You are on page 1of 6

Unit 2: PERSEKITARAN PEMASARAN 2.

0 PENGENALAN Persekitaran pemasaran syarikat merupakan beberapa faktor dan kuasa di luar pemasaran yang akan mempengaruhi keupayaan pengurus atau organisasi dalam membangun dan mengekalkan perniagaannya. Persekitaran pemasaran ini memberikan peluang dan ancaman kepada syarikat.

2.1 PERSEKITARAN MIKRO Kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan pemasaran sesebuah organisasi. Mereka memerlukan bantuan daripada pihak lain yang berada di dalam persekitaran mikro untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka. Faktor-faktor yang boleh dikawal bolehlah kita gambarkan seperti Rajah 2.1.
SYARIKAT

Masyarakat Perantara pemasaran

Rajah 2.1 Persekitaran mikro 2.1.1 Syarikat Syarikat atau organisasi ini meliputi pihak pengurusan atasan syarikat yang bertanggungjawab di dalam membentuk misi, objektif, strategi, polisi-polisi umum atau dasar-dasar syarikat dan sebagainya yang berkait rapat dengan syarikat. Ia meliputi jabatan-jabatan di dalam syarikat itu sendiri seperti jabatan kewangan, jabatan penyelidikan dan pembangunan, jabatan pengeluaran, jabatan pembelian dan sebagainya. 2.1.2 Pembekal Firma atau individu yang membekalkan sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan. Pembekal sebagai penghubung penting antara pembeli dan syarikat dalam sistem penghantaran nilai. Ia akan mempengaruhi dari segi harga. Pembekal bertanggungjawab dalam membekalkan sumber-sumber yang diperlukan oleh organisasi untuk menghasilkan produk. Contoh syarikat pembuat tayar ,

Silverstone Sdn Bhd memerlukan getah sebagai bahan mentahnya. Maka pembekal bahan mentah tersebut adalah pembekal bagi Silverstone Sdn Bhd. Perantara Pemasaran Firma-firma yang dapat membantu organisasi mempromosi, menjual dan mengagihkan produk syarikat kepada penguna akhir. Antaranya ialah : Orang tengah pemasaran Firma saluran agihan yang membantu organisasi mencari pembeli dan menjual bagi pihak mereka. Ini termasuklah pemborong dan peruncit. Firma pengagihan fizikal Membantu organisasi menyimpan dan memindahkan produk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Firma ini perlu menimbangkan cara terbaik dalam menyimpan dan memindahkan barangan, mengimbangkan faktor-faktor seperti kos, penghantaran, keselamatan dan kelajuan. Barangan hendaklah sampai pada masa yang ditetapkan dengan keadaan yang baik. Contoh firma yang terlibat adalah firma pergudangan dan firma pengangkutan Kontena Nasional di Malaysia. Agensi perkhidmatan pemasaran Ia adalah firma penyelidikan pemasaran, agensi pengiklanan, firma media dan firma penasihat pemasaran yang membantu syarikat dalam mempromosi dan menyasar produk kepada pasaran yang tepat. Perantara kewangan Ia membantu dalam hal pengurusan kewangan syarikat. Contoh perantara kewangan adalah bank, syarikat insuran dan syarikat kredit. Pengguna/Pelanggan Pengguna atau pembeli merupakan individu atau firma akhir yang membeli dan menggunakan produk. Terdapat lima jenis pasaran pelanggan : Pasaran pengguna individu atau isi rumah membeli untuk kegunaan sendiri. Pasaran industri pihak-pihak yang membeli bagi tujuan pemprosesan. Pasaran peruncit pihak-pihak yang membeli bagi tujuan penjualan semula. Pasaran kerajaan pihak-pihak yang membeli bagi tujuan kegunaan awam. Pasaran antarabangsa termasuk pasaran-pasaran lain di peringkat antarabangsa.

2.1.5 Pesaing Syarikat perlu mengetahui saiz dan perletakan industrinya berbanding dengan pesaingnya. Firma perlu membangunkan strategi yang memberi mereka kadar pulangan yang lebih

baik. Syarikat perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka berbanding dengan pesaing. Oleh itu mudah bagi mereka untuk menjalankan strategi-strategi bagi mengatasi pesaing. 2.1.6 Masyarakat Masyarakat atau orang awam merupakan kumpulan yang dapat memberi kesan kepada keupayaan organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Terdapat tujuh jenis masyarakat iaitu : Masyarakat kewangan mempengaruhi kemampuan syarikat untuk mendapatkan wang. Contoh adalah seperti bank, institusi kewangan dan pemegang saham Masyarakat media meliputi syarikat yang menguruskan berita, rencana dan pendapat pengarang. Ini termasuk media elektronik seperti televisyen dan radio juga media cetak seperti akhbar dan majalah. Masyarakat kerajaan. Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat. Pengurusan mesti mengambil kira pembangunan kerajaan. Pemasaran mesti selalu mendapat nasihat daripada peguam syarikat mengenai keselamatan barangan, ketepatan pengiklanan dan sebagainya. Masyarakat tindakan rakyat meliputi golongan-golongan bukan kerajaan yang menyuarakan atau menperjuangkan hak-hak pengguna atau persekitaran. Contohnya, pertubuhan NGO dan Persatuan Pengguna (CAP). Masyarakat tempatan termasuklah penduduk setempat dan organisasi masyarakat tersebut. Syarikat seharusnya berhubung dengan masyarakat, menjawab soalan dan menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat setempat. Masyarakat umum individu atau kumpulan manusia yang mengambil perhatian terhadap barangan dan perkhidmatan syarikat. Imej atau pandangan masyarakat terhadap syarikat mempengaruhi dalam jualan. Masyarakat dalaman merupakan setiap individu yang bekerja atau terlibat di dalam organisasi tersebut seperti lembaga pengarah, pengurus, pekerja dan sukarelawan. Apabila pekerja berpuas hati dengan syarikat, mereka akan bersikap positif dan akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat luarannya.

2.2 PERSEKITARAN MAKRO


Sebelum ini kita telah lihat desakan-desakan dalaman syarikat, seterusnya kita lihat pula desakan-desakan yang lebih besar pula iaitu persekitaran makro. Persekitaran makro merupakan satu persekitaran yang lebih luas yang memberi peluang dan ancaman kepada syarikat.

SYARIKAT

Kebudayaan Ekonomi Alam Semulajadi Teknologi Politik

Rajah 2.2 Persekitaran makro 2.2.1 Demografi Demografi berkait rapat dengan saiz, lokasi, kepadatan, umur, jantina, kelas sosial dan lain-lain ciri kependudukan seperti bangsa, pekerjaan serta statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan. Persekitaran demografi ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan , produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Contohnya di kawasan Lembah Klang populasi penduduk adalah ramai berbanding dengan di Utara Malaysia sebab Lembah Klang merupakan kawasan tumpuan ramai yang kaya dengan sumber-sumber ekonomi seperti perkilangan dan pertanian. Justeru itu dapatlah dikatakan kawasan Lembah Klang populasinya tinggi, golongan belia adalah ramai dan kuasa beli akan menjadi semakin besar. 2.2.2 Ekonomi Faktor ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Antara lain ialah perubahan di dalam pendapatan apabila pendapat meningkat kuasa beli akan meningkat. Kita lihat pada pertengahan tahun 1997 apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi, industri automobil menghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. Industri lain seperti perhotelan, perindustrian dan lain-lain industri juga turut terasa kesan dari perubahan ekonomi tersebut.

Contohnya, di dalam kegawatan ekonomi penggunaan kad kredit yang meluas boleh menyumbang kepada penjanaan ekonomi kerana berlakunya peningkatan di dalam kadar berbelanja pengguna. 2.2.3 Alam Semulajadi Alam semulajadi melibatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan sebagai input oleh pemasar dan sekaligus mempengaruhi aktiviti pemasaran. Ia melibatkan beberapa perkara seperti sumber bahan mentah, sumber tenaga, kadar pencemaran serta campurtangan kerajaan di dalam pengurusan sumber semulajadi. Sumber semulajadi yang semakin berkurangan berbanding permintaan yang semakin meningkat juga menghasilkan usaha-usaha untuk menggantikan atau mengurangkan penggunaan sumber tersebut. Sebagai contoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas penggunaan buah kelapa untuk menghasilkan santan telah mendapati ia boleh tahan lebih lama apabila dijadikan santan serbuk. Peningkatan terhadap tahap pencemaran bagaimanapun akan memberi peluang kepada pemasar untuk menyediakan produk bagi mengawal pencemaran. Kaedah penghasilan dan pembungkusan produk yang tidak memberi kesan kepada persekitaran dapat dihasilkan.

2.2.4 Teknologi Peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan pasaran baru kepada pemasar. Ia turut menyumbangkan kepada peningkatan peruntukan belanjawan di dalam R & D. Kesan dari pembangunan teknologi ini akan meningkatkan keluaran, wujudnya produk-produk inovasi dan memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti pemasaran. Contoh : penggunaan internet di dalam melaksanakan aktiviti promosi oleh sesebuah syarikat. 2.2.5 Politik Keputusan di dalam pemasaran turut dipengaruhi oleh perkembangan politik. Politik merangkumi undang-undang, agensi-agensi kerajaan dan kumpulan-kumpulan yang boleh mempengaruhi aktiviti-aktiviti pemasaran. Contoh : Kerajaan telah menetapkan peraturan supaya semua penunggang motosikal memakai topi keledar, telah memberi kesan positif kepada industri pembuatan topi keledar. 2.2.6 Sosial dan Kebudayaan

Institusi-institusi dan tekanan yang mempengaruhi nilai, persepsi serta sikap masyarakat. Ia penting kerana masyarakat dibentuk oleh nilai dan kepercayaan mereka. Contoh : Pegangan nilai-nilai budaya Masyarakat Cina menganggap warna merah merupakan warna yang bertuah. Perubahan budaya Tahap kesedaran masyarakat Malaysia kini telah meningkat di dalam penggunaan produk kesihatan berbanding dahulu. Kita telah hampir mengakhiri unit ini, bagaimana? Adakah anda faham kesan atau pengaruh persekitaran pemasaran ini ? Perlu diingat bahawa persekitaran pemasaran ini terdiri daripada persekitaran mikro iaitu yang berhubung secara langsung dengan pemasar dan persekitaran makro iaitu yang berhubung tidak secara langsung dengan pemasar. Persekitaran mikro adalah terdiri daripada persekitaran dalaman syarikat, pembekal, perantara pemasaran, pelanggan, pesaing dan pihak awam. Persekitaran makro pula terdiri dari elemen demografi, ekonomi, alam semulajadi, teknologi, politik dan kebudayaan. Persekitaran makro ini akan membentuk peluang serta ancaman kepada syarikat. Jelaslah disini untuk membuat perancangan pemasaran yang baik , pemasar perlu memahami persekitaran mikro dan makro. Akhir sekali, diharapkan anda dapat membezakan kesan faktor-faktor persekitaran mikro dan faktor-faktor persekitaran makro ke atas aktiviti-aktiviti dan rancangan syarikat .

You might also like