Professional Documents
Culture Documents
PENSYARAH PEMBIMBING :
DR. HAJI. SAJAP BIN MASWAN
PENGENALAN
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Suatu perubahan yang signifikan perlu dilakukan oleh guru tentang cara mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah tiba masanya budaya pembelajaran diubah daripada pemfokusan memori kepada pengetahuan, pemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).
Menurut Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Menurut Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan penyampaianmelalui lisan. Beliau turut menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.
PENILAIAN
Dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.
Suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dicapai.
Analisis korelasi:
Mohd. Majid (1991), memberi penekanan tentang perkaitan antara pemboleh ubah. Wiersma (2000), tidak memanipulasikan pemboleh ubah tetapi hanya mengkaji kesan dan hubungan yang wujud antara pemboleh ubah ; perhubungan dua pemboleh ubah yang dikaji merupakan korelasi. Instrumen yang digunakan untuk penilaian ialah soal selidik.