You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROJEK PEMASANGAN RANGKAIAN INTERNET TANPA WAYAR SEKOLAH XXXXX PENDAHULUAN Projek pemasangan Rangkaian Internet

et Tanpa Wayar di Sekolah XXX (masukkan nama sek anda) adalah bertujuan untuk memudahkan warga pentadbir, guru dan murid memperoleh maklumat menggunakan capaian intenet dengan teknologi Wi-Fi . Proses capaian sedia ada adalah sukar kerana pusat capaian yang terhad iaitu di makmal komputer sahaja. OBJEKTIF 1. Memudahkan warga pentadbir, guru dan murid memperoleh maklumat dari dunia siber. 2. Memudahkan komunikasi di antara warga sekolah dan pihak luar seperti Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain. 3. Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga sekolah. 4. Informasi terkini dapat diperoleh dengan lebih pantas. TEKNOLOGI Wi-Fi Dalam perkembangan teknologi hari ini, teknologi komputer datang dengan satu konsep yang memudahkan pengguna komputer untuk berkomunikasi dalam jarak jauh tanpa pengunaan wayar. Teknologi Wi-fi ini juga kadangkala dikenali sebagai Internet tanpa wayar. Ia banyak digunakan oleh ISP seperti Tmnet dan Jaring untuk memberikan kemudahan internet percuma kepada pengguna , ia sering dikenali sebagai HOT SPOT. 2 kompenen asas untuk melaksanakan Wi-fi ini. a) Pemancar Wireless juga dikenali sebagai AP sebagai peranti utama untuk menyebarkan internet kepada pengguna. Biasanya AP ini akan digandingkan sekali dengan modem internet untuk mewujudkan rangkaian internet tanpa wayar. b) Sebelah pengguna pula mereka perlu mempunyai penerima pemancaran IP tadi. Ada 3 pilihan untuk berhubung dalam teknologi Wi-fi ini , antaranya ialah i. Kad PCMCIA biasanya disambungkan kepada notebook sahaja . Kad ini agak mahal tapi antara yang paling stabil dan tahan lama ii. Wi-fi Dongle boleh digunakan pada pc biasa atau notebook yang mempunyai Universal Serial Bus ( USB ). Ia agak murah namun kekuatannya sering terganggu jika USB teralih atau terganggu. iii. Kad Wi-fi Pci adalah pilihan ketiga untuk pengguna berhubung dengan AP. Kad ini akan diletakkan dalam slot PCI dalam komputer. Pci adalah jauh lebih stabil memandangkan kedudukannya yang stabil di belakang pc. Ada sesetengan komputer riba sekarang memang telah menyediakan Wi-fi terbina dalam. Komputer riba seperti ini tidak lagi memerlukan 3 pilihan di atas.

Ap dan kad Wi-fi akan berkomunikasi dengan cara berikut : a. Ap akan memancarkan signal untuk menyatakan Nama Rangkaian b. Kad Wifi akan kenalpasti sebarang rangkaian yang menyebarkan sebarang rangkaian tanpa wayar. c. Setelah dikenalpasti nama yang betul Contohnya SKTS maka komputer akan memohon kebenaran untuk masuk ke rangkaian tersebut. d. AP akan izinkan jika WEP Key yang dinyatakan sama seperti yang dimasukkan oleh pengguna. Jika sama maka dengan pantas pengguna boleh menggunakan internet. Untuk memastikan keselamatan agar rangkaian Wi-fi tidak diceroboh leh orang luar, maka pihak makmal sekolah akan memastikan WEP key ditukar setiap 3 bulan atau semester baru persekolahan. Untuk pertama kali menghubungkan komputer dengan Wi-fi, pengguna harus berhubung dengan guru makmal sekolah untuk mendapatkan Wep Key yang unik. Wireless repeater akan diperlukan jika kawasan liputan agak besar. SASARAN 1. Pihak pentadbir sekolah 2. Guru-guru 3. Staf sokongan. 4. Murid sekolah. KEWANGAN 1. Sumber kewangan diperoleh daripada peruntukan komputer dalam pendidikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Taman Seraya. 2. Anggaran Perbelanjaan adalah seperi berikut :

Bil Perkakasan/Tujuan
1. 2. 3. 4.

RM

Pemancar Wireless - Access Point ( Termasuk kos pemasangan dan penyelenggaraan 300-700 selama setahun ) Rangkaian dari Makmal Sekolah ke pusat sekolah 150 ( cadangan Pusat Sumber ) Optional : ( 54MBPS ) PCI WIFI Adapter Optional : ( 54MBPS ) Dongle USB 115 105

5. 6.

Optional : ( 54MBPS ) PCMCIA Optional : Wireless Repeater Anggaran : Bergantung kepada PC dan Notebook

125 300 Sekitar 500 - 1000

PENYATA SEBUT HARGA Bagi mendapatkan harga terbaik pihak makmal sekolah telah pun meminta kepada pembekal komputer untuk menyatakan sebut harga yang terbaik. MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI Penggunaan teknologi sering diharapkan dapat memberikan yang terbaik kepada kita semua, namun semakin maju sesebuah teknologi , banyak pula masalah yang boleh terjadi. Jarak yang Terhad Teknologi wireless ini hanya memberi satu jarak yang agak terhad. Jika pemasangan telah dilakukan di pusat sumber, dikhuariti jarak tersebut hanya limit kepada 3 blok terdekat Penyelesaian : Pemasangan repeater pada blok yang jauh. Melibatkan kos tambahan kemudian. Internet akan menjadi perlahan, dan mungkin amat perlahan Bila semua guru dapat mengakses internet, dikhuatiri internet akan menjadi amat perlahan. Ia boleh menjadi terus lumpuh jika ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan p2p software seperti limewire atau Utorrent. Download yang besar juga akan mengakibatkan internet slow. Penyelesaian : Meminta pembekal komputer blok semua aktiviti p2p dan menasihatkan guru guru agar tidak memuat turun perkara yang tidak perlu. Menaikkan kelajuan internet. Percerobohan Pengguna Luar Memandangkan ia mengamalkan dasar terbuka, maka berkemungkinan ada tangan tangan luar yang boleh menceroboh dan menggunakan internet sekolah. Penyelesaian : Perlukan penyelengaraan berterusan dari pembekal komputer selama setahun.

PENUTUP Semoga pihak sekolah dapat meluluskan permohonan untuk RANGKAIAN INTERNET TANPA WAYAR ini. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Nama Anda.

You might also like