You are on page 1of 15

SUBJEK :BAHASA MELAYU TAHUN 4 TEMA : PELANCONGAN

DISEDIAKAN OLEH : MOHD HAIKAL B. AMINUDDIN MOHD TAUFIQ B. MOHD DESA NUR ATIQAH BT. SAIFUL AZHAR ROSLINA BT. AMIR PISMP SEMESTER 4 BM/ PJ/ PSK (A)

SET INDUKSI

LANGKAH 1
Percutian di Pulau Redang Pada hari cuti sekolah minggu lepas, Halim dan keluarganya telah pergi bercuti ke salah sebuah pulau peranginan yang tercantik di Malaysia. Mereka telah pergi bercuti ke Pulau Redang yang terletak di kawasan perairan negeri Terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah Halim mengambil masa sekitar enam jam. Setibanya mereka di jeti feri Kuala Terengganu, mereka menaiki sebuah feri untuk sampai ke pulau tersebut.

Pulau Redang sememangnya sebuah pulau yang cantik. Walaupun ia telah dikunjungi oleh jutaan pengunjung dari serata dunia, namun keadaannya masih lagi bersih dan terjaga. Pada keesokan harinya, Halim bersama keluarganya hendak melakukan aktiviti menyelam di dasar laut. Namun begitu, disebabkan keadaan cuaca yang mendung aktiviti itu tidak dapat dilakukan.

Oleh itu, mereka telah menukar daripada aktiviti menyelam kepada aktiviti melawat kawasan sekitar Pulau Redang dengan menaiki sebuah bot laju. Apabila mereka sudah selesai melawat pulau-pulau yang berhampiran, ibu bapa Halim membawa mereka semua makan tengah hari di sebuah restoran terapung yang terletak di Pulau Perhentian Besar. Pelbagai menu terdapat di situ seperti makanan laut, makanan barat, lauk-pauk yang enak, dan sebagainya.

Pada waktu petang, Halim dan keluarganya telah melakukan aktiviti mengembara di dalam hutan. Aktiviti itu telah diketuai oleh En. Fikri yang merupakan pemandu pelancong di pulau tersebut. Pelbagai aktiviti telah mereka lakukan sewaktu berada di dalam hutan seperti flying fox, abseiling, mengambil gambar flora dan fauna dan sebagainya. Pada waktu malam pula, mereka telah mengadakan aktiviti barbeku di hadapan tempat penginapan mereka.

Keesokan harinya, sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, ibu bapa Halim telah membawa mereka semua pergi membeli belah di kedai cenderahati. Halim telah membeli dua helai baju dan beberapa biji rantai kunci untuk diberikan kepada kawan-kawannya sebagai tanda kenangkenangan. Walaupun tempoh percutian pada kali ini agak singkat, namun Halim dan keluarganya berasa sungguh seronok. Ibu bapa Halim telah berjanji kepadanya bahawa mereka akan berkunjung lagi ke sana pada masa hadapan kelak.

Soalan-soalan:
Dengan siapakah Halim pergi bercuti ke Pulau Redang? Bilakah Halim pergi bercuti? Bagaimanakah Halim sampai ke pulau itu? Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Halim dan keluarganya di pulau tersebut? Apakah barangan yang dibeli oleh Halim sebelum pulang ke Kuala Lumpur?

Langkah 2

BROSUR TEMPATTEMPAT MENARIK

Langkah 3
Masih Telah Hendak Sudah Akan

KATA BANTU
Bertugas membantu frasa nama (FN), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN) dan hadir di hadapan frasa-frasa tersebut. Terbahagi kepada dua jenis iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata Bantu Aspek


Menerangkan tentang sesuatu perbuatan dari segi masa, iaitu sama ada sudah dilakukan, sedang dilakukan atau belum dilakukan. Jenisjenis kata bantu aspek adalah seperti berikut : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.

Kata Bantu Ragam


Menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh perkataan ialah : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

PENUTUP

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like