You are on page 1of 18

ALAT ALAT ARTIKULASI

2.1

KONSEP/DEFINISI OLEH TOKOH

Menurut Dr. Abdullah Hassan,alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan bunyi.Ini bermaksud alat artikulasi berfungsi sebagai alat pengeluaran bunyi. Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga pula, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ).

Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 : 191 ). Maka , ini menunjukkan definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.

2.2

PEMAPARAN GRAFIK DAN PENULISAN.

2.2.1 enarai alat artikulasi : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Rongga hidung Lelangit keras Rongga mulut Gusi Gigi atas Bibir atas Bibir atas Gigi bawah Depan lidah 10. Tengah lidah

11. Glotis 12. Paru-paru 13. Larings 14. Esofagus 15. Epiglotis 16. Rongga tekak 17. Anak tekak 18. Belakang lidah 19. Lelangit lembut

BAB 3

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

3.1

DEFINISI Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara. 3.2 Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi. FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut

Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut

Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ikan memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.

Gigi Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA MENGELUARKAN BUNYI

Contoh-contoh daripada huruf vokal Semasa membunyikan vokal depan sempit [ i ]: Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan Contohnya pada perkataan: Ikan - [i]kan Bila - B[i]la Tali - Tal[i]

Semasa membunyikan vokal depan separuh sempit [ e ] Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan Contohnya pada perkataan: Enak [e]nak Teleng tel[e]ng Tempe temp[e]

Contoh contoh daripada huruf konsonan Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongg mulut tanpa menggetarkan pita suara.Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara Contohnya pada perkataan: Silap [s]ilap Lasak La[s]ak Lemas Lema[s]

Konsonan getaran gusi bersuara [ r ] Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah Contohnya pada perkataan: Rapat [r]apat Tiram Ti[r]am Lebar Leba[r]

Vokal Bunyi yg dihasilkan tanpa halangan, sekatan @ sisian pada arus udara yg dikeluarkan drp paru-paru. Udara drp. Paru-paru keluar berterusan

Bunyi Asli Bahasa Melayu Ada 24 bunyi bahasa asli - 18 konsonan - 6 vokal

Ciri-ciri bunyi vokal : Udara tidak disekat/dihalang/disempit) Udara mesti keluar menerusi rongga mulut. Pita suara mesti bergetar (bunyi bersuara). Lelangit lembut mesti dinaikkan. (tutup rongga hidung)

6 Vokal Asli BM - 3 vokal depan { [ i ], [ e ], [ a ] } - 1 vokal tengah [] - 2 vokal belakang { [u]. [o]}

Vokal : Bahagian lidah yang terlibat semasa penghasilan bunyi vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang

Rajah Bunyi Vokal Bahasa Melayu Keadaan Bibir LUAS SEPARUH LUAS SEMPIT i Kedudukan Lidah

DEPAN

TENGAH

BELAKANG

a e () U

SEPARUH SEMPIT

Contoh Penggunaan Vokal Awal Tengah Terbuka Tengah Tertutup Akhir

itu

bilas

pintu

api

ekar

berang

bengkok

akar

barang

bantu

bola

emak

belah

bengkang

ubat

sudah

buntu

palu

olah

boleh

dompet

Konsonan Udara yg keluar drp paru2 disekat, halangan atau geseran. Udara mengalami sekatan atau sempitan di rongga mulut, tekak atau hidung oleh artikulator spt lidah, anak tekak dan bibir Ada bunyi bersuara dan tidak bersuara

BUNYI-BUNYI BERSUARA BaDanG LoWeR ZaVarJad

Konsonan Asli Bahasa Melayu KONSONAN ASLI Daerah sebutan(lihat kpd lidah @ bhg. Yg terlibat) Cara sebut Bibir Gigi-gusi LK LL Glotis

p b Letupan t d k g -

Letusan c j -

m Sengau n ny ng -

Geseran s h

Getaran r -

Sisian l -

w v y -

Konsonan Pinjaman Bahasa Melayu KONSONAN PINJAMAN (bukan konsonan bahasa Melayu) Daerah sebutan Cara sebut Bibir-gigi Gigi Gigi-gusi LK LL Anak tekak

Letupan q

th Geseran f v dz dh Geseran z sy

kh gh

Getaran -

Sisian -

v -

Konsonan Asli Bahasa Melayu Daerah Sebutan Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut k c m n s r l ny j ng h s Glotis

Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Wokal

Contoh Penggunaan Konsonan Awal Tengah Akhir

peri bisu turi dari kari gari curi

lipas sabit atas lidi akar agar acar

malap ulat tapak malam telan tikar bantal

Konsonan Pinjaman

Daerah Sebutan Cara Sebutan BibirGigi Gigi Gusi Keras Lembut GigiLelangit Lelangit

th Geseran fv dh z sy

kh gh

Contoh Penggunaan Konsonan Pinjaman

Awal formal thabit dharab zaman syarat khamis ghaib

Tengah sifir universiti mithal azam masyhur akhir baghal

Akhir

wakaf bahath skuash tarikh baligh

Diftong Sama spt bunyi vokal Membentuk 1 suku kata berbanding rentetan vokal Gabungan 2 huruf vokal membentuk 1 bunyi geluncuran

Perbezaan diftong dengan rentetan vokal 2 huruf vokal 1 bunyi Diftong 2 huruf vokal berada dalam 1 suku kata ( hairan ) hai / ran ( aurat ) au / rat ( amboi ) am / boi ( sakai ) sa / kai ( pulau ) pu / lau

Rentetan vokal

2 huruf vokal 2 bunyi 2 huruf vokal berada dalam 2 suku kata ( sukai ) su / ka / i

Diftong : dikenali sebagai bunyi geluncuran terdapat 3 bentuk diftong [ ai , au , oi ]

Contoh Penggunaan Diftong

Awal

Tengah

Akhir

aurat

hairan

pandai

saudara

pulau

amboi

You might also like