Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Women's Budget Press Con 2nd Sept 2012

Women's Budget Press Con 2nd Sept 2012

Ratings: (0)|Views: 1 |Likes:
Published by Seng Jian Ti

More info:

Published by: Seng Jian Ti on Oct 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/07/2012

pdf

text

original

 
PRESS STATEMENT PARTI KEADILAN RAKYAT 
Page
1
of 
7
 
Bajet UMNO BN mengabaikan Wanita, Belanjawan Pakatan Rakyat untuk Wanita 10 kali ganda lebih
1.
 
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Wan kerana menjemput saya untukmengendalikan sidang media in bersama. Secara am, tugas saya adalah untukmempersembahkan data-data dan Kak Wan pula akan bercakap tentang isu-isu dasar yangsubstantif.2.
 
Bajet tahun in merupakan bajet terbesar, iaitu RM251.6 bilion; ianya merupakan peningkatansebanyak 8% daripada bajet 2012. Walaupun pada keseluruhannya bajet meningkat 8%,peruntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalamipenurunan sebanyak 6%, dengan pengurangan sebanyak RM115 juta.3.
 
Apa yang lebih membimbangkan adalah bahawa penurunan ini adalah satu trend yang konsistensejak 2010. Pada tahun 2010, Kementerian diberi bajet sebanyak RM2.4 bilion, kemudian padatahun 2011, ia jatuh ke RM2 bilion, kemudian jatuh lagi pada tahun 2012 ke RM1.9 bilion dansekarang untuk 2013 ia terus menurun ke RM1.8 bilion.4.
 
Kementerian tidak berurusan semata-mata dengan isu-isu Wanita tetapi juga diamanahkanuntuk menjaga keperluan masyarakat, orang kurang upaya dan warga emas. Dalam anggarankami, jumlah sebenar yang diperuntukkan khusus kepada isu-isu Wanita, adalah tidak lebihdaripada satu perempat daripada bajet Kementerian.5.
 
Ini bermakna bajet BN UMNO untuk isu-isu Wanita adalah hanya RM 450 juta bagi tahun 2013.Jika dilihat dari segi bandingan peratusan, hanya 0.2% daripada bajet 2013, diperuntukkan untukWanita.6.
 
Dalam ucapan Bajet, PM Najib cuma menonjolkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuklatihan Wanita untuk menjadi pengarah syarikat, latihan usahawanan (entrepreneurial training),latihan “online marketing” dan ujian mamogram. Inilah hasilnya apabila menteri Wanita adalahseorang lelaki. Jelas sekali Najib tidak faham langsung apa sebenarnya keperluan dan aspirasiWanita. Pemahaman beliau mengenai isu-isu Wanita seolah-olah terhad kepada "bagaimanauntuk membuat Wanita lebih menjadi seorang ahli perniagaan" dan peperiksaan payudara.
 
PRESS STATEMENT PARTI KEADILAN RAKYAT 
Page
2
of 
7
 7.
 
Sekarang saya menjemput Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato 'Seri Wan Azizah untuk memberipendapat beliau dan juga memperkenalkan polisi-polisi Pakatan Rakyat untuk Wanita.
Sdr. Wong Chen, Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat 
1.
 
Kehadiran pihak media amat dihargai. Pada hari ini saya ingin mengulas mengenai bajet yangbaru dibentangkan oleh PM Najib.2.
 
Isu-isu Wanita adalah luas dan pelbagai. Wanita membentuk separuh daripada penduduk, tetapiperwakilan Wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Pada hari ini, saya inginberucap dari hati, sebagai seorang Wanita yang pernah bekerja sebagai doktor pakar mata dihospital kerajaan selama 16 tahun. Saya juga bercakap sebagai seorang muslimah dan ibukepada 6 orang anak; bersyukur saya kesemua anak saya diberkati Allah. Walaupun suami sayaAnwar Ibrahim di masukkan penjara dengan zalim, semua anak-anak kami berjaya mendapatipendidikan tinggi dan kini mempunyai kehidupan produktif dan gembira masing-masing. Saya juga bercakap sebagai seorang nenek yang sudah ada tiga cucu dan juga sebagai seorang ahlipolitik. Dengan pengalaman luas dan pelbagai inilah, saya ingin berbincang tentang isu-isuWanita.3.
 
Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YB Hajah Zuraida dari PKR, YB Chong Eng dari DAPdan YB Hajah Siti Zailah telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil Agenda WanitaMalaysia. Dokumen ini mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan danmemperkasakan Wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualitihidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik,penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyatkami.4.
 
Saya ingin membuat perbandingan diantara Belanjawan Pakatan Rakyat kepada bajet BN UMNOdan menonjolkan dua polisi terpenting kami:• Caruman Wanita Nasional; dan• Elaun Penjagaan Anak.
 
PRESS STATEMENT PARTI KEADILAN RAKYAT 
Page
3
of 
7
 5.
 
Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah.Ideanya adalah seberikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya ataumenceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai sedikit sebanyak simpanan wang untukmenolongnya. Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyakRM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan mengalakkan dam memastikan suami jugamenyumbang sejumlah wang sebamyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yangsama.6.
 
Sasaran skim ini adalah untuk memastikan seseorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 pada usia 50 tahun. Kami menjangka terdapat 5 jutasuri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ia akan menelan belanja kira-kira RM3 bilionsetahun. Walaupun skim ini adalah berdasarkan pada prinsip kebajikan, sasaran ekonominyaadalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. Skim ini adalah merupakan salah satu programkita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income).7.
 
Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong Wanita miskin yang bekerja dimanapendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. Bagi setiap kanak-kanak dibawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyakRM1, 000 setahun. Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuranpengasuh menjaga anaknya manakala ibu bekerja.8.
 
Kini terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata2 kanak-kanak di bawah 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kiraRM940 juta setahun. Walaupun mahal, skim ini mempunyai sasaran ekonomi untukmembebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja.9.
 
Kesimpulannya; kedua-dua projek memperkasakan Wanita tersebut akan menelan belanjaRM3.94 bilion setahun. Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakansehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua Wanita program, ini merupakan 10 kali gandalebih daripada apa yang ditawarkan oleh UMNO BN.
Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->