•
Usenet
•
perkhidmatan komersil dalam talian, seperti GEnie, BiX, dan CompuServe yangawal;
•
senarai emel; [2] dan
•
sistem papan buletin (BBS).Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selaridengan "bebenang". Bebenang merupakan hubungan topik antara perutusan-perutusan pada "papan gabus" metafora. Sesetengah orang telah mempersamakan blog dengangerakan Mass-Observation yang diasaskan pada tahun 1937 di United Kingdom.Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat(WWW) yang asal. [3] Ia menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhana yangmembenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun 1983-94, satu kekecualian,iaitu mod.ber telah dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secaratetap, Redman dan beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang menarik dari laman-laman web yang lain dalam internet.Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa . ia menonjolkan pautan kelaman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun demikian, mod.ber menamatkan operasinya selepas lebih kurang 8 bulan.Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang awal.Blog moden berkembang daripada buku-buku harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentangkehidupan-kehidupan peribadi mereka. Kebanyakan penulis ini merujuk kepada diri
Leave a Comment