1
.
PERGERAKAN ASASPENGENALAN
Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman ituakan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapatmembantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkandengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik danakhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakanmerupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepadaempat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satubidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-muriddapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan denganitu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkanperkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yangdilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor danmanupulatif alat.
Rajah 1.1:
Pergerakan Asas
PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
1.2.1 Konsep
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalampersembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakanbadan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.