalang terbakar, si carik menumpang mati Maksud: Mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. lalat memanglah mencari puru Maksud: Lelaki jahat tentulah akan mencari perempuan yang jahat juga. lalu hangus, surut layu Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.

lalu penjahit lalu kelindan Maksud: Apabila usaha yang pertama berhasil, usaha yang berikutnya akan berhasil juga. lama hidup banyak dirasa, jauh berjalan banyak dilihat Maksud: Orang tua yang banyak pengetahuan dan pengalaman hidup. lambat laga asalkan menang Maksud: Mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai. lampu kekurangan minyak Maksud: Dalam keadaan payah. lamun ada ubi, tiada ubi gandang jadilah Maksud: Jika tiada yang baik, yang kurang baik pun berguna. lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau Maksud: Jikalau takut akan kesusahan, jangan buat sesuatu yang berisiko. lancar kaji kerana diulang Maksud: Kepandaian dan kemahiran diperoleh kerana selalu berlatih. langit dapat dilukis, sudut kembut diserayakan Maksud: Kerja yang besar mampu dibuat seorang tetapi kerja yang kecil minta pertolongan. langit menelungkup Maksud: Sesuatu peristiwa malang yang terjadi dan tidak dapat dihalang. langit menimpa kepala, bumi memegang kaki Maksud: Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

langit runtuh bumilah terban Maksud: Kehilangan tempat bergantung hidup. langkah yang telah terlangkahkan Maksud: Sesuatu yang telah dimulai sukar untuk ditarik balik. lantai dan dinding bertelinga belaka Maksud: Bercakap tentang sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui Maksud: Adat atau peraturan yang tidak baik hendaklah diganti atau dibaiki. lapuk oleh kain sehelai Maksud: Berkahwin sekali sahaja. larat ke negeri orang Maksud: Mencari penghidupan di daerah atau di negeri lain. lautan budi, tepian akal Maksud: Orang yang cerdik dan pandai. lautan mana yang tidak bergelombang Maksud: Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. Laut budi gedung bicara Maksud: Orang yang banyak ilmu. laut datang memunggah mutiara Maksud: Orang yang pandai datang mengajarkan ilmu kepada kita. laut ditembak, darat kena Maksud: Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.

laut ditimba akan kering Maksud: Harta yang banyak sekalipun akan habis juga kalau selalu dibelanjakan. laut madu berpantaikan sakar Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang elok rupanya. laut mana yang tidak berombak Maksud: Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah Maksud: Orang besar yang baik tidak akan menolak jika diminta pertolongan. laut yang dalam dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya Maksud: Hati manusia tiada sesiapa yang mengetahuinya. laut yang dalam sudah diselami, inikan pula air dalam terenang Maksud: Kalau biasa membuat kerja besar, tidak khuatir akan kerja yang kecil. lawak-lawak main bunga tahi Maksud: Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. layang-layang putus talinya Maksud: Sudah putus pengharapan atau hilang pegangan. layar menimpa tiang Maksud: Orang yang diharapkan telah menjadi belot atau kawan menjadi lawan. layu bunga digenggam, layu rumput di halaman Maksud: Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

lebai berjanggut, kambing pun berjanggut juga Maksud: Pakaian dan rupa sama tetapi kedudukannya lain-lain. Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu.

lebih baik seekor singa di padang yang luas daripada seekor ular di dalam rumput Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh yang kuat di tempat terang daripada musuh yang kecil di tempat yang tersembunyi. lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai Maksud: Mempunyai seorang sahabat yang baik lebih berfaedah daripada ban yak kenalan. lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok Maksud: Kesulitan ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana tidak berilmu. lecah di kaki Maksud: Suami yang tidak bertanggungjawab. leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang Maksud: Membuat pekerjaan yang merugikan. lelap kemalingan Maksud: Kalau tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya. lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk Maksud: Perbuatan yang mendatangkan bencana. lemah diraih, pantai dititi dilakukan kerana nafsu akhirnya akan

Maksud: Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah. lemah lembut lintah, lekat payah lucut Maksud: Orang yang lemah lembut tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya. lemah liat kayu akar, dilentur boleh patah tak dapat Maksud: Seseorang yang kelihatan lemah tetapi tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. lemak lauk dikunyah-kunyah, lemak kata diperkatakan Maksud: Sedap daging dimakan, sedap kata dimuafakat atau diikuti. lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan Maksud: Yang nampak baik itu jangan terus diterima dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak. lemak menapis, condong menompang Maksud: Tolong-menolong antara satu sama lain. lemak penyelar daging Maksud: Membelanjakan harta benda tuannya. lembah jua yang dituju air Maksud: Orang yang sudah kaya akan terus kaya. lembu dogol jangan dibalun Maksud: Orang yang tidak melawan jangan diusik, jika dia melawan tentu berbahaya.

lembu tanduk panjang, tak menanduk pun dikatakan menanduk juga Maksud: Orang yang sudah terkenal akan kejahatannya sering dituduh berbuat jahat.

lempar batu sembunyi tangan Maksud: Melakukan sesuatu kejahatan kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu akan hal tersebut. lempar bunga dibalas tahi Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Lengan bagai lilin dituang


Maksud: Lengan yang cantik. lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu Maksud: Orang yang tidak menyedari kekurangan diri. lenggang-lenggok bagai cupak hanyut Maksud: Langkah yang lemah lembut. lenggang patah sembilan Maksud: Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik. lenggang seperti kangkung diayun riak air Maksud: Berjalan melenggang tanpa arah tujuan. lepas bantal berganti tikar Maksud: Lelaki yang mengahwini saudara perempuan isterinya apabila isterinya itu meninggal dunia. lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau Maksud: Terhindar daripada suatu kecelakaan lalu mendapat kecelakaan yang lain. . lepas kaki, leher terjerat Maksud: Orang jahat yang sudah tidak dapat melarikan diri lagi.

lepas putih, hitam tak dapat Maksud: Sesuatu yang dihajati tidak dapat tetapi yang ada pula hilang. lepas taufan paksa baik Maksud: Habis kesusahan timbullah kesenangan. lesung mencari alu Maksud: Perempuan mencari lelaki. lewat dimanis, masam; lewat diharum, busuk Maksud: Perihal arang yang mulanya berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih. licin bagai basuh perahu Maksud: Menderita kerugian. licin bagai belut Maksud: Orang yang tidak mudah ditipu atau diperangkap. licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang Maksud: Sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh dan sombong kerana harta atau barang yang dipinjam. lidah bercabang bagai biawak Maksud: Selalu berubah dan tidak boleh dipercayai kata-katanya. lidahnya masin Maksud: Perkataannya itu diturut dan permintaannya diterima. lidah terkalang Maksud: Tidak dapat membantah kerana terhutang budi. lidah tidak bertulang Maksud: Mudah berjanji dan mudah memungkirinya.

lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang Maksud: Orang mendapat kemalangan kerana tidak menjaga tutur katanya. limau masak seulas Maksud: Mempunyai kelebihan seperti orang lain.

Linggi diserang Riau yang alah


Maksud: Menyerah tanpa berjuang longgar sendat, lapang bertukun Maksud: Berpura-pura untuk menerima sebenarnya menolak kebenaran itu. lonjak bagai labu dibenam Maksud: Angkuh atau sombong. lubuk akal tepian ilmu Maksud: Orang yang berilmu dan sentiasa menggunakan akal. lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk Maksud: Nasib manusia tidak tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah. lubuk lepas tuba, ikan akan mati Maksud: Mengajukan sesuatu perkara hendaklah tepat pada masanya, jangan terlewat. sesuatu kebenaran, tetapi

Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga


Maksud: Walaupun telah berbaik-baik, tetapi pertelingkahan yang lama masih tersimpan di dalam hati.

luka tangan kanan oleh tangan kiri Maksud: Jangan terlalu percaya akan sahabat sahabatlah yang akan mengecewakan kita. lulus tabuh perhatian Maksud: Berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat. lulus tidak berselam, hilang tidak bercari Maksud: Perihal orang yang menanggung kesusahan tetapi tiada yang menolongnya. lunak disudu, keras ditakik Maksud: Orang yang menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut dan sebaliknya orang yang degil akan dikasari. lunak gigi daripada lidah Maksud: Berlemah lembut atau merendah diri yang berlebihan atau tidak sepatutnya. lupa ketinggalan, lelap kemalingan Maksud: Kalau kurang berhati-hati tentunya mendapat kerugian. lupa mengingatkan, terlelap dijagakan Maksud: Sikap ingat-mengingati antara sahabat. lurah dituruni, bukit didaki Maksud: Gigih dan tidak mengenal lelah. lurus bagai parit Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat. lurus lubang, lurus penjolok Maksud: Bersikap tegas tetapi adil. kerana kerap kali

lurus-lurus sumpitan Maksud: Tipu muslihat untuk mencari keuntungan untuk diri sendiri. lurus bagai parit Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat.

Referensi : http://www.zebhi.com/2010/02/kumpulan-peribahasa-indonesia-arti.html

You might also like