Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Moden Dari Aspek Morfologi

Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Moden Dari Aspek Morfologi

Ratings: (0)|Views: 270 |Likes:
Published by Real Amazon

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Real Amazon on Oct 10, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/24/2013

pdf

text

original

 
PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYUMODEN DARI ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
1.0Pengenalan
Bahasa Melayu sebenarnya telah melalui sejarah yang amat panjang. Bermula daripada zamanBahasa Melayu purba sehingga zaman Bahasa Melayu moden, perkembangan bahasa ini telahmenarik minat yang mendalam dalam kalangan pengkaji bahasa. Berdasarkan catatan sejarah,Bahasa Melayu klasik dikatakan telah menggantikan Bahasa Melayu kuno. Peralihan ini telahdikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang keAsia Tenggara. Peristiwa ini berlaku pada abadke-13. Pengaruh Islam menjadi semakin kukuh di daerah nusantara ini sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, morfologi, struktur ayat dan tulisan.Pengkaji bahasa telah memberikan beberapa definisi khusus kepada Bahasa Melayu klasik .Asmah Hj.Omar pula menjelaskan bahawa , “
bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itudinamakan bahasa Melayu Klasik”
Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 danke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasaMelayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.Menurut Ismail Hussein, bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatanganagama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 Mesihi sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.Bahasa Melayu kini berkembang seiring dengan masa. Hal ini jelas mencerminkanmasyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan pesat. Dalam fasa ini, istilahBahasa Melayu moden digunakan. Konsepnya juga berbeza. Bahasa Melayu moden kini
 
ditafsirkan mempunyai fikiran baru, gaya baru dan konsep baru . Dalam keadaan seperti ini jelaskelihatan perkembangan pesat di dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah berubah.Masyarakat di negara ini sedang membangun, dan perlu mengungkapkan segala sesuatuyang baru ditemuinya. Pertama, penggunaan bahasa Melayu umum untuk perhubungan biasa, baik rasmi atau tidak rasmi. Kedua ialah bahasa saintifik untuk bidang atau disiplin pengajian tertentu.Bahasa Melayu itu sendiri sedang berkembang untuk menampung sebarang keperluan baru.Perkembangan ini besar ertinya kepada bahasa Melayu kerana bahasa tersebut terpaksa melahirkanungkapan-ungkapan yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas ini, seiring dengan perkembangan teknologi terkini terutama dalam bidang teknologi maklumat.Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmiah untuk memikul banyak fungsi dantanggungjawab baru terutama sekali sebagai bahasa penghantar di sekolah, maktab dan universiti.Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pentadbiran kerajaan, urusan rasmi kerajaan, majlis-majlis rasmi dan perantaraan awam. Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik (PPSMI) juga mencerminkan tentang keupayaan bahasa ini untuk bertahan dalam aruskemodenan.Di samping berkembang dengan sendirinya, pembinaan bahasa Melayu ini dikendalikanoleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tugas ini memang besar dan permintaan penutur bahasaMalaysia untuk kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus, dan pedoman tatabahasa, dan pedomansebutan masih belum dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sejajar dengan perkembangsan semasa, bahasa Melayu terus mengalami perubahan walaupun terhimpit dengan kerosakan bahasa yangdilanyak-lunyaikan dalam facebook, sistem pesanan ringkas, twitter dan sebagainya. Sangatmembimbangkan apabila difikirkan, adakah ini bahasa Melayu moden yang sering digunakanmasyarakat kini, terutama remaja sebagai generasi masa depan.
 
2.0Perbezaan Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden dari Sudut Morfologi
Bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden telah melalui dua era yang berbeza. Jesteruitu, perbezaan dalam bentuk penggunaan bahasa ini tidak boleh disangkal lagi.Perubahan bukan sahaja melibatkan bentuk pertuturan dan kosa kata, tetapi juga pertambahan bilangan penutur yang mencecah ratusan juta, terutama di daerah nusantara ini. Bahasa Melayumoden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan kepada zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpangdengan bentuk bahasa Melayu klasik.Bahagian ini akan membincangkan perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasaMelayu moden dalam aspek morfologi. Secara asasnya, morfologi adalah merujuk kepada pembentukan kata. Nik Safiah Karim (1996), merujuk morfologi sebagai
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata’.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula menyatakan bahawa morfologi ialah
 satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatubahasa termasuk infeksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan’ 
. Manakala Marzuki (1993) pula menjelaskan bahawa
morfologi adalah perubahan dalam struktur kata, golongan kata danmaksud kata
’. Ruminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula menjelaskan morfologi adalah
 satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya’ 
.Untuk memperlihatkan kepada perbezaan dari aspek morfologi antara bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden, maka perbandingan antara karya dari dua zaman berbeza ini perludilakukan. Merujuk kepada naskhah ‘Hikayat Malim Deman’ dan beberapa naskhah yang berkaitan, kita dapat melihat banyak perbezaan dalam struktur ayat yang digunakan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->